Showing posts with label Informasi. Show all posts

Temuduga / Interview Schlumberger 2014



Memang menjadi impian ramai pelajar, terutamanya dalam bidang kejuruteraan untuk berkerja dengan syarikat Schlumberger (SLB) No 1 dunia dalam industri minyak dan gas (oil and gas). Banyak sebab kenapa Schlumberger menjadi pilihan. Salah satunya kalau untuk graduan yang baru habis belajar(freshie), gaji yang diberikan tinggi jika hendak dibandingkan dengan syarikat yang lain. Aku rasa ini semua orang tahu. Bukan itu saja, untuk memulakan karier sebagai seorang jurutera O&G yang professional kat sinilah tempat yang terbaik!

Aku ini bukanlah pakar sangat dalam bab-bab temuduga ini, Cuma nak berkongsi pengalaman dengan pembaca  saja. Jujurnya nak bagi tahu, cerita ini hanya pada stage 1, interview dengan Schlumberger, sebab GAGAL. hahaha! Kalau tak silap Schlumberger ada 4/5 stage interview sebelum betul2 di terima bekerja. Kalau nak tahu cerita stage lain bolehlah google.

Untuk memohon masuk Schlumberger ini, daftar dekat website Career Schlumberger. Aku pun tak ingat dah berapa banyak kali aku daftar dengan Schlumberger ini. Rasanya dalam 2 kali aku daftar sebelum di panggil interview.

Kenapa Pentingnya Traffic Light (Video)

free-for-all-traffic-intersection.jpg

Kadang-kadang banyak masa kita habis di tengah jalan sama ada nak pergi kerja atau pun pulang. Salah satu penyebab yang buatkan kenderaan di jalan berhenti dan menjadi punca pada kesesakkan adalah lampu isyarat!

Kadang-kadang lampu isyarat ini annoying juga sebab terlalu lama! Di tambah lagi apabila di empat persimpangan memang lah sangkut dan berasak-asak. Tapi nak macam mana, sabar jelah. Nanti kalau tak ada traffic light ini lagi huru-hara jadinya.

Contohnya macam ini. Di persimpangan Meskel Square, di bandar of Addis Ababa, Ethiopa. Memang kelam kabut jadinya takde traffic light. Masing-masing cuba elak supaya tak berlanggar. Kalau macam ini, pejalan kaki boleh lah melintas sambil berdoa tidak di langgar. hehe. For record, tahun 2004-2006 sebanyak 237 kemalangan telah terjadi kat sini.

Tukar Hak Milik Kenderaan di Puspakom (Bergambar)


Salah satu langkah untuk menukar hak milik kenderaan persendirian mestilah mendapatkan kelulusan dari Puspakom untuk mengelakkan kenderaan yang ditukar hak milik adalah kenderaan curi. Itulah sebenarnya matlamat pemeriksaan Puspakom ini di buat.

Apa yang perlu dibawa

1. Geran kereta
2. Saksi
3. Duit RM30

Carta aliran tukar hak milik di Puspakom

Wallet Dengan Ketahanan Yang Luar Biasa (9 Gambar)

Wallet atau beg dompet kebiasaanya di perbuat dari kulit, plastik atau bahan-bahan yang tahan lasak, supaya iainya dapat bertahan lama dan kekal. Yelahkan kalau asyik tukar wallet je kan susah. Nak-nak kalau bagi lelaki, suka meletakkan wallet dibahagian belakang kocek dan kadang-kadang duduk lanyak wallet itu. Akibatnya wallet senang koyak dan buruk. Satu lagi masalah, kalau pakai wallet kulit ini tebal sizenya. Pastu isi-isi kad lagi tebal jadi wallet kita. Susah nak masuk kocek. Kalau tebal duit takpe jugaklah. Hahaha.

Kalau yang agak2 da bosan dengan wallet fashion mainstream sebegitu, apakata cuba wallet baru, lagi swag dan lagi hipster.

NIKE RISK EVERYTHING - WINNER STAY: KUALA LUMPUR

Ayuh sertai cabaran ini!

Berentap bersama-sama dengan pasukan terbaik dalam kejohanan bolasepak yang ulung ini! 
Maklumat kejohanan:

Winner Stays adalah satu perlawanan mencabar pemain bolasepak muda untuk tampil hebat dan mengambil segala risiko untuk menjadi pasukan terbaik di Kuala Lumpur. 

Setiap perlawanan akan dimainkan sepanjang 5 minit maksima. Pasukan pertama yang menjaringkan gol akan mengurangkan pasukan lawan dengan satu pemain. Pasukan seterusnya yang menjaringkan gol dikira pemenang dan akan kekal di padang untuk melawan pasukan seterusnya. Pasukan yang kalah akan memasuki perlawanan seterusnya sehingga tiba giliran mereka. Sekiranya skor adalah 0-0 atau 1-0 selepas 5 minit, kedua-dua pasukan dikira kalah.

Pembelian Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ (Bergambar)




Cukup mudah dan senang!

Itu yang aku boleh katakan pada siapa-siapa saja yang berminat untuk membeli nombor dari JPJ. Memang trend sekarang kut orang ramai sukakan nombor-nombor yang cantik untuk diletakkan pada kenderaan mereka. 

Kat sini aku nak cerita pembelian nombor yang running dan bukan nya tender nombor. Aku rasa tender nombor lagi rumit sedikit urusannnya. Takpelah itu kita cerita kejap lagi. Kebiasaannya pembelian nombor running ini, pembeli tidak kisahkan akan huruf apa pun yang ada, janji no yang dikehendaki dapat.

Pemilihan nombor.

Video Rawak: Lilin Oren

Cara membuat lilin daripada buah oren.



Barang-barang yang diperlukan adalah:
- papan pemotong
- buah oren
- pisau
- sedikit minyak zaitun
- pemetik api

Fakta Napping (Infografik)


Simple Desktops


"Simple Desktop: A collection of wallpapers designed to make your computer beautiful without distraction."

Simple Desktop merupakan laman web khusus yang menyediakan pelbagai koleksi "wallpaper" menarik untuk komputer.

BRAKE FASTER MACHA!

Berikut adalah senarai 4 keping pelekat kereta BFM Radio. Pelekat ini merupakan barangan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak BFM untuk pendengar setia mereka.

Resume Interaktif Bertemakan Super Mario

Robby Leonardi, seorang designer telah membuat resume interaktif dengan tema Super Mario Bros. Resume interaktif ini memaparkan watak superhero yang menyerupai Leonardi.

Video Rawak: Berapa Banyakkah Bintang Yang Terdapat Di Langit?




Video “How Many Stars There Are in the Sky, explained in ten seconds” ini dterbitkan oleh MinutePhysics bagi segmen “Physics explained in ten seconds “.

MinutePhysics merupakan saluran Youtube yang memfokuskan kepada penerbitan video khususnya dalam bidang Fizik dan juga pelbagai lagi perkara lain yang berkaitan dengan dunia sains.

Ayuh! Layarilah saluran Youtube MinutePhysics untuk menonton pelbagai video Fizik dalam masa 10 saat yang lain dan juga video-video menarik. Antaranya seperti Why is Dark at Night?  What is a Neutrino? Usain Bolt vs. Gravity dan lain-lain.

Video informatif yang berdurasi pendek ini amatlah bagus dan dapat menarik minat kita untuk belajar perkara baru dengan lebih mudah.

Pak Cik Einstein ada pernah berkata:




Parlimen Belia Malaysia (PBM)



Satu platform yang bagus bagi belia-belia di Malaysia ini untuk menyuarakan pendapat dan pandangan mereka tentang sesuatu perkara. Pelaksanaan Parlimen Belia Malaysia adalah bertujuan untuk melatih dan melahirkan barisan pelapis kepimpinan muda yang berkaliber dan berwibawa sejajar dengan keperluan negara masa kini dan masa hadapan.

Objektif:

1.Untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran pemimpin dari kalangan generasi Y demi kepentingan survival dan penerusan kepimpinan negara jangka panjang

Gelanggang Tenis Tertinggi Di Dunia (10 Gambar)

Mungkin anda pernah terdengar tentang gelanggang ini, dan mungkin tidak. Gelanggang tenis ini terletak tinggi di atas menara ke-4 tertinggi di dunia Burj al-Arab di Dubai. Bentuk gelanggang ini adalah bulat dan terletak pada helipad. Ketinggian menara ini adalah 321 meter, anggaran gelanggang ini berada pada ketinggian 305 meter. Pada tahun 2005, untuk pertandingan tenis di Dubai, Roger Federer dan Andre Agassi telah di jemput bermain disini. Gayat weyh nak main dekat sini!

10 Bangunan Stesen Keretapi yang Cool

Kebanyaknya bangunan keretapi ini telah pun dibina beratus tahun yang dahulu. Dari segi bentuk rekaannya yang unik dan cantik, membuatkan sesiapa saja akan terpesona. Ada juga bangunan keretapi ini telah pun menjadi tempat tarikkan pelancong disebabkan keunikkannya. Terbaca salah satu artikel di internet, yang menariknnya, bangunan keretapi kita di Malaysia iaitu, Bangunan Sultan Abdul Samad diiktiraf sebagai rekaan yang unik dan cool.


10. Gare de Strasbourg -- Strasbourg, France


9. Tokyo Station -- Tokyo, Japan

HQ Twitter di San Francisco (13 Gambar)

Kalau ramai dah tahu bagaimana ibu pejabat Facebook dan Google di Amerika, tapi jarang pula tengok gambar-gambar headquarter Twitter di San Francisco. Ibu pejabat Twitter ini juga pernah dilawati oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini. Seperti Google dan Facebook headquarter, amat bersahaja pejabat mereka, supaya lebih relaks dan enjoys.

8 Sebab Facebook Lagi Bagus dari Twitter


Bercakap mengenai Facebook dan Twitter, memang sudah tidak asing lagi bagi pengguna media sosial. dan semestinye antara facebook dan twitter mempunyai peminatnya masing-masing. Ada yang gemar gunakan facebook dan ada juga yang sukakan twitter sebab mudah dan senang. Jadi yang mana betul-betul bagus? Facebook atau Twitter?

Fakta yang sebenarnya menunjukkan Facebook mendahului Twitter dari pelbagai aspek. Dari sudut pendapatannya Facebook jauh mendahului twitter sebanyak 5.3 billion berbanding Twitter hanya 422 juta sahaja. Dari segi pengguna yang aktif pada setiap bulan Facebook seramai 1.2 billion manakala Twitter 232 juta sahaja.

Tapi kalau guna dua dua pun tidak ada masalah. Janji anda bahagia sudahlah. =)

12 World Record yang Pelik

Kalau hari itu kita sudah tengok 10 Guinness World Records yang boleh dikatakan okay lagi, tapi ada lagi world record yang dicatatkan atas pencapaian yang aneh dan pelik.

1. Pillow fight yang Terbesar
Biasa main pillow fight untuk beberapa orang saja, tetapi di Chicago, rekod perlawanan pillow fight yang teramai telah di catatkan. Seramai 3706 peserta telah terlibat.

2. Kumpulan Harp Terbesar
Harp ialah sebuah alatan muzik yang biasa dimainkan dalam orkestra. Di Amerika Latin, sebanyak 420 harp telah dimainkan bersama dalam sebuah orkestra yang berlangsung selama 6 minit.

10 Guinness World Records 2014

Antara rekod dunia yang telah pun tercatat buat masa ini

1. Keldai Terendah di dunia
Keldai ini diberi nama KneeHi yang mempunyai ketinggaan hanya 64cm sahaja. Memang kecil jika dibandingkan dengan yang lain


2. Set Drum yang Terbesar
Set drum ini berskala 5.2:1 dari yang asal. Di buat oleh Drumartic dari Austria

BLOG SEBAGAI PENDAPATAN SAMPINGAN

Pertama kalinya nak masuk segmen blogger lain, sebelum ini tak pernah nak mencuba tengok-tengok dan baca saja orang punya. Apasalahnya kalau cuba sekali kan.

Tajuk blog sebagai pendapatan sampingan. hermm aku ini baru nak naik main blog, yang boleh menjana duit menerusi blog ini buat masa ini aku guna Nuffnang dan 8Shared sahaja. Hasil bulan tidaklah banyak seperti blogger-blogger otai di luar sana. Sikit-sikit itu adalah. Dah nama pun berblogging ini sebagai hobi untuk mengisi masa lapang dan dan melatih minda untuk selalu bermain dengan kata-kata, jadi sumber pendapatan itu tidak menjadi keutamaan sangat. Tapi kalau dah ada rezeki itu, syukur Alhamdulillah.

Pernah dahulu satu seketika bermain main blog, dan berhenti dalam satu ke dua tahun kerana merasakan blog ini tidak mendatangkan apa-apa dan sibuk dengan kerja seharian. Lama menyepi dan tiba-tiba terbaca satu artikel yang mengatakan dapat menjana pendapatan dengan hanya menulis blog. Pendapatan itu datang dari hasil iklan Google Adsense. Aku rasa memang semua blogger tahu Adsense ini bagai mana polisinya dan kerenahnya. Aku pakai dalam masa setengah bulan dan hampir memencecah 10 USD, dan tiba-tibanya akaun itu di ban atas sebab yang aku pun kurang pasti dan tidak tahu mengapa. Maka betullah orang kata memang susah pakai Goolge Adsense ini, walaupun hasil yang boleh diperoleh agak lumayan dan menguntungkan.

Dengan sebab itu aku pakai Nuffnang saja sampai sekarang walaupun hanya sedikit-sedikit saja pendapatan yang dapat. Nak sebut pun malu. haha. Tapi InshaAllah masa akan datang mana lah tahu ada rezekinya. Selagi kita tidak mencubanya mana la kita tahu akan hasilnya kan. Bak kata orang cerdik akal

"Kalau kita tidak pernah gagal dalam hidup ini, bermakna kita tidak pernah mencuba melakukan apa-apa pun"

Sekian entri dari aku.