SOCAR MALAYSIA - Kereta Sewa Moden 2018



Nama SOCAR di Malaysia ini masih asing lagi bagi ramai penguna di Malaysia kerana ianya masih baharu. SOCAR merupakan satu platform perkongsian kereta dari Korea Selatan yang dilancarkan di Malaysia pada October tahun 2017. Untuk lebih faham, SOCAR ini merupakan satu platform untuk menyewa kereta dengan gaya moden. Kenapa dikatakan moden? Sebabnya, anda hanya menggunakan smartphone untuk menyewa kereta SOCAR dan tidak perlu lagi kertas-kertas kerja seperti isi borang dan membayar deposit sebelum menyewa. Kaedah seperti ini tidak lagi sesuai di guna pakai pada masa kini.
Dengan SOCAR, anda hanya perlu mengunakan telefon pintar anda untuk, mendaftar, membuat pembayaran dan part paling menarik adalah membuka kereta dengan hanya mengunakan aplikasi SOCAR. Cukup senang dan mudah!

Selain itu, anda tak perlu lagi membuat tempahan 24jam awal seperti kaedah lama sebelum ini. SOCAR membenarkan anda untuk membuat tempahan bila-bila masa sahaja dan boleh menyewa untuk 30 minit sahaja minimum. Maknanya jika anda ada kecemasan ataupun last minit plan, anda masih lagi boleh menggunakan SOCAR ini. Memang mudah, senang dan pantas penggunaan SOCAR.



Harga Yang Berpatutan!


Sebelum pergi lebih jauh, soalan berapa kadar sewaan akan menjadi tanda tanya. Kadar sewaan SOCAR ini di kira melalui jam. Contohnya: Kereta Axia RM8.00/jam. Rata-ratanya mungkin keliru dan kurang berminat bila dinyatakan dengan harga sewaan per jam. Pasti ramai lagi berminat untuk mengetahui berapa harga sewaan harian kan? Tak mengapa saya akan bentangkan harga sewa SOCAR bagi sehari untuk anda semua lagi faham dan nampak berapa harga sebenarnya.

Socar menghadkan pengiraan jam mereka pada 10 jam sehari sahaja. Maknanya jika anda gunakan kereta ini lebih dari 10 jam kiraan, dia akan tetap pada harga 10 jam sahaja. Contoh penggunaan kereta axia, jika anda menggunakan kereta ini 6pagi dan pulangkan pada 6 petang pada hari yang sama (12 jam) anda hanya akan dikenakan bayaran 10 jam iaitu , RM8 X 10 jam = RM80! Ini bermakna kiraan kereta untuk Axia bagi tempoh 1 hari = RM80 sahaja.

Minyak pula bagaimana?

Kelebihan SOCAR lagi, minyak pun akan di tanggung oleh mereka! Haaa bagus kan. SOCAR akan menanggung minyak bagi perjalanan 30km dalam sejam ataupun 300km sehari! Apa jadi kalau lebih? kalau melebih dari had yang ditetapkan anda hanya perlu bayar sebanyak RM0.25 per km. Jadi berpada-pada lah.

Kembali untuk kiraan sehari bagi jenis kereta-kereta SOCAR ini TIDAK termasuk kiraan minyak ya boleh lihat di bawah:-

Sewa Sehari SOCAR (Isnin - Jumaat)

1. Axia - RM8.00/jam = RM80/sehari
2. Myvi - RM12.90/jam = RM129/sehari
3. City/Vios - RM14.90/jam = RM149/sehari
4. Polo/Alza - RM13.90/jam = RM139/sehari
5. Altis - RM19.00/jam = RM190/sehari
6. HR-V - RM17.00/jam = RM170/sehari
7. Mini-Cooper - RM30.00/jam= RM300/sehari
8. BMW330e - RM42.00/jam = RM420/sehari
*harga setakat sewaktu artikal ini di tulis 16/8/2018

Sewa Sehari SOCAR (Sabtu - Ahad)

1. Axia - RM12.90/jam  = RM129/sehari
2. Myvi - RM16.00/jam = RM160/sehari
3. City/Vios - RM18.00/jam = RM180/sehari
4. Polo(Alza) - RM17.00(RM19.00)/jam  = RM170(RM190)/sehari
5. Altis - RM25.00/jam = RM250/sehari
6. HR-V - RM25.00/jam = RM250/sehari
7. Mini-Cooper - RM38.00/jam = RM380/sehari
8. BMW330e - RM48.00/jam = RM480/sehari
*harga setakat sewaktu artikal ini di tulis 16/8/2018

Untuk harga yang lebih tepat, anda boleh menyemak terus dari aplikasi SOCAR.

Bagi saya harga kereta mereka ini agak menarik dan kompetitif dengan pasaran yang sedia ada. Tanpa perlukan wang deposit dan sebagainya anda dah boleh memandu dengan mengunakan kereta SOCAR ini.

Apa lagi yang menarik mengenai SOCAR?

D2D servis
Perkhidmatan hantar dari rumah ke rumah. Jika anda tidak dapat pergi ke tempat yang berdekatan dengan tempat kereta SOCAR ini diletakkan, anda boleh menggunakan perkhidmatan D2D (Door to Door) ini. Amat mudah dan jimat masa. Dengan hanya bayaran RM10 sahaja, anda boleh mengunakan servis D2D untuk mengambil dan memulangkan kenderaan dilokasi yang anda tentukan. Walaubagaimana pun, perkhidmatan ini adalah terhad di kawasan tertentu dan boleh digunakan pada 7AM to 7PM , Isnin hingga Jumaat sahaja.

Pengunaan sehala. Kereta SOCAR ini juga boleh digunakan untuk perjalanan sehala tanpa perlu memulangkan semula ke tempat yang asalnya. Kebiasaanya pengunaan perjalanan menuju ke airport. Untuk perjalan sehala ini anda akan dikenakan cas sebanyak RM50 tambahan dari tambang kereta tersebut. Contoh Axia tambang RM8/jam, jumlah untuk penggunaan sehala adalah RM50 + RM8 = RM58. Mengikuti pengguna yang telah mencuba, perjalanan sehala dari KL ke KLIA, anda akan di cas lagi sebanyak RM6.75 kerana telah melebihi had 30km/jam percuma yang ditawarkan.

Promo di sana sini. Untuk menarik lagi ramai pengguna dan mencuba, SOCAR selalu memberikan promo code pada pengguna mereka. Anda hanya perlu rajin singgah ataupun follow FACEBOOK SOCAR MALAYSIA

Merdeka PROMO

Bagaimana untuk mendaftar?


Untuk mendaftar anda hanya perlukan
IC/Passport dan
lesen memandu kompeten/lesen international sahaja. 

Dengan 2 dokumen in sahaja anda dah boleh menggunakan SOCAR dengan cepat dan pantas.

Cara pembayaran?

Anda perlu menghubungkan akaun SOCAR anda dengan kad kredit ataupun debit sahaja. SOCAR hanya ada 2 cara pembayaran ini saja. Sama ada kad kredit atau pun debit. Cas RM10 akan dikenakan sekali sahaja (one-off payment) untuk pengunaan kali pertama. Perlu diingatkan juga tol perlu tidak di tanggung dan perlu bayar sendiri.

PERCUMA 2 JAM!

Untuk pengguna yang pertama kali untuk mencuba SOCAR ini, anda boleh menikmati 2 jam pengunaan secara PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar menggunakan link di bawah.

https://duit.socar.my/t/F2J95h9
https://duit.socar.my/t/F2J95h9
https://duit.socar.my/t/F2J95h9


Guna link di atas ya untuk dapatkan 2 jam pengunaan percuma. Rugi kalau tak cuba sebab tak perlu bayar apa-apa pun.

Ada lagi persoalan mengenai SOCAR terus saja menghubungi saya di number whatsapp di bawah:-
+6019-3070041

Dapatkan 2 jam Percuma!
Lokasi Kereta SOCAR.


Sehingga hari ini SOCAR telah meluaskan kawasan mereka dengan mempunyai 500 buah kereta untuk disewakan di 265 lokasi yang telah ditetapkan. Anda boleh semak terus di dalam apps SOCAR untuk melihat lokasi kenderaan SOCAR ataupun anda boleh merujuk di sini [1] [2]


Kesimpulan.

