Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (BRUSSELS, BELGIUM)
PERMULAAN
22/01/2015 - 23/01/2015
Hari yang di nanti sudah tiba, tanggal 22/01/2015 aku berlepas keluar dari negara tercinta Malaysia. Al maklumlah sekali sekala saja dapat keluar negara menikmati udara negara luar. Destinasi yang di tuju adalah Eropah!
Bermula dengan ajakkan adik aku untuk menemaninya bercuti di Eropah bersama dengan rakannya yang lain. Aku mula-mula macam tak berminat nak pergi. Bajet nak start kerja terus lepas bergelar graduan dari Uni aku pada Oktober 2014. Poyo je.
Atas nasihat abah aku dengan tajaan beliau lagi untuk trip ini, aku ubah fikiran. Best juga kalau dapat melancong jauh-jauh ini. Nak-nak gi Europah. Dapat lah mengimbau zaman kanak kanak riang duhulu berada di eropah sekitar tahun 1995-1996. Tapi banyak memori yang aku tak ingat.
Budak-budak mana lah nak ingat sangat. Tapi adalah ingat beberapa peristiwa dulu pergi Eropah lebih kurang setahun dengan adik aku.
Tahun 2015, Alhamdulillah sejarah dahulu diulangi semula, dengan diri yang lebih matang dengan membawa bekalan memori yang secukupnya.
PERSEDIAAN
Destinasi pertama yang di tuju ialah Ireland! Banyak nasihat dan bantuan yang aku dapat dari mak dan abah untuk persiapan diri pergi oversea ini. Dari kelengkapan diri, pakaian sampailah kewangan. Al maklumlah aku memang zero knowledge pergi negara sejuk-sejuk. Baju sejuk pun pinjam kawan yang baru balik German (Sano bukan nama sebenar). Terima kasih mak abah, ahli keluarga dan rakan-rakan yang membantu.
 |
Bekalan 19 hari |
 |
Baju sejuk yang di pinjam |
Antara keperluan asas untuk ke negara yang bawah 10°C
1. Baju sejuk tebal punya
2. Glove dengan Snow Cap
3. Kasut boot. Yang ada wool tepi2 tu.
 |
Check in luggage |
Terima kasih Abg Ami & Mak sudi hantar ^_^
Bagi aku benda-benda ini penting sangat Sebabnya badan akan terkejut dengan suhu yang memang lain dari Malaysia. Bagi akulah. Gigil teruk sebab sejuk. Tengok orang lain okay je lagi. Aku sorang je da berbalut dari tangan sampai la ke kepala. Sejuk wooo.
Mak dengan abang Amie hantar aku ke KLIA. Boleh la rasa feel ala ala pergi belajar oversea haha!
 |
Gaya student pergi oversea |
BRUSSEL, BELGIUM
Banyak transit yang aku akan tempoh sblm smpai di Dublin. Transit pertama aku ke Istanbul,Turkey. Di mana aku jumpa adik aku yang berlepas dari Egypt. Kapal terbang berlepas pada jam 11.30 malam. Perjalanan dari Malaysia ke Istanbul memakan masa 10 jam lamanya. Tengok movie dengan tidur sajah kerja aku 10 jam tu.
 |
Jemaah Umrah di Atatürk Airport Turkey |
Tiba di Istanbul pukul 5.30 pagi waktu tempatan aku solat dulu kat airport itu. Tak keluar pun airport Istanbul. Ramai juga jemaah dari Turki yang sudah siap memakai ihram untuk menunaikan umrah, sembahyang subuh bersama.
 |
Ira tiba dari Egypt seperti yang dijanjikan |
 |
Jauh kapal terbang ini parking. Kene naik bus dalam 15 minit untuk sampai kat kapal |
 |
Semangat!! |
Pukul 7.00 pagi aku jumpa dengan adik aku yang datang dari Egypt. Flight kami seterusnya akan transit Brussels pada pukul 8.00 pagi. Di Brussels ini aku akan berjumpa lagi 3 orang rakan adik aku yang mengikuti trip ini bersama. Aku dengan adik aku tiba dahulu di Brussels pukul 10.00 pagi waktu tempatan. Kali ini aku tak lagi duduk dalam airport untuk transit. Disebabkan flight kami pukul 4 petang nanti menuju ke Dublin. Aku dengan Ira mengambil kesempatan untuk ke Brussels city centre.
 |
Dari Brussels Airport ke Brussels Central |
 |
Di Brussels Central |
 |
Gigih menarik beg keliling kota |
Di Brussels memang aku dengan ira tak ada knowledge apa-apa pun. Tapi itu bukan masalah bagi kami, senang saja solusinya, tanya kaunter informasi. Kalau malu bertanya sesat jalan. Tak nak sesat kene lah tanya. Jangan risau diorang semua sangat friendly kadang-kadang luaran sahaja nampak garang. Tapi sudi menolong dengan senyum skali. Takdehal punya lah.
 |
Terima kasih pak cik tolong amekkan gambar |
 |
Masa untuk kembali ke Airport |
Sampai di Bandar Brussels bermulalah aktiviti bergambar sana sini. Amatlah jakun. haha! Disebabkan transit, kami rushing sikit pusing bandar Brussels dengan membawa beg besaq kami kehulu kehilir. Dalam jam 1.30 petang selepas solat Jamak Zuhur dan Asar di dalam sebuah kedai Pakistan di situ, kami kembali ke Airport semula
Dugaan Pengembara 1
Dalam setiap pengembaraan mesti ada ujiannya yang tersendiri. Ira janji mahu berjumpa dengan kawan dia di depan pintu check in flight ke Brussels. Jadi kami pun tunggu lah. Sekali tunggu punya tunggu, mereka tidak muncul di pintu ketibaan yang sepatutnya mereka tiba dari Egypt. Disebabkan kiteorang menunggu lama sangat.
 |
Tiket baru beli T_T |
 |
Internet free yang disediakan hanya 30 minit sahaja |
 |
Mengisi masa lapang |
Aku terlupa check in maka kami pun terlepas flight untuk ke Dublin petang itu. Rupa-rupa nya kawan ira tidak keluar dari airport Brussels. Mereka terus naik flight ke Dublin. Maka kamilah yang terlepas flight nak ke Dublin sebab dah lewat untuk check in. Agak malang di situ. Beli tiket baru dan fly pada waktu malamnya. Selamat ada flight pada hari yang sama. Maka terdampar lah aku dengan ira untuk beberapa jam lagi di airport Brussels.
*esok dah mula kerja doakan semuanya berjalan dengan baik. Pergi Interview pn berdebor nak start kerja pun berdebor.haduhh
0 comments: