Pulau Perhentian, Malaysia 2014 (Part 1)
Hi, blog aku ini bukanlah blog yang niche nya travel blog, setakat cerita pengalaman-pengalaman tempat yang aku pernah pergi. Tak banyak sikit saja. Menarik juga kalau kongsikan cerita pecutian kita, supaya orang lain boleh buat panduan dan perancangan sebelum mereka pula pergi bercuti. Haaa Sharing is Caring kan. So aku pun nak ceritalah percutian aku baru-baru ini, pergi ke Pulau Perhentian Kecil.
Peracangan
Aku dah rancang percutian aku ini, dari awal lagi, mula-mula tahun lepas, then atas kekangan tertentu, di tunda pada tahun ini. Tahun ini, aku siap merancang semua pada bulan 3, trip pada bulan 5. Aku pergi ini dengan rakan-rakan rumah sewa aku seramai 8 orang termasuk aku 9 oranglah. Baru lah meriah sikit pergi ramai-ramai kan. Havoclah orang kata. Aku buat plan awal-awal supaya jadual perjalanan semua tersusun, tempat tinggal di pulau ada, dan ada aktiviti bila kat sana nanti. Tiada lah masa terbuang dan kerisauan tidak dapat tempat tinggal di pulau nanti bila semua perkara sudah di buat.
Benda yang aku rancang macam
1. Tarikh percutian
2. Bajet
3. Pakej Di Pulau
4. Kenderaan untuk ke Kuala Besut (Jeti ke Pulau Perhentian)
Pakej Percutiaan