Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - ZURICH)
Sekali lagi aku berpeluang ke luar negara selepas lawatan aku di eropah pada tahun lalu. Seperti yang lalu percutian aku ni tidak termaktub pun dalam buku catitan diari pada tahun 2016. Rezeki datang dan Alhamdulillah sekali lagi aku dapat menjejakkan kaki di bumi eropah sebagai musafir.
Jika tahun lalu aku melawat
Ireland ---> UK, London ---> Belanda- Amsterdam --->Turkey- Istanbul,
Kali ini perjalananku ke
Switzerland - Zürich dan Italy - Milan.
Perjalanan aku ditemani bersama Mak dan Ira.
Perjalanan kami lancar sehinggalah tiba di Atatürk Turkey pada jam 4.30 pagi masa di Istanbul. Aku dan mak sepatutnya berjumpa Ira dan seorang rakannya di Airport ini sebelum bersama-sama menaiki kapal terbang ke Zürich pada jam 7.00 pagi.
29/04/2016
Atarturk Airport
Aku dan Mak berlegar-legar di Atatürk Airport untuk menghabiskan masa yang terluang. Walaupun ini bukan kali pertama aku tiba di Airport ini, tapi aku masih lagi teruja melihat pemandangan dan sekitar airport itu yang sentiasa tidak lekang dengan manusia walaupun jam menunjukkan pukul 5 pagi. Sedikit kesedihan airport Atatürk ini idak menyediakan WIfi secara percuma. Penat dah aku ke sana ke mari untuk mencari punca wifi secara percuma. Malangnya tidak berjaya ditemui.
28/04/2016
KLIA
Aku dan mak berlepas dari Airport KLIA pada pukul 10.10 malam dan di jangka transit di Istanbul untuk 3 jam sebelum bertukar flight seterusnya yang menuju terus ke ibu negara Switzerland, Zürich. Perjalanan kami lancar sehinggalah tiba di Atatürk Turkey pada jam 4.30 pagi masa di Istanbul. Aku dan mak sepatutnya berjumpa Ira dan seorang rakannya di Airport ini sebelum bersama-sama menaiki kapal terbang ke Zürich pada jam 7.00 pagi.
Paparan antaramuka yang telah dikemaskini oleh Turkish Airlines. Terbaik! |
Makanan yang tak pernah mengecewakn. Sedaap bangat. |
29/04/2016
Atarturk Airport
Kota Istanbul dari Udara |
Menunggu Ira yang tidak kunjung tiba. |
Masa untuk berlepas ke Zurich |
Zurich Airport
Welcome to Zurich! |
Semasa berada di atas ruang udara Switzerland, satu pemandangan yang amat jarang sekali aku dapat lihat, di mana masih banyak lagi gunun-gunung diseliputi keputihan salji yang amat cantik sekali bila di lihat dari dalam kapal terbang. Sangat teruja dan terpegun melihat panaroma sebegini.
Banjaran pergunungan Alps. Masih diselimuti oleh salji. |
Agak keliru dengan dengan sistem train mereka, aku dan mak pun bertanyalah pada kaunter mereka untuk ke tempat tinggal kami. Al maklumlah, kalau tak bertanya nanti sesat jalan la pula. Selesai tanya-menaya,akhirnya kami pun beredar dari Zurich Airport ini menaiki train menuju ke pusat bandar Zurich.
Maka bermulalah perjalanan kami di Kota Eropah.
Suspense nih Ira mana? Apa jdik kt dak adek lak...tunggu pt 2?
ReplyDelete