Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - LAUTERBRUNNEN) 3

11:00:00 PM Nazif Hakim 0 Comments




30/04/2016

Seawal 6.30 pagi, kami semua telah bersedia untuk check out dan bergerak menuju ke Zurich Hauptbahnhof (Zurich Main Station). Jika semalam aku dan mak self check-in, begitu jugalah untuk check-out. Hanya perlu masukkan kembali kunci bilik di dalam kotak itu semula. Perlu dingitkan supaya tiada apa-apa barang lagi yang tertinggal dalam bilik itu. Kalau ada dan kunci pun dah masuk ke dalam, bolehlah ucap selamat tinggal. Tapi barang kami syukur semuanya selamat di bawa bersama.



Di hadapan Zurich Hauptbahnhof

Tempat yang kami tuju pada hari itu bernama LAUTERBRUNNEN. Jika diterjemahkan dari bahasa German membawa maknanya "MANY SPRING". Lauterbrunnen ini lokasinya berhampiran dengan Bern dan kedudukannya terletak di pergunungan Alps. Lauterbrunnen ini merupakan sebuah perkampungan yang di kelilingi dengan batuan-batuan di mana celah-celah batu ini terdapat air terjun. Di sini jugalah tempat untuk kami menaiki tren untuk sampai ke puncak tertinggi EROPAH.


Perjalanan kami dari bandar Zurich ke Lauterbrunnen ini mengambil masa selama 3 jam melalui beberapa bandar di Switzerland termasuklah bandar Bern. Semasa perjalanan dalam tren ini, tidaklah terlalu bosan, sebabnya bila aku tengok di luar cermin kereta api ini amatlah cantik pemandangan. Tengok pun dah sejuk mata memandang. Tengoklah bendang-bendang sawah mereka yang amat kemas dan dijaga dengan baik. Ada jugalah nampak lembu dan kambing Switzerland yang semuanya sihat-sihat dan sado-sado belaka. Kami berhenti di Bern untuk "umsteigen"/tukar ke kereta api yang menuju Interlaken OST. Setibanya kami di Interlaken OST ini barulah kami menuju terus ke Lauterbrunnen. Macam biasa, perkhidmatan kereta api mereka tidak pernah mengecewakan. Turun sahaja, tren yang satu lagi dah menunggu. Memang terbaik!

Pagi agak lengang sedikit




Puncak gunung yang masih diselubungi dengan salji mula kelihatan dalam perjalanan kami dari Interlaken OST menuju ke Lauterbrunnen. Memang cantik dan menakjubkan dengan kebesaran ciptaan Tuhan. Bersyurkur aku sebab di beri peluang untuk melihat kecantikkan ciptaan Tuhan ini. Dengan kehijauan hutan yang amat bersih dan terjaga dan juga batuan-batuan gunung yang mengelilingi perkampungan di situ amat membuatkan aku teruja dan tak sabar untuk keluar dari kereta api itu.

Matahari memancarkan sinarannya



Sudah semakin hampir


Setelah hampir setengah jam perjalanan kami dari Interlaken OST ke Lauterbrunnen, akhirnya kami tiba di Bahnhof Lauterbrunnen. Turun sahaja kami dari kereta api itu, barulah dapat menikmati udara yang segar dan nyaman, dan tak lupa juga dengan cuaca yang agak kesejukkan di situ. Memang cantik pemandangan di tambah lagi dengan beberapa air terjun yang dapat kelihatan di celah-celah batuan di situ.

Selamat tiba. Misi mencari hostel
Air terjun celahan batu

Bagasi-bagasi yang penuh di kedua belah tangan di heret dan di pikul lagi untuk di bawa ke tempat bermalam kami. Kali ini kami duduk di tempat yang di beri nama 'Schutzenbach Camping' atau dikenali sebagai 'Backpackers Camping'. Walaupun tempat ini untuk backpackers, yang mana lazimnya tempat tidurnya seakan dorm, tapi di sini juga ada menyediakan bilik-bilik persendirian untuk 2 orang sebagai pilihan alternatif. Cumanya tandas perlu di kongsi bersama. (ini semua idea Ira =P).

Masa operasi hanya 8-10pagi dan 6-8ptg. Senang betul duit
Dengan harapan untuk check in, dan meletakkan beg-beg untuk memudahkan kami berjalan, kami pun menaiki bus untuk ke Schutzenbach Camping. Tidak jauh dari station utama Lauterbrunnen, hanya 10 minit sahaja untuk sampai di sini.

Kali ini, tempat tinggal kami ada receptionist, TETAPI hanya waktu-waktu tertentu sahaja dia berada di kaunter. Kami tiba di Camp itu pada jam 10.10pagi. Agak sedih bila melihat notis yang di gantung di hadapan pintu dengan masa di jam tangan kami. Kaunter telah pun tutup dan pintunya berkunci. Notis di pintu itu ada mengatakan yang kaunter hanya beroperasi pada jam 8.00pagi-10.00pagi dan 6.00ptg-8ptg. Walau bagaimanapun, seakan memahami isi hati pelancong luar yang datang dengan banyak beg  dan sering kelewatan, ada satu lagi notis yang menyeruh kami meletakkan beg-beg kami di dalam Bar mereka jika datang awal sebelum masa check-in. Disebabkan tiada lagi pilihan yang ada, kami pun letakkan beg dalam Bar itu. Untuk langkah keselamatan, barang-barang berharga dan penting di bawa bersama dalam beg galas kami. Selesai menyusun barang, kini tibalah masanya untuk pengembaraan kami.

Jungfraujoch - Top of Europe (3,454 m)


Sebelum datang ke sini, aku tak tahu pun tentang kewujudan tempat ini. Mak yang mencadangkan tempat ini dan aku ikut sahaja. Di sini juga barulah aku dapat lihat ramai juga pelancong-pelancong luar seperti aku yang datang untuk melihat dan merasai sendiri berada di puncak tertinggi Eropah, Perjalanan menuju puncak ini mengambil jumlah keseluruhan masa 2 jam dengan menaiki keretapi. Kami akan umsteigen di Kleine Scheidegg untuk ke Jungfraujoch. Keterujaan sekali lagi tiba bila kereta api mula bergerak ke atas dan gunung-gunung yang dilitupi salji yang jauh kami lihat tadi, sekarang sudah semakin hampir dan berada di depan mata kami sendiri.




Dalam perjalanan ke Kleine Scheidegg,tren ini melalui beberapa lagi buah bandar, yang di situ pun ada menawarkan hotel dan rumah tumpangan bagi pelancong. Mungkin harga dia agak mahal berbanding tempat tinggal kami. Makin tinggi tempatnya makin mahal hotelnya. Mungkinlah huhu!




Setibanya kami di Kleine Scheidegg ini, baru kami dapat keluar dan merasai sendiri salji yang tadi kami cuma lihat dari dalam kereta api sahaja. Kami tak mengambil masa yang lama di Kleine Scheidegg ini dan tak sempat pun untuk berjalan-jalan sekitar kawasan itu, sebabnya kereta api yang akan membawa kami ke Jungfraujoch telah pun menunggu. Jam menunjukkan 12.15 tengahari. Memang ramai orang pada waktu ini. Ramai yang baru turun dari punca dan ramai juga yang baru hendak menaiki puncak. Memang hebat kejuruteraan kereta api mereka ini. Sampai ke punca gunung salji mereka-mereka ini korek.




Sedikit sahaja sejarah yang baru aku kaji tentang bagaimana Jungfraujoch railway ini dibina. Idea pembinaan ini datang dari Adolf Guyer-Zeller seorang yang pakar dan punyai banyak pengalaman tentang pembinaan landasan kereta api pada tahun 1896. Pembinaan landasan kereta api ini telah bermula pada 27 Julai 1896 dan ianya mengambil masa 16 tahun untuk disiapkan. Pada asalnya Adolf Guyer-Zeller ini bercadang untuk membuka 7 buah station perhentian sehingga ke puncak Sphinx. Namun dia hanya dapat membuka 2 buah station perhentian sahaja, iaitu di Eigerwand  dan Eismeer. Bagi aku dah cukup power lah tu dapat buka 2 dari 7 station. Sehingga kini, pembinaan landasan kereta api ini masih lagi menjadi satu pencapaian yang membanggakan dan Jungfraujoch Railway ini memegang rekod "highest railway in Europe".  Agak-agak Malaysia tak mahu ke buat landasan kereta api naik gunung Kinabalu. huhu.


Semasa dalam perjalanan, tren ini akan berhenti selama 10 minit di Eigerwand dan Eismeer, bagi penumpang untuk turun dan melihat pemandangan dari sudut tinjau yang telah dibina. Di setiap hentian juga ada menyediakan WC (tandas). Yelah sejukkan mesti selalu je rasa nak terkucir. Di sudut tinjau di Eigerwand masih lagi nampak pemandangan di luar dan bila berhenti di Eismeer (2865 m) tiada apa lagi yang dapat kelihatan selain kelebatan salji di luar. Semuanya putih belaka!



Menyambut ulang tahun ke-100

Di sudut tinjau EISMEER


Setelah 40 minit perjalanan akhirnya kami tiba di Jungfraujoch. Disebabkan tadi tak sempat terkucir takut kene tinggal kereta api, sekaranglah masanya kami semua pergi ke tandas, sambil itu bersiap sedia dengan pakaian tebal sebelum berjalan di ruang kompleks Jungfraujoch ini.


Inilah pengasasnya
Kami mengambil sedikit masa untuk melihat tour maps yang telah disediakan. Disebabkan cuaca di luar ketika itu ribut salji, beberapa tempat lawatan di tutup. Tanpa berlengah lagi kami terus saja menuju ke Menara Sphinx yang mana kat sini pelancong boleh keluar dan merasai kesejukkan -11 darjah celsius.


Panorama di Jungfraujoch
Ketika kami di platform menara Sphinx ini, ribut salji agak kuat bertiupan, pelancong pun ramai. Apa lagi bergambar sakan la kami semua di sini. Memang sejuk, muka aku pun sakit-sakit terkena salji yang bertiup. Tapi ianya tak menghalang untuk aku menikmati suasana di situ. Bila dah terasa terlalu sejuk, kami masuk semula dalam kompleks untuk memanaskan badan. Di pintu kompleks ini memang ada menyediakan peralatan pemanas badan bagi-bagi mereka yang terlalu kesejukkan macam aku. Bila dah rasa ok, kami keluar kembali untuk memastikan gambar yang di ambil cun dan memuaskan. Huhu. Memang seronok bermain di platform menara Sphinx ini. Walaupun kedudukan menara ini tinggi, tapi kami tak dapat merasai sepenuhnya sebab ribut salji dah menutupi semua pemandangan kami. Yang kami nampak adalah keputihan salji sahaja. Puas hati bermain di dengan salji. Kami duduk berehat sebentar dan mulalah perut berkeroncong tanda waktu makan sudah tiba.


Selpie sana-sini

Ala-ala menakluki gunung everest gitu
Masa untuk menikmati makan yang Ira buatkan untuk kami semua. Menu untuk makan tengahari ini ialah nasi goreng. Power betul makan nasi goreng di Top of Europe. Kalau ada jual nasi goreng di sini, mesti mahal melambung harganya. Huhu.

Nasi goreng salji
Misi berjaya!
Selesai di Menara Sphinx kami pergi pula ke Alpine Sensation. Dekat sini kami jumpa snow globe yang agak besar dan cantik. Ada kereta api jalan-jalan lagi dalam dia. Selepas itu kami memasuki pula Eispalast (Ice Palace) yang mana semua permukaan ruang ini hanya di ukir dengan ais. Lantai dia agak licin dan sejuk. Dalam ini terdapat beberapa arca-raca yang diukir dan semuanya daripada ais. Memang menarik!



Tempat terakhir yang kami lawat di Jungfraujoch ini ialah Plateu(3475m). Di sini barulah kami betul-betul dapat keluar dan menjejakkan kaki di salji Jungfraujoch. Jika tadi kami hanya berada di atas platform Sphinx, tapi kali ini kami betul-betul memijak permukaan salji di situ. Disebabkan ketika itu cuaca agak ribut, ramai pelancong-pelacong hanya duduk di pintu sahaja dan orang yang nak keluar terpaksa menolak-nolak sedikit orang yang di hadapan. Dekat pintu itu pun permukaan agak licin sebab ais dia sudah cair akibat ramai yang pijak. Memang angin kuat masa itu. Aku, mak dan Ira berjaya keluar dan berjalan jauh sedikit dari pintu masuk. Muka aku masa itu amat pedih bagai di cucuk-cucuk oleh salji yang berterbangan. Kami main kat sini tak lama pun sebab ramai orang dan ribut agak kuat. Tak larat nak duduk bergambar lama-lama


Selesai di Plateu, kami beredar dari situ dan singgah untuk membeli sedikit cenderamata dari Jungfraujoch. Macam biasa harga semua agak mahal. Disebabkan aku dah lalui satu pengalaman yang amat berharga, jadi aku angkatlah satu cenderhati dari Jungfraujoch. Dah datang jauh-jauh takkan lah tak bawa balik cenderhatikan. Biarlah cenderahati ini mengingatkan aku, bahawa aku telah pun menjejakkan kaki di puncak tertinggi Eropah.Huhu.


Selesai satu pusingan kami di Kompleks Jungfraujoch ini, kami sampai kembali di stesen keretapi di mana kami tiba tadi. Bila dah sampai di stesen ini, tibalah masanya untuk kami semua mengucapkan selamat tinggal Jungfraujoch. Sob...sob..sob. T_T. Jam 3.40 petang kami pun turun semula untuk pulang ke Lauterbrunnen.

Semasa perjalan turun, tren kami hanya berhenti seketika di Eigergletscher. Kat sini kami bergambar lagi. Sebab masih jakun dengan salji. Pada jam. 4.40 petang kami kembali semula di Kleine Scheidegg. Berbeza keadaan sebelum kami naik tadi, kebanyakkan kedai di situ sudah pun ditutup. Tepat pukul 5.00 petang kami bertolak semula ke Lauterbrunnen. Kami agak sedikit bergegas untuk ke tempat tinggal kami sebabnya masa operasi kaunter mereka hanya dari pukul 6.00-8.00 ptg. Risau juga dengan beg-beg yang kami tinggalkan dalam bar pagi tadi.

Masa untuk pulang
Setibanya kami kembali di Stesen Launterbrunnen, kelihatan ramai penduduk tempatan (mungkin) dengan peralatan ski mereka, menaiki tren untuk ke atas sana. Rasanya mereka mendapat perkhabaran berita yang salji turun di atas gunung sana, maka mereka ramai-ramai naik atas untuk bermain ski.


Kami tiba di hostel kami pada jam 7 petang dan sempatlah kami untuk check ini. Syukur beg kami pun selamat, walaupun bar itu dah di buka untuk orang dan diorang ini minum-minum tepi beg kami. Tapi nampak beg kami ini tidak pun di usik oleh mereka. Bagus2. Perasaan lega yang amat bila dapat bertemu dengan katil, setelah hampir seharian berjalan. huhu. Kami settle down dulu barang-barang dan bersolat.


Musim bunga sudah tiba
Memang penat sehari suntuk berjalan sana-sini, dengan beg-begnya lagi. Sekali lagi aku dapat rasakan satu hari yang amat panjang yang aku lalui dengan pelbagai aktiviti . Alhamdulillah semua yang di rancang berjalan lancar tanpa sebarang kejadian.

Jam 8.00 petang, hari dah mula menunjukkan waktu malam. Tibalah masanya untuk kami semua berehat dan tidurrrrzzzz..


0 comments: