Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (AMSTERDAM, NETHERLAND-DEN HAAG)
29/01/2015 - 30/01/2015
Perjalanan ke Amsterdam dengan menaiki bus merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Biasa dengar naik kapal terbang atau dengan tren sahaja, dengan bus aku baru tahu. Sebaik sahaja bus bergerak, pemandu bus mula memberi sedikit briefing dan etika ketika dalam bus yang 12 jam perjalanannya, Bagi tahu semua jangan sepah2 kan bus dan buang air kecil duduk bagi laki, sebab dia bawa laju!! hahaha. Lepas setengah jam bus bertolak aku pun tertido. Penat woo.
Sedar-sedar saja, selepas keluar dari UK bus berhenti di sempadan untuk imigresen Perancis menyemak semua passport penumpang. Kami diarahkam turun dari bus dan lalu di kawasan imigresen. Mamai-mamai pun turun lalu pemeriksaan. Check passport saja dan cop. Syukur semuanya berjalan lancar.
Setibanya di daratan Perancis, bus meneruskam perjalanan, dan aku sambung tidur. Penat wooo bangun tidur bangun tidur. hahaha!
Setelah pagi menjelma, tengok dekat luar, SALJI wooo!! setelah melawat ke 2 buah negara tak jumpa salji akhirnya di Amsterdam jumpa salji. Amatlah jakun!.
Masa perjalanan kami sebenarnya dah lebih 12 jam. sebab bertolak pukul 9.00 malam patutnya sampai pukul 9.00 pagi. Tapi sebab ada delay2 sikit itu yang jadi lewat.
Akhirnya pada pukul 12,00 tengahari tibalah kami di Amsterdam. Setibanya di Amsterdam bus kami berhenti di satu perhentian yang agak terpencil. Dan salji turun menyambut kedatangan kami semua. Bukan salji tapi almost salji la.
Keesokannya harinya, aku dan ira menuju ke bandar Den Haag di mana terletaknya Mahkamah Dunia (ICJ) di sini. Luqman dengan adiknya bercadang untuk berehat saja di hotel dan pusing-pusing di kawasan sekitar sahaja. Penat katanya. Dan Paan pula dah plan untuk jumpa kawan dia yang study kat sini. Jadi aku dan ira sajalah yang ke bandar Den Haag ini.
Perjalanan dari Amsterdam ke Den Haag memakan masa selama sejam. Tiba di Den Haag, macam biasa sebagai pengembara, berjalan kaki di seluruh kota The Haag menjadi satu kemestian. Berpandukan teknologi yang ada, iaitu peta dari Here Maps dan Trip Advisor yang telah di download, sampai juga kami di International Court of Justice.
Kemudiannya aku dan ira berpusing lagi di kota The Haag untuk mencari tempat solat. Pusing-pusing juga mencari masjid. Tengok maps memang ada di kawasan sekitar, tapi tak jumpa. Akhirnya kami ke pusat bandar Dem Haag Central dan jumpa masjid di sini. Di The Haag ini juga terdapat sebuah masjid yang terletak di tengah bandar kota ini. Sekali lagi aku kagum sinar Islam berada di mana saja kita berada. Masjid ini tengok pun ramai orang dari Turkey. Ambil mood Turkey dulu sebelum pergi.
Tanpa disengajakan, aku dan ira terjumpa tempat kegemaran dia iaitu PRIMARK. Apa lagi sesi bershopping pun bermula .Syukur. Ambil masa sikit untuk shopping di Primark dan pulang ke Amsterdam untuk menghabiskan sisa-sisa masa di sana.
Ira dan PRIMARK tak dapat dipisahkan |
Malam menjelma kami dinner dan tidur.
Photo Gallery by QuickGallery.com
0 comments: