Pulau Perhentian, Malaysia 2014 (Part 1)

10:48:00 AM Nazif Razak 13 Comments


Hi, blog aku ini bukanlah blog yang niche nya travel blog, setakat cerita pengalaman-pengalaman tempat yang aku pernah pergi. Tak banyak sikit saja. Menarik juga kalau kongsikan cerita pecutian kita, supaya orang lain boleh buat panduan dan perancangan sebelum mereka pula pergi bercuti. Haaa Sharing is Caring kan. So aku pun nak ceritalah percutian aku baru-baru ini, pergi ke Pulau Perhentian Kecil.


Peracangan

Aku dah rancang percutian aku ini, dari awal lagi, mula-mula tahun lepas, then atas kekangan tertentu, di tunda pada tahun ini. Tahun ini, aku siap merancang semua pada bulan 3, trip pada bulan 5. Aku pergi ini dengan rakan-rakan rumah sewa aku seramai 8 orang termasuk aku 9 oranglah. Baru lah meriah sikit pergi ramai-ramai kan. Havoclah orang kata. Aku buat plan awal-awal supaya jadual perjalanan semua tersusun, tempat tinggal di pulau ada, dan ada aktiviti bila kat sana nanti. Tiada lah masa terbuang dan kerisauan tidak dapat tempat tinggal di pulau nanti bila semua perkara sudah di buat.

Benda yang aku rancang macam
1. Tarikh percutian
2. Bajet
3. Pakej Di Pulau
4. Kenderaan untuk ke Kuala Besut (Jeti ke Pulau Perhentian)

Pakej Percutiaan



Kalau kita google search saja pakej pulau perhentian 2014, macam-macam pakej ada. Dari murah sampailah ke mahal. Disebabkan kami ini orang bujang, maka tempat tinggal bukanlah halangan yang besar. Asalkan ada tempat tidur dan berteduh pada waktu malam pun jadilah. Boleh jimat bajet lagi. Aku go through pelbagai pakej yang ada kat internet ini. Teliti betul-betul kaji semua, mana lah tahu pakej scam ke ape ke kan mana lah tau. Tengok diorang ini ada Website sendiri tak, Page kat Facebook ke, dan baca beberapa artikel review orang yang pernah menggunakan pakej ini. Selepas yakin dan berpuas hati dengan harga yang ditetapkan. Barulah bayar deposit pada mereka. Biasanya diorang mintak 40% deposit dulu dan lebihnya bayar kat pulau.

Pakej yang bertuah aku pilih adalah Mohsin Chalet! Banyak review aku baca bagus Chalet ini, dan berada di Long Beach. Senang saja nak deal booking dengan Mohsin ini, pergi ke FB diorang, ikut beberapa langkah booking yang telah disediakan dan emailkan pada mereka. Mohsin kata masih kosong lagi pada tarikh korang pilih, boleh lah bayar deposit.



Pakej Mohsin ini lengkap semuanya, Makan, boat (pergi balik), bilik dan aktiviti snorkeling (berserta gear snorkeling). Tak perlu risau dan bimbang untuk keperluan di pulau, semuanya ada disediakan di Mohsin Chalet.

Perjalanan ke Jeti Kuala Besut

Sekarang senang saja nak bajet sampai pukul berapa ke destinasi tertentu.Guna Waze set tempat yang di tuju dan waze aku tunjukkan ETA sampai pukul berapa. Aku rasa waktu perjalanan mengambil masa dalam 6 jam jika gerak dari Kuala Lumpur. Aku dengan membe-membe aku memang dah set nak sampai jeti pada keesokkan hari nya dalam pukul 8 pagi. Kiteorang gerak dari Kuala Lumpur dalam pukul 12.01 pagi selepas menonton piala thomas hari itu. Agak terkilan sikit bila pasukan Malaysia kalah dengan Jepun. Tapi mood cuti ke pulau tetap diteruskan dengan semangat!.

Dinasihatkan supaya berhati-hati memandu pada waktu malam kerana jalan raya yang berliku dan banyak selekoh. Kalau ikut waze, jalan yang ditunjukkan mengikut highway Lebuhraya Pantai Timur yang tak siap lagi tu. Masuk dari Paka keluar di Exit Kuala Terengganu. Malam-malam lalu highway amatlah mengerunkan. Kiri kanan gelap takda lampu jalan lagi. Kawasan rehat pun ada yang tak buka lagi. Aku nasihatkan sebelum masuk highway LPT ini, isi lah minyak secukup-cukupnya sebab sepanjang highway takda satu pun station minyak!



Jeti Kuala Besut

Disinilah tempat boat untuk pergi ke Pulau Perhentian, seperti yang kami anggarkan tiba di jeti Kuala Besut pada jam 9 pagi. Boatman pun dah telefon aku banyak kali, sebab dah terlewat sikit. Tiba di jeti, parking lah kereta yang disediakan. Ada orang yang jaga tempat parking ini. Dia nampak pelancong yang blur-blur nak parking mana terus dia datang dan bawa tempat dia jaga parking. Untuk 3 hari bayaran dia RM20. Oklah kut bayaran dia. Hahaha!





Pasal boat untuk ke pulau pula, disebabkan dah termasuk dalam pakej Mohsin, kenelah cari orang yang in charge dengan boat kiteorang ini. Kene hati-hatilah kat sini, jangan silap naik boat sudahlah. Tak pasal-pasal kena bayar lagi untuk boat walaupun dah bayar dalam pakej. Aku call siap2 abang boat ni dan jumpa untuk handle boat kiteorang ke pulau. Boat Abang Mat.







Sebelum naik boat, kene bayar lagi cukai taman laut sebanyak RM5. Yang ini biasanya takda dalam pakej. Kene bayar kat jeti itu juga.

Untuk perjalanan ke Pulau Perhentian Kecil mengambil masa 30 - 40 minit saja. Dekat saja jarak dia, tak jauh mana. Tak perlu risaulah pasal mabuk laut kut.

Mohsin Chalet, Cayaku Cayalu

Setibanya kat Long Beach, tergamam kejap tengok keindahan pantai Perhentian. Dengan lautnya yang biru dan pasirnya yang jerlus. Sangat excited nak mandi terus laut.

Disebabkan boat besar tak boleh sampai ke persisiran pantai, kenelah tukar pada boat kecil, bayar RM2 seorang.

Untuk masuk ke Mohsin Chalet. Kene jalan sikit masuk dalam. Tak berapa jauh dekat saja. Dalam 3 minit sampai chalet.

Setibanya kiteorang kat chalet ini, perkara pertama kiteorang buat baring-baring dulu di reception Mohsin ini. Almaklumlah, jauh perjalanan, dengan tak tidur malamnya. Kiteorang disambut baik oleh brader-brader mohsin ini. Sampai-sampai saja, kiteorang dihidangkan welcome drink. Sangat peramah dan mesra bro2 mohsin ini. Borak-borak dengan diorang, tanya apa boleh buat kat pulau ini, bro2 ini sedia membantu.

View Mohsin sangat superb! nampak kebiruan air laut pantai. Mohsin ini berada dekat atas bukit sikit. Dari atas bolehlah tengok kebiruan dan kecantikkan laut Pulau Perhentian. Hilang kejap penat kiteorang bila tengok view ini.

Selepas check ini, diorang suruh tunggu sebentar sementara menyiapkan bilik. Kiteorang ambil pakej dorm saja untuk 9 orang.  Agak lama jugaklah bilik kiteorang disiapkan sampai terlena kat reception tu.

Untuk pengetahuan, Mohsin Chalet ini pakai generator, maka elektrik mereka terhad pada waktu malam saja dari 6 petang sampai 8.30 pagi. Waktu siang tak ada elektrik. Kenelah nikmati angin semula jadi sahaja. Panas jugaklah sebenarnya tak ada kipas. Tapi bukan nak duduk bilik sangat pun kan. Dah sampai pantai takkanlah nak duduk bilik sahaja. Melepaklah kiteorang semua kat pantai.

Untuk dorm yang kiteorang duduk ini, memang ada sedikit kekurangan. Kipas semua tak function selamat ada aircond satu. itu pun takdapat nak sejukkan satu bilik. Sabo jelah. Tapi untuk servis lain, Mohsin memang tiptop! Towel, kain solat semua ada. Tak perlu risau.

Payung

Dengan cuaca yang terik pada waktu tengahari sampai lah pukul 3 petang, banyak payung yang disediakan kat pantai ini. Nak gelap-gelapkan bandan bolehlah berjemur kat bawah payung ini. Payung ini pun kene sewa. RM10 sekali guna beserta tikar gulung. Kalau nak jimat boleh je cari pokok kelapa kat hujung-hujung itu baring kat situ. Memang layan! penat, tidur kat tepi pantai, view cantik, berangin lagi, memang syok tidur. Semua2 tertidur kat pantai itu. Sebab bilik dah panas, tidur kat pantai pun layan jugalah!

Wild Wind

Disebabkan tiada aktiviti petang hari pertama kiteorang sampai kat pulau, ok juga kalau buat aktiviti trekking ke kincir angin. Perjalanan nak mendaki ke kincir angin ini aku boleh katakan oklah, tiada halangan sangat. Pathway dia pun dah ada sebab dah ramai mendaki. Hanya perlu bawak air minum saja. Boleh tahan juga penat naik ke atas itu. Masa perjalanan dalam 15 minit ke 30 minit saja. Letih juga mendaki bukit. Sampai saja kat atas bukit boleh tengok kincir angin dengan lebih dekat lagi. Aku ingatkan kincir ini tak bergerak, rupanya bergerak jugalah dengan perlahannya. Terdapat juga beberapa panel solar kat atas bukit ini bersama dengan kincir angin. Aku pun tak pasti function ke tidak panel solar ini. Macam tak terjaga aku tengok. Tapi tak taulah macam mana.





Selain kincir angin, ada satu lagi benda menarik kat atas ini. Ada satu platform untuk tengok keindahan dan kebiruan air laut ciptaan Tuhan. Cantik sungguh permandangan dari platform ini. Tak sia-sia mendaki. Platform ini ada tangga, boleh turun untuk sampai ke jeti bawah kincir angin. Memang geram lah tengok air biru kat bawah itu. Kiteorang pun turun lah nak mandi kat bawah itu.













Nak turun platform ini pun letih juga. Sebab bersimpang-simpang tangga dia sebelum sampai bawah. Tapi bila dah dapat mandi kat bawah tu barulah puas hