Travelog: Pertemuan Eropah dan Asia (ISTANBUL, TURKEY) 2
02/02/2015
Topkapi Place
Lepas makan pagi yang banyak di Hotel (aku sorg je kut), kami bergerak terus ke Topkapi Palace. Pagi yang agak suram dan hujun turun rintik2, tidak menghalang perjalanan kami. Disebabkan tempat ini merupakan tempat must visit, maka ramailah pelancong-pelancong. Masuk muzium ini berbayar, tapi disebabkan semua dah termasuk dalam pakej, aku pun tak tahu berapa harga sebenar tiket ini. Tapi boleh rujuk website rasmi di sini.
Kami diberi tempoh masa selama 2 jam untuk melihat pameran di sini.
Sedikit mengenai Topkapi Palace ini, Istana ini merupakan istana yang terbesar di Istanbul, Turkey. Ia dijadikan sebagai kediaman rasmi Kesultanan Uthmaniyyah selama 400 tahun. Bangunan yang dipenuhi dengan kehalusan seni bina dan khazanah bernilai ketika zaman Uthmaniyyah boleh dijumpai di sini. Istana ini sangatlah besar keluasannya. Memakan masa lebih dari 2 jam kalau nak betul-betul pusing dan menghayati kesenian yang terdapat dalam istana ini.
Banyak bilik-bilik pameran yang ada di Topkapi ini. yang paling menarik perhatian ramai, adalah di bilik pameran Treasury. Masuk dalam semuanya blink blink. Bersinar-sinar. Dalam bilik ini terdapat barang-barang yang dihiasi dengan batu-batu permata, emas, perak, emeralds, jade, pearls dan rubies. Memang blink-blink la kalau semua benda ini ada. Ada juga pedang dan takhta yang bersalut permata yang digunakan pemerintah Utthmaniyyah.
Aku tak ambil banyak gambar pun kat dalam bilik pameran, sebab ramai sangat orang dan gelap. Al maklumlah pakai telefon saja amek gambar. Selesai 2 jam aku semua kembali berkumpul di pintu hadapan untuk begerak ke destinasi seterusnya.
Sultan Ahmed Camii
Selesai makan kami pun bergerak ke Sultan Ahmed Camii, atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque untuk menunaikan solat Zuhur dan Asar. Masjid ini ditutup sebentar pada pelawat yang bukan Islam bila tibanya waktu solat.
Selesai solat, kami semua bergegas sedikit untuk ke lokasi terakhir kami pada hari ini, iaitu ke Muzium Sains dan Teknologi Islam. Dalam perjalan ke muzium sains ini, kami lalu dahulu Taman Gulhane (Rumah Rose) yang cukup indah permandangan dia, sangat mendamaikan dan menyejukkan mata. Tapi kami terpaksa bergegas dahulu ke muzium, sebab muzium tutup awal dalam pukul 4.30 petang kalau tak silap,
Di dalam muzium ini, kami semua dapat melihat kehebatan ketamadunan Umat Islam dalam pelbagai bidang Sains dan Teknologi yang telah jauh mendahului tamadun-tamadun lain pada zaman tersebut. Banyak model dan replika yang ada dalam muzium ini.
Lawatan ini aku boleh cakapkan sedikit cemas, sebab dah nak tutup. Pengawal pun da standby kat belakang nak tutup lampu. Hahaha.
Gulhane Park
Habis melawat dalam muzium, kami pun kembali keluar dan kali ini, barulah dapat menikmati keindahan dan kesegaran taman Gulhane ini. Memang best!
Malam itu juga, aku dan Ziyaad ada sesi mengekopi di shopping mall depan hotel kami. Bual-bual untuk kenal lebih rapat lagi. Dapat lah aku lihat betapa mesranya orang Turkey ini, bila Ziyaad sembang dengan mereka. Aku duduk tepi senyum saja. Aku kagum dengan Ziyaad ini, sebab dia ada bawa button batch bersama yang ada logo visit Malaysia dan bagi dekat orang Turkey . Biasa orang akan tanya, kami dari mana, dan ramai yang tak tahu Malaysia. Diorang tahu Thailand dan Singapore, tapi malangnya Malaysia diorang tak nampak. Aku pun tak pasti kenapa. hahaha. Mungkin dengan usaha Ziyaad sebagai duta kecil di Turkey dapat mempromosikan negara Malaysia kita yang tercinta kepada rakyat Turkey. Terbaik!
Nak lagiii pasal Turkey 😁👍👍👍
ReplyDeleteComing soon. OTW =)
Delete