Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - ZURICH) 2
Menuju ke Zurich |
Zurich
Tempat tinggal kami yang pertama merupakan sebuah apartment yang terletak di tengah kota Zurich. Setibanya aku dan mak tiba di stesen train yang berhampiran dengan apartment, kami pun mengheretlah beg kami di tengah kota Zurich. Memang tak familiar dengan kawasan itu, tapi dengan adanya Google Maps, maka anda akan jadi pro sehebat penduduk tempatan. Hahaha. Agak jauh juga aku dan mak berjalan untuk ke Apartment kami yang terletak di Dienerstrasse 20. Aku tak berani lagi untuk naik bus atau trem kat situ. Nanti sesat, lagi susah. Pakcik Google kata jalan dalam masa 15 minit saja, lalu aku dan mak pun menapaklah sambil mengheret bagasi masing-masing.
Jauh perjalanan menolak bagasi. |
Box tepi pintu ini yang aku cakapkan. Tekan-tekan nomber booking terus keluar kunci. Self service! Checkout drop saja kunci dalam box itu. |
" Sila masukkan 5 number tempahan anda yang terakhir untuk mendapatkan kunci bilik"
Tapi bila aku tekan-tekan nomber booking kami, tiada apa yang berlaku. Sebabnya kami datang awal, orang belum lagi buat servis dan pertukaran kunci baharu dalam kotak itu.
Bijak juga idea sebegini, tak payah ada receptionist untuk menunggu. Letak kotak saja dah mencukupi.
Tak tahu hendak ke mana |
Bawa beg berjalan sekali |
Masa kami tengah berehat, ada sebuah van lalu, berhenti dan lalu bertanya,
" Are u a muslim?"
" Yes"
"Assalamualaikum"
"Walaikumussalam"
"Got place to stay"
"Yes"
"Okay good"
dan berlalulah pakcik itu. Haha ini pun mesti direkodkan dalam travelog ini.
Sementara kami duduk-duduk di situ memikirkkan Ira berada di mana dan bila kami boleh masuk ke bilik.Pukul 1.40 petang datanglah seorang brader ini yang merupakan pemegang kunci bilik apartment ini, datang untuk mengemaskini kunci di dalam kotak itu. Brader ini tak tegur pun kami. Terus sahaja membuat kerjanya menukar kunci dalam kotak itu.
Tiba-tiba dia tanya dekat aku,
"Kugelschreiber?"
Huh??Tiba-tiba saja. macam ku pernah dengar perkataan ini tapi di mana yeah..
"Pen2"
"oowhh..sorry don't have"
Nampak sangat dah berkarat German aku.
Selesai brader ini mengemaskini kotak itu, aku pun mencuba sekali lagi 5 nomber terakhir booking kami. Syukur..keluar juga kunci bilik kami dan masuklah kami dalam apartment itu.
Tetapi agak malangnya, buka sahaja pintu bilik, tengok bilik masih tidak berkemas lagi dan tidak ditukarkan towelnya. Hurmm. Mak pun telefonlah orang apartment ini. Selamatlah mereka-mereka ini jawap dengan baik dan tenang. Hati pun sejuk dengar. Katanya akan datang kemas dalam pukul 2.
Bila mereka tiba di bilik kami untuk mengemas, aku dan mak pun keluar sekejap untuk memberi ruang dan masa mereka mengemas apartment itu.
Ada bathtub lagi |
Nice room to stay |
Dapur yang serba lengkap!. Semua ada tersembunyi di sebalik kabinet. |
Dimanakah Ira?
Aku dan mak menyiasat kembali kedudukan Ira di mana, Tengok di internet kapal dari Cairo ke Istanbul. Tengok kapal itu dah selamat tiba di Istanbul, tapi pelik kenapa aku tak jumpa dia kat sana tadi. Aku siasat lagi kapal yang seterusnya dari Istanbul ke Zurich yang aku juma, ada cuma esok sahaja. Ahh sudah.. senario yang paling teruk yang aku fikirkan Ira sampai esok. Fikir punya fikir, tiba-tiba terdetik hati nak telefon number Egypt ira. Disebabkan aku dah beli sim kad tadi, aku pun dial lah no ira.....
truttt..ttruuutt..truutt......
Panggilan dapat ditembusi masuk!!!!!
"Hello?"
Akhirnya....
Alhamdulillah lega rasanya bila Ira angkat telefon itu. Tanya dimanakah keberadaan dia. Dia kata baru sampai di Zurich Airport. Syukur. Semuanya pun selamat. Hilang gelisah kami semua.
Aku beritahu ira sedikit direction untuk ke apartment itu. Tak tahulah dia dapat ke tidak, tapi dalam hati aku yakin yang Ira mesti tahu punya apa yang harus dilakukan. Almaklumlah Ira ini hampir setiap tahun melancong ke Eropah, Katanya Egypt dah dekat dah dengan Euro ini, rugi kalau tak berjalan.
Bila dah dapat bercakap dengan Ira dan tahu dia dah pun tiba di Zurich bersama rakan dia, hati pun lega dan mood untuk berjalan kembali semula tanpa kerisauan. Keinginan untuk keluar berjalan sangatlah tinggi bila dah settle down dekat apartment itu. Tapi kenalah tunggu Ira sampai di sini untuk sama-sama berjalan. Setelah beberapa puluh minit menunggu akhirnya mak dan aku tertidur. Yelah kepenatan terbang jauh.
Rasanya hampir setengah jam lebih aku tertidur. Tiba-tiba dengar bunyi message masuk di telefon. Tengok ada beberapa miss call nomber dari Switzerland, cepat-cepat aku bangun keluar bilik tengok Ira dan Nadiah kawan dia dah ada dekat depan pintu. Berapa lama diorang tunggu tu aku tak tahu. hahaha. Akhirnya bertemu juga aku, mak dan Ira walaupun perancangan asalnya mahu bertemu di Turkey, tapi suratan takdir dah menentukan kami semua bertemu di kota Zurich. Huhuhu...
Ira baru sampai |
Zurich - Most Expensive City in The World
Selamat datang ke Switzerland |
Kami menuju di tengah kota Zurich untuk melihat permandangan dan suasana di bandar Zurich ini. Bila petang menjelma barulah ramai orang kelihatan. Kami banyak menggunakan perkhidmatan trem mereka yang amat mudah dan selesa untuk bergerak dari satu destinasi ke destinasi yang lain.
Dari pemerhatian aku sistem pengangkutan awam mereka amatlah baik. Thumb up! Beli tiket untuk satu hari dapat naik apa sahaja pengangkutan awam mereka dalam bandar. Naik train boleh, trem boleh bus pun boleh tiada masalah. Lagi satu yang hebatnya kepercayaan orang kat sini amatlah tinggi. Kita boleh naik train atau trem tanpa halangan palang yang kebiasaan kita tengok dekat LRT ataupun KTM. Jadinya kalau kita tak ada tiket pun kita boleh naik. Tapi amaran memang ada diberikan dalam train atau trem mereka yang mana pemeriksaan akan dilakukan secara mengejut dan boleh di denda jika didapati tiada tiket. Bagi aku perkhidmatan awam mereka amat mudah, memuaskan dan berbaloi di bayar. Patutlah kereta tidaklah sebegitu banyak kelihatan di bandar mereka.
Tunggu trem katanya |
Lamborghini ada di mana-mana |
Paling aku kagum, walaupun mereka ini memandu kereta yang boleh memecut 100Km/h dalam hanya beberapa saat, mereka sanggup menekan brek sepenuh hati apabila mereka lihat ada pejalan kaki yang hendak melintas jalan ke seberang. Sampai bergesir tayar dibuatnya akibat tekanan brek. Ini memang paling aku respect dan hormat sekali. Dan mereka berhenti betul-betul di belakang garisan putih tak lebih pun. Kalau aku pun sakit hati jugalah sebenarnya, yelah dah penat-penat tekan minyak nak memecut tiba-tiba kene tekan brek. Memang hangin laa. hahaha. Tapi mereka tidak. Bukan sekali dua saja aku nampak tapi banyak kali. Bila dilihat pemandu di dalam kereta itu, mereka tak nampak marah atau gembira. Muka tenang saja. tapi dalam hati tuhan sajalah yang tahu. Hahaha. Sebenarnya benda sebegini aku dah nampak di Ireland, UK dan Amsterdam. Mungkin ini sikap yang telah pun tersimat di dada mereka dan lama kelamaan menjadi satu budaya mereka.
Bersih sangat sungai ini! |
Siapa-siapa nak cari souvenir boleh pergi kedai abang Teddy |
Buat cenderahati sendiri
|
Musik + Szene |
Musim bunga sudah tiba |
Bendera Swiss di mana-mana |
Iin air terjun |
Kaki kuda terangkat satu membawa maksud rider mati akibat kecederaan di medan perang. |
Ayuh ke destinasi seterusnya |
Dengan itu sekadar ini sajalah cerita aku di bandar yang termahal di dunia iaitu Zurich. Sekian.
Perkongsian yang sangat menarik...
ReplyDeleteterima kasih saudara
DeleteNak tnya tmpt2 y korang pergi tu dkt2 tak?
ReplyDeleteHi, yang cerita atas ni semuanya walkable. Kene naik tram je pusing2 bandar. lain2 boleh jalan sendiri
DeleteKat mane yg menarik sis.. sy bulan 12 ni nk g zurich dan interlaken
ReplyDelete