Melihat dengan perkembangan teknologi dan pengunaan smartphone yang tinggi di Malaysia ini, SOCAR mensasarkan 10,000 buah kereta pada tahun 2020. Kini SOCAR baru saja mempunyai 500 buah kereta di seluruh Klang Valley. Mungkin mereka akan mengembangkan lagi pasaran mereka di bandar-bandar utama yang lain dalam masa terdekat ini. Bagi saya pengunaan SOCAR ini amat memuaskan kerana penggunaannya yang mudah. Sesiapa yang belum mencubanya haruslah segara untuk mendaftar dan menguji kebolehan pengunaan SOCAR ini.

Daftar Boost Business Merchant Malaysia 2018



Populariti pengunaan e-wallet meningkat naik di Malaysia terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur. Rata-rata kedai seperti kedai makanan dan minuman sudah mula memaparkan QR code dari beberapa e-wallet seperti BOOST dari Axiata, AliPay, VCash, Maybank QRPay dan  yang terbaharu GrabPay, Razer Pay, WeChat Pay, CIMB Pay, TouchNGO dan banyak lagi .

Boost, Vcash, RazerPay, CimbPay,  AliPay, WeChat Pay, TouchNGo, Maybank QRPay, dan GrabPay
Boost adalah aplikasi e-wallet NO 1 di Malaysia sehingga hari ini. Mengikut data yang dikeluarkan dari pihak Boost, mereka mempunyai seramai 2.5 juta pengguna yang menggunakan aplikasi ini sebagai cara pembayaran perbelanjaan harian mereka. Bukan itu saja, pengguna boleh mengunakan aplikasi Boost ini di 25,000 tempat termasuklah di kedai makan, restaurant (Nandos, Chicken Rice Shop,etc), kedai pakaian (FASHIONVALLET), di website e-commerce dan banyak lagi. Memang menarik dan macam-macam ada! 



Pelbagai lagi yang anda boleh lakukan dengan aplikasi Boost ini. Antara perkara yang menarik saya boleh senaraikn adalah seperti di bawah:-

1. Topup Prepaid (Tanpa perlu pergi ke mana-mana)
2. Membeli pelbagai voucher dengan harga yang lebih murah. (potongan sebanyak 30%-10% diskaun)
3. Melihat rekod perbelanjaan harian anda.
4. Dapat 'shake reward' dengan setiap kali pembelian. (Reward sebanyak RM3 sehingga RM0.20sen)
5. Cashback 50% (maximum RM10) dengan setiap pembelian di kedai yang terpilih.
6. Membuat pemindahan wang pada rakan-rakan dengan mudah!

BOOST e-wallet telah pun melebarkan sayapnya di Universiti Awam IPTA (UTM, UiTM), di RnR juga ( RnR Ayer Keroh), di Airport Malaysia (MAHB) dan yang baharu BOOST e-wallet boleh digunakan di kedai serbaneka KK mart di seluruh 327 kedai, termasuk di Lembah Klang, Melaka, Seremban dan juga Sarawak.

Boost kerjasama dengan KK Mart dan RnR,
Menuju kehadapan, BOOST e-wallet akan boleh digunakan untuk membuat pembayaran di vending machine, di parkir (parking), dan laundry mart ( dobi layan diri). Yes ke semua yang di atas boleh dilakukan dengan hanya menggunakan satu aplikasi e-wallet iaitu BOOST.

Jika di lihat dari sudut pemasaran berbanding dengan e-wallet yang lain, BOOST e-wallet ternyata lebih menyerlah dan jauh ke hadapan dari pesaing-pesaing yang lain! Ternyata mereka merupakan e-wallet NO 1 di Malaysia.


DAFTAR SEBAGAI BOOST MERCHANT (BOOST BUSINESS)

Cukup untuk pengenalan untuk BOOST e-Wallet ini. Banyak lagi info yang anda boleh dapatkan di luar sana jika anda mahu tahu lebih lanjut lagi mengenai BOOST e-Wallet ini. Google saja "Boost App" anda akan dapati banyak berita terbaharu dari Boost.

Disebabkan populariti BOOST yang meningkat naik, ramai peniaga-peniaga yang mahu menyertai BOOST ini sebagai rakan peniaga. Istilah yang digunakan oleh BOOST adalah untuk menjadi sebagai BOOST BUSINESS. Ini bermaksud peniaga-peniaga mahukan BOOST sebagai salah satu cara pembayaran di kedai mereka.

Kenapa perlu guna BOOST sebagai pembayaran? CASH kan ada lagi senang!

Pertama-tamanya untuk pendaftaran ianya PERCUMA. Saya ulang PERCUMA tiada pembayaran yang perlu di buat pendaftaran. Tiada hidden charge atau pun sebagainya. Pemasangan juga PERCUMA. TIADA Contract dan sebagai. Jika anda rasa tidak sesuai untuk digunakan and boleh simpan QR code tersebut. Jadinya tidak rugi kalau anda mencubanya!

Betul pengunaan wang tunai merupakan cara pembayaran yang paling ideal dan dah berkurun lamanya digunakan.TETAPI dalam era digital kini, cash bukanlah satu-satunya kaedah pembayaran yang ada. Revolusi pembayaran telah pun berlaku dan pengunaan kad debit/kredit bukanlah satu yang luar biasa lagi. KINI berlaku sekali lagi revolusi pembayaran iaitu melalui nirtunai (cashless). Termasuk jugalah BOOST e-wallet ini yang mengalakkan pembayaran secara nirtunai.

#GoCashless
Berikut kenapa anda perlu mengunakan BOOST BUSINESS sebagai cara pembayaran.

1. Mengikut revolusi terkini
- Banyak syarikat makanan telah pun beralih dengan pengunaan e-wallet ini seperti NANDO'S, Chicken Rice Shop, Tea Live, farmasi , dan pelbagai kafe lagi. Syarikat-syarikat besar pun dah sedar kepentingan pembayaran e-wallet ini kenapa tidak anda? =)
2. Dapat mengembangkan business.
- Setakat ini penguna BOOST sudah mencecah lebih dari 2.5 juta orang. Ini bermakna kebanyakan mereka boleh melalukan pembayaran menggunakan BOOST di tempat anda.
3. Pembayaran yang lancar.
- Tidak perlu risau lagi berlaku keciciran wang dan wang masuk tidak direkodkan. Melalui BOOST Business semua pembayaran direkodkan dan akan di bayar terus ke akaun peniaga. Susah nak buat penipuan jika semuanya direkodkan secara digital.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI RAKAN BOOST BUSINESS

Untuk pendaftaran anda perlu sediakn dokumen-dokumen seperti ini:-

1. SSM Form 9, 49, atau Form D
2. IC Pemilik kedai (Owner IC)
3. Bank Payment Statement Header

Boleh rujuk gambar di bawah.
Bank Statement and SSM Borang D
Dokumen ini diperlukan bertujuan untuk memastikan perniagaan yang dilakukan adalah sah di sisi undang-undang dan pihak BOOST dapat membayar ke dalam akuan bank peniaga dengan betul.

JENIS KEDAI

Terdapat pelbagai perniagaan yang ada dijalankan di luar sana. Untuk menjadi rakan BOOST Business, seeloknya anda perlu ada kedai fizikal yang sedia ada. Seperti

1. Restaurant, Food truck, Rnr, Kafe
2. Kedai Runci.Kedai seberguna,
3. Printing Shop.
4. Kedai pakaian.
5. Farmasi

dan lain-lain, selagi anda mempunyai kedai fizikal anda boleh mengunakan Boost.

Walaubagaimana pun untuk peniaga ONLINE, website anda perlulah dihubungkan dengan PAYMENT GATEAWAY terlebih dahulu seperti iPay88, eGHL, MOLpay dan Billplz. Jika anda sudah menghubungkan dengan gateaway yang dinyatakan, anda boleh terus berhubung dengan gateaway tersebut untuk mengaktifkan pembayaran dengan BOOST.

PAYMENT BOOST BUSINESS

Bila Boost akan membayar ke dalam account bank peniaga?
- Pembayaran ke dalam akaun bank anda akan di buat pada keesokkan harinya ( untuk Maybank). Bank lain-lain perlu tunggu 2-3 hari bekerja. Ini adalah standard procedure yang dilakukan. Setakat ini tiada lagi masalah duit tidak masuk ke dalam account peniaga pada tempoh yang ditetapkan.

DAFTAR BOOST BUSINESS

Untuk pendaftaran anda boleh menghubungi whatsapp di bawah

http://BoostBusiness.wasap.my
http://BoostBusiness.wasap.my
http://BoostBusiness.wasap.my


Ataupun 

Isi google form di bawah


Muat turun Boost Business app di atas mengikut phone anda. Di bawah merupakan beberapa paparan contoh skrin Boost Business app.

Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myboost.merchantapp&hl=en

Appstore: https://itunes.apple.com/my/app/boost-business-app/id1301748024?mt=8



MENUJU ERA DIGITAL


Seiring dengan kemajuan global dan tempatan dari segi teknologi, kita seharusnya bersama-sama dengan perubahan ini. Jika kita tak seiring dan masih menggunakan teknologi yang lama, kita akan ketinggalan dan tidak dapat berada di dalam arus permodenan. Untuk perubahan pasti akan memakan masa. Kitalah seharusnya mengerakkan perubahan ini agar yang lain dapat mengikutinya.

Bagi saya, penerimaan e-wallet Malaysia ini semakin di terima oleh masyarakat. Kerajaan hari ini juga menuju ke arah cashless tanpa mengunakan wang tunai. Jadi sebagai peniaga-peniaga di luar sana haruslah menyokong dan bersama untuk menjadikan pembayaran melalui e-wallet ini tidak lagi asing untuk digunakan.

#BOOSTIT #GOCASHLESS #EWALLET

Daftar Uber Driver Malaysia 2018



Driver Uber Malaysia masih diperlukan! Tidak tahu cara nak mendaftar? Boleh rujuk di sini untuk mendapatkan bimbingan pendaftaran dengan mudah dan pantas tanpa perlu pergi ke mana-mana pun. Bimbingan dan tunjuk ajar diberikan dari mula sehingga habis!

Kereta Sewa Uber Malaysia (CARPEDIA) 2018


Carpedia X Uber
Peningkatan permintaan Uber di Malaysia ini terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur telah menarik minat orang ramai untuk mencari pendapatan sampingan sama ada melakukannya sepenuh masa mahupun separuh masa.

Di Kuala Lumpur terutamanya, Uber telah menjadi salah satu pilihan utama pengguna untuk menuju dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Kecekapan sistem uber, pemandu yang berkemahiran dan keselamatan yang diyakini telah meletakkan kepercayaan kepada pengguna untuk menggunakan aplikasi Uber. Pada pandangan peribadi saya, permintaan di Kuala Lumpur ini akan sentiasa ada dan di tagih oleh para penguna tegar uber.

Daftar Uber Driver Malaysia 2017




*UPDATE (KEMASKINI)

(30/09/2017)

Berita Baik!!!

PENDAFTARAN SECARA PERCUMA

Seperti tahun lepas, Uber sekali lagi berkembang dan melangkah ke depan dengan melancarkan operasi mereka di bandar-bandar baharu. Kali ini Uber akan berada di LANGKAWI , MIRI dan ALOR SETAR,

[IKLAN] Kereta sewa SOCAR serendah RM80/sehari !


Maknanya anda yang berada di kawasan berhampiran boleh menjana pendapatan bersama Uber dan daftar untuk menjadi pemandu Uber di Langkawi , Uber di Miri , Uber di Alor Setar, Uber Sandakan, Uber Batu Pahat dan Uber Kuala Terengganu. Langkah-langkah boleh dibuat sekarang dengan cara di bawah: -

*bandar baharu UBER

*DAFTAR UBER BATU PAHAT

*DAFTAR UBER SANDAKAN


*DAFTAR UBER KUALA TERENGGANU


DAFTAR UBER LANGKAWI 


DAFTAR UBER MIRI


DAFTAR UBER ALOR SETAR


ATAUPUN hubungi /whataspps

NAZIF
019-3070041
019-3070041

========================================================================

Salam semua.

Tahun 2016 hampir melabuhkan tirainya dan semestinya ada pengalaman kisah suka dan duka yang dilalui sepanjang tahun ini. Begitu juga dengan uber, yang mana popularitinya semakin meningkat naik hari demi hari terutamanya pada tahun 2016.

Banyak perkembangan terbaharu yang di buat oleh pihak uber pada tahun ini. Dengan perkenalan uber di bandar-bandar baharu membuka luas lagi perkhidmatan uber di seluruh Malaysia pada tahun ini. Pada tahun sebelumnya uber dah pun melancarkan di bandar-bandar utama seperti di Kuala Lumpur, Penang dan Johor Bahru. Berikut adalah penambahan bandar baharu oleh uber

Keretapi Sarong 2017 #SayangMalaysia



Perkembangan perkhidmatan awam di Malaysia kini semakin meningkat dan mutu kualitinya amatlah tinggi dan setaraf dengan negara-negara maju yang lain. Di tambah lagi tahun ini pelancaran penuh jajaran MRT Sungai Buloh-Kajang menaikkan lagi pilihan kemudahan pada pengguna. Kini terdapat pelbagai alternatif bagi kemudahan pengguna dan rakyat Malaysia untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kemudahan seperti ini diwujudkan bagi mengurangkan kesesakkan di jalan raya yang mana saban hari terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur penuh dengan kesesakkan yang dipenuhi dengan kenderaan. Tetapi, boleh dikatakan rakyat Malaysia masih lagi menggemari menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja mahupun membeli-belah berbanding dengan menggunakan kemudahan awam yang telah sedia ada.

Sehubungan dengan itu, sebuah badan NGO iaitu LOCCO, singkatan untuk Local Companion yang merupakan sebuah kominiti yang meraikan dan memperkasakan budaya setempat Malaysia, telah mengambil iniasitif penting dengan menganjurkan satu kempen iaitu Keretapi Sarong.


Keretapi Sarong.

Keretapi Sarong ini adalah satu acara flash mob awam di mana orang awam akan memakai sarong dan di bawa ke station tren terdekat untuk memulakan perarakan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Tujuan utama flash mob ini adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai untuk mengguna pengangkutan awam yang telah disediakan. Menariknya, acara yang dinamakan Keretapi Sarong ini diwarnai dengan perserta yg memakai sarong semasa melakukan flash mob. Dengan bersarong dapat kita menyedarkan masyarakat umum tentang sejarah dan warisan busana sarong itu sendiri.

16 September 2017

Perarakkan flash mob ini akan di buat pada hari Malaysia yang jatuh pada 16 September ini, bersamaan Hari Malaysia ke-54. Penganjuran Keretapi Sarong 2017 ini mendapat usaha sama seperti DBKL, Gaya Travel, Englishjer dan TapauTV. Aktiviti dan permainan berunsurkan bahasa dan komunikasi akan dilakukan sepanjang acara ini berlangsung. Peraduan menulis sempena Keretapi Sarong 2017 yang dinamakan 'Hundred/Hundred:Sarong' akan diadakan sekali.

Keretapi Sarong2017 akan bermula dari stesen-stesen LRT Subang, Puchong Prima dan Gombak (laluan KJ), Ampang (laluan Ampang) and Bandar Utama(laluan SBK). Setiap kumpulan akan bergerak ke lokasi akhir rahsia dari stesen masing-masing. Aktiviti-aktiviti dan acara-acara lain turut disediakan di lokasi rahsia tersebut sepanjang hari.

Berikut adalah aturcara Keretapi Sarong2017:

10:00pg   Orang awam dan sukarelawan tiba di stesen masing-masing
                 Pengisian aktiviti

10:30pg   Menaiki tren Aktiviti dalam tren

11:30pg   Tiba di lokasi rahsiaAktiviti,
                pengisian dan kudapan


Kepada sesiapa yang berkelapangan bolehlah sertai bagi memeriahkan lagi perarakkan Keretapi Sarong ini.

Info Lanjut:
FB: LOCCO

UberTAXI Malaysia 2017




Permintaan Uber di Malaysia dari hari ke hari menunjukkan peningkatan yang banyak terutamanya di kawasan bandar-bandar di Malaysia. Sejak kemunculan uber di Malaysia ada yang memberi riaksi positif dan tidak kurang juga yang negatif. Ini merupakan perkara yang normal berlaku di mana-mana tempat sekali pun. Penerimaan teknologi baharu ini mengambil masa untuk difahami dari segenap penduduk terutamanya di Malaysia ini.

Tahun 2017 merupakan tahun yang agak memberansangkan bagi pihak uber dan tahun ini juga uber telah menjalinkan satu kolaborasi dengan teksi-teksi di Malaysia! Ini bermakna kenderaan teksi yang sebelum ini tidak boleh menyertai platform uber , kini teksi juga boleh bersama menyertai platform uber di Malaysia.

Untuk pengetahuan, gabungan Uber dan teksi ini bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh pihak uber. Sebelum ini juga uber telah memperkenalkan produk UberTaxi ini di LONDON dan NEW YORK CITY

UberTAXI London

Pengguna Uber.

Untuk pengguna, usahlah bimbang kerana uber masih mengekalkan uber yang biasa iaitu UBER X dan masih lagi boleh memilih UBER X seperti biasa. Tidak perlu bimbang. Produk UberTaxi ini akan ada sebagai tambahan yang anda boleh lihat di dalam aplikasi UBER. Boleh memilih sama ada memerlukan UBER X biasa dan juga UBERTAXI. Lagi banyak pilihan lagi bagus untuk pengguna kan.

BACA JUGA>>> DAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER MALAYSIA 

Struktur Harga.


Untuk menarik lagi lebih ramai pemandu teksi beralih ke platform uber, pihak uber memperkenalkan 2 kategori bagi teksi iaitu

1. UberFLASH dan
2. UberTAXI.

UberFLASH

UberFLASH ini merupakan kategori yang sama taraf dengan UberX tetapi keretanya menggunakan teksi, bukannya kenderaan persendirian seperti UberX yang biasa. Kategori ini dianggap istimewa kerana harga tambangnya sama dengan uber X. Pilihan pengguna di dalam platform uber ini banyak tertumpu pada kategori UberX. Dengan adanya UberFLASH ini dapatlah kereta teksi menandingi dan menikmati kelebihan yang ada pada UberX.

Pengguna boleh memilih antara UberFLASH, UberX dan Black

TETAPI, harus diingatkan bawah kereta teksi ini mestilah mengekalkan rating bintang, iaitu tahap kepuasan pengguna pada tahap 4.5 bintang ke atas. Jika gagal mengekalkan rating ini, teksi ini akan jatuh ke kategori UberTAXI yang mana mempunya tambang dasar yang berbeza dengan UberFLASH.

UberTAXI

Perbezaan antara UberFLASH dan UberTAXI adalah pada harga tambangnya. Harga UberTAXI ini berdasarkan harga yang dijadualkan oleh pihak SPAD. Perbezaan harga yang ketara ini membuatkan UberTAXI tidak di pilih sebagai pilihan pertama pengguna. Walau bagaimanapun pemandu UberTAXI ini mempunyai kelebihan jika berada di kawasan yang kurang pemandu UberX. Disebabkan ketiadaan UberX, sudah semestinya UberTAXI akan menjadi pilihan.

Pilihan UberTAXI juga boleh di pilih dalam aplikasi Uber anda

Sama seperti UberFLASH pemandu UberTAXI harus mengekalkan mutu perkhidmatan pada tahap 4.0 bintang ke atas. Jika gagal dan berada di bawah 4.0 akaun uber akan anda akan di tutup.

Stuktur harga uberX, uberFLASH dan uberTAXI
Syarat-syarat UberTAXI

1. Kereta Tahun 2012 dan ke atas
2. Mempunyai 4 pintu
3. Berumur 21 tahun ke atas
4. Mempunyai lesen penuh (P tidak dibenarkan)

Pendaftaran Pemandu UberTAXI Malaysia.

Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk mendaftar sebagai pemandu UberTAXI di Malaysia. Dengan hanya menghubungi saya melalui medium di bawah, saya akan membantu anda untuk mendaftar sebagai pemandu UberTAXI sehingga akaun anda aktif untuk digunakan.

Hubungi saya terus di talian di bawah

NAZIF
019-3070041
019-3070041
019-3070041

Atau

Talian terus whatsapps. Klik ke link untuk terus berwassap






http://bit.ly/ubertaximalaysia
http://bit.ly/ubertaximalaysia
http://bit.ly/ubertaximalaysia

ATAU

Mengisi borang di bawah

https://goo.gl/forms/ly0LZzLH3cv7narX2
https://goo.gl/forms/ly0LZzLH3cv7narX2
https://goo.gl/forms/ly0LZzLH3cv7narX2

Kesimpulan

Saya percaya dan yakin, keyakinan pengguna terhadap teksi akan meningkat semula dan permintaan pula akan naik hari demi hari. Dengan kemasukkan UberTAXI pemandu tidak lagi hanya tertumpu pada satu saja punca carian pengguna. Di Uber platform pemandu boleh meluaskan lagi tempahan mereka seterusnya menaikkan punca pendapatan mereka.