Pembelian Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ (Bergambar)

1:46:00 PM Nazif Hakim 21 Comments




Cukup mudah dan senang!

Itu yang aku boleh katakan pada siapa-siapa saja yang berminat untuk membeli nombor dari JPJ. Memang trend sekarang kut orang ramai sukakan nombor-nombor yang cantik untuk diletakkan pada kenderaan mereka. 

Kat sini aku nak cerita pembelian nombor yang running dan bukan nya tender nombor. Aku rasa tender nombor lagi rumit sedikit urusannnya. Takpelah itu kita cerita kejap lagi. Kebiasaannya pembelian nombor running ini, pembeli tidak kisahkan akan huruf apa pun yang ada, janji no yang dikehendaki dapat.

Pemilihan nombor.

Terdapat beberapa kategori nombor yang telah dikhaskan untuk di tender dan tidak akan dijual secara running no. Nombor-nombor ini di masukkan dalam kategori seperti ini:



Nombor inilah yang mungkin anda tidak akan dapat secara pembelian biasa. Perlukan tender untuk dapat no sebegini. Boleh semak list penuh di sini

Running nombor sekarang 21/4/2014
Jadi no apa yang boleh di pilih? Jawapannya, nombor-nombor biasalah yang agak bercampur tetapi memberi makna tersendiri mengikut individu itu, seperti tarikh lahir ke, no kad pengenalan ke no telefon ke dan sebagainyalah.

Satu perkara lagi, boleh semak nombor apa yang running sekarang di JPJ di sini! 
Nombor ini akan sentiasa di kemaskini. Korang boleh lah target nombor dan huruf apa yang dikehendaki.



Cara pembelian running nombor.

Dah tahu nombor apa yang korang nak, bolehlah pergi ke JPJ Wangsa Maju. Kalau nak beli plat KL lah. Macam aku pergi awal pagi juga nak elakkan ramai orang. Aku sampai JPJ Wangsa Maju pukul 8 pagi dan ambil no giliran. Hanya perlu tunggu dalam 10 minit sahaja.

Apa yang perlu di bawa

  1. Salinan IC pemilik kenderaan
  2. Borang tempahan nombor JPJ. Klik disini
  3. Duit sebanyak RM 10 (Pendaftaran) + RM200 (nombor) = RM210

Cara-cara pembelian.

1. Naik di tingkat 2 untuk urusan pembelian nombor kenderaan.




2. Ambil nombor giliran dan tunggu

3. Perlu diingatkan yang anda perlu ada sekurang-kurangnya 10 nombor atau lebih untuk buat standby jika nombor yang anda mahu sudah berpunya. Boleh tulis banyak-banyak no dalam kertas tempahan JPJ itu takpe.




4. Bila giliran anda hantar borang, dan pihak JPJ akan semak nombor2 yang korang dah pilih. Kalau dapat bolehlah buat pembayaran sebanyak RM210. Kalau tidak carilah no yang lain.

5. Selesai! Bawa resit yang telah dikepilkan ke tempat anda beli kereta untuk urusan pendaftaran.

Begitulah ceritanya jika nak beli no JPJ. Kalau nak upah runner belikan agak rugi sedikit lah. Mintak upah dalam RM50-RM100 kalau buat sendiri korang dah boleh jimat da kan. Mudah dan simple saja.

Kalau nak tahu bagaimana cara korang nak tender nombor pendaftaran kenderaan. Boleh rujuk disini.

21 comments:

  1. boleh rekeman kat ayah ecah lepas ni.. huhu

    ReplyDelete
  2. bro nk tnya selain kena submit IC dan borang tempahan diorang ad mintak resit booking/ any relevant document yang menunjukkan kita nk beli keta/moto ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. kene bawa tiga benda ini sahaja

      Salinan IC pemilik kenderaan
      Borang tempahan nombor JPJ. Klik disini
      Duit sebanyak RM 10 (Pendaftaran) + RM200 (nombor) = RM210

      Rasanya resit booking dia tak tengok

      Delete
  3. bro adik saya nak beli kereta. tapi saya wakil pergi jpj untuk beli no pendaftaran boleh ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tiada masalah. janji bawak dokumen. saya pun wakil kan orang juga sebenarnya

      Salinan IC pemilik kenderaan
      Borang tempahan nombor JPJ.
      Duit sebanyak RM 10 (Pendaftaran) + RM200 (nombor) = RM210

      Rasanya resit booking dia tak tengok

      Delete
  4. klu kita nak beli no plat selangor ner gi ke JPJ selagor gak ke atau boleh pergi Jpj KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semaklum saya no boleh di beli di mana-mana di JPJ negeri/cawangan. Betulkn sy kalau sy silap. Boleh rujuk di sini.
      http://www.jpj.gov.my/web/guest/panduan-memohon-nombor-pendaftaran-kenderaan

      Delete
  5. Replies
    1. Masa itu jugak boleh dpt no plate kite. Cuma nk menunggu giliran jela. 😊

      Delete
  6. tempahan tu kene buat sebelom plat terkini tu ke?

    ReplyDelete
  7. Salam...saja nk tnya klu kenderaan dh sedia register boleh ke kita nk buat plat lain..cth kereta sy plat WYD xxxx nk buat plat F xxxx..sbb sy suka plat F tu mohon pencerahan hehehe

    ReplyDelete
  8. no plet negeri Sembilan boleh beli kat jpj putrajaya tak? maksud saya jpj kat galeria tu...

    ReplyDelete
  9. bro,klu nk beli no plate xde dlm senarai boleh ker?contoh skrg BAA,nak beli BBB

    ReplyDelete
  10. Salam guys, macam mana pulak kalau nak beli huruf/abjad yang dah lepas. Tp masih available. Contoh skrg ni kl VAD, kita nak beli VAA. Nombor kita tak kesah. Cuma nk dapatkan huruf VAA tu ja. Bolehkah dapat? Minta pencerahan.

    ReplyDelete
  11. Thank..4 good information...

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  13. SALAM ALL...
    KALAU NAK PILIH NO PLATE BERSAMA HURUF NYE SEKALI BOLEH?NO YG 3 ANGKA SAJA KIRA NO PILIHAN ATAU NO TENDER YE?

    ReplyDelete