Travelog: Pertemuan Eropah dan Asia (ISTANBUL, TURKEY) 3
03/02/2015
Perjalanan di bumi Istanbul diteruskan lagi untuk hari yang ketiga kami semua berada di sini. Syukur atas nikmatNya, tidur pun cukup dan makan sarapan pagi pun cukup dan banyak. Maka bersemangat dan banyaklah tenaga yang ada untuk meneruskan perjalanan hari ini.
Hagia Sophia Museum
Hari ini, perjalanan kami masih lagi menziarahi dan menjejaki tinggalan-tinggalan ketamaduan Islam yang paling hampir dengan kita. Destinasi yang dituju ialah Muzium Hagia Sophia (AyaSofya) yang mempunyai binaan indah yang agung dan merupakan sebuah binaan yang penting bagi umat Islam dan Kristian Ortodoks.
Memang unik dan misteri Hagia Sophia ini bila aku masuk. Dengan tergantungnya kalimah Allah, Muhammad dan para sahabat, masih ada juga peninggalan gambar-gambar Jesus (nabi Isa) dan Virgin Mary (Mariam). Semasa pemerintahan Uthmaniyaah, gambar-gambar di dalam bangunan ini tidak dihapuskan dan dibuang, gambar ini hanya di tutup dengan dengan kayu atau papan semasa ianya digunakan sebagai masjid. Hanya tanda-tanda salib saja di kikis dan di buang dari bangunan ini. Ini menggambarkan pemerintahan zaman Utthmaniyyah pada ketika itu tidaklah rakus dan kejam dengan menghapuskan terus gambar-gambar yang ada semasa pengambilan alihan dari gereja menjadi masjid. Cukuplah dengan sekadar menutup gambar-gambar tersebut tanpa dimusnahkan.
Add caption |
Selesai lawatan di Hagia Sofia kami semua berkumpul dan bergerak ke Masjid Sultanahmet atau lebih dikenali sebagai Blue Mosque sekali lagi untuk bersolat.
Makam Sultan Abdul Hamid II
Kircilar Store
Aku sangkakan murah-murah saja dan mampu untuk miliki barangan ini, tapi hanya mimpi saja. Senang cakap mengarut saja harga yang ditawarkan mereka ini. Mahal teramat!! Di jual pun dalam USD bukannya TL. Untuk pengetahuan sehelai jacket mereka sudah mencecah 400USD++. Siapa mampu wooooi! Disebabkan tidak mampu beli dan hanya mampu lihat, takdelah aku tengok lama-lama jacket ini, dan terus saja keluar tunggu di bus.
Macam biasa mengakhir lawatan hari ini, kami ke restaurant untuk makan malam. Restaurant apa, den pun da tak ingat haha!.
Setibanya di hotel aku dan Ziyaad sekali lagi ke shopping mall depan hotel untuk belikan barangan yang dikirim oleh Aunty iaitu pendrive. Aku saja ikut nak tengok harga di sini bagaimana. Harga barangan elektronik di Turkey ini aku boleh cakap sama saja harganya seperti di Malaysia. Mungkin hanya mahal sedikit dan taklah terlalu mahal. Dan sekali lagi aku dibelanja dengan bebola coklat yang sangat sedap!! Trimas yeh Ziyaad. Rasa sedapnya sampai hari ini dapat aku rasa lagi. hahaha.
Seterusnya perjalanan kami akan diteruskan lagi ke bandar Bursa iaitu di sebelah Asia Turkey.
Photo Gallery by QuickGallery.com
0 comments: