Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - ZURICH)




Sekali lagi aku berpeluang ke luar negara selepas lawatan aku di eropah pada tahun lalu. Seperti yang lalu percutian aku ni tidak termaktub pun dalam buku catitan diari pada tahun 2016. Rezeki datang dan Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menjejakkan kaki di bumi eropah sebagai musafir.

Jika tahun lalu aku melawat
Ireland ---> UK, London ---> Belanda- Amsterdam --->Turkey- Istanbul,

UberDOST Malaysia 2016 : Program Referral dari UBER




Ada pernah sekali, saya dengar di corong radio tempatan, Uber ini kalau dalam bahasa melayunya mereka panggil 'Teksi Sapu Professional' Hahaha. Rasa kelakar pun ada. Tapi itulah Uber kalau ianya ditafsirkan di dalam bahasa melayu. Saya pun agak bersetuju dengan maksud Uber itu.

Travelog: Pertemuan Eropah dan Asia (ISTANBUL, TURKEY) 3



03/02/2015

Perjalanan di bumi Istanbul diteruskan lagi untuk hari yang ketiga kami semua berada di sini. Syukur atas nikmatNya, tidur pun cukup dan makan sarapan pagi pun cukup dan banyak. Maka bersemangat dan banyaklah tenaga yang ada untuk meneruskan perjalanan hari ini.

Hagia Sophia Museum



Hari ini, perjalanan kami masih lagi menziarahi dan menjejaki tinggalan-tinggalan ketamaduan Islam yang paling hampir dengan kita. Destinasi yang dituju ialah Muzium Hagia Sophia (AyaSofya) yang mempunyai binaan indah yang agung dan merupakan sebuah binaan yang penting bagi umat Islam dan Kristian Ortodoks.

Travelog: Pertemuan Eropah dan Asia (ISTANBUL, TURKEY) 2



02/02/2015

Topkapi Place

Hari kedua ini, jadual perjalanan kami akan menuju ke Istana Topkapi. Ini merupakan muzium yang mesti datang kalau pergi ke Istanbul ini. Wajib lawat. Kalau tak sia-sia saja hang pa ke Turkey.

Travelog: Pertemuan Eropah dan Asia (ISTANBUL, TURKEY) 1



01/02/2015

Untuk kali kedua nya aku menjejakkan kaki di bumi Turkey ini. Kali pertama hari itu lah first day travel transit saja di sini. Kiranya dah menjejakkan kaki di Turkey la. Setibanya di Turkey, maka ringanlah beban aku dan Ira untuk memikirkan hendak ke mana , bagaimana, dengan apa seperti kami di benua eropah sebelum itu.




Trip di Istanbul ini, kami bersama ejen iaitu Jejak Uthmaniyyah. Semua telah di aturkan dengan rapi dari aktiviti berjalan, makanan, penginapan dan pengangkutan. Kami cuma perlu follow saja. Tak payah pening-pening nak fikir lagi. Lagi relaks dan santai.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (AMSTERDAM, NETHERLAND) 2




31/01/2015



Hari ke3 hari terakhir di Amsterdam dan hari terakhir bersama rakan-rakan ira yang lain. Sebab mereka tidak ikut bersama ke Istanbul sebab ada exam yang belum selesai. Berpisah kami di kota Amsterdam. Flight mereka pun pukul 3 petang. Satu menuju ke Cairo dan kami ke Istanbul. Terima kasih, Luqman, Aisha dan Farkhan sebab sudi travel bersama. Minta ampun dan maaf jika ada yang kurang semasa trip bersama. Moga bertemu lagi brother!

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (AMSTERDAM, NETHERLAND-DEN HAAG)




29/01/2015 - 30/01/2015



Perjalanan ke Amsterdam dengan menaiki bus merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Biasa dengar naik kapal terbang atau dengan tren sahaja, dengan bus aku baru tahu. Sebaik sahaja bus bergerak, pemandu bus mula memberi sedikit briefing dan etika ketika dalam bus yang 12 jam perjalanannya, Bagi tahu semua jangan sepah2 kan bus dan buang air kecil duduk bagi laki, sebab dia bawa laju!! hahaha. Lepas setengah jam bus bertolak aku pun tertido. Penat woo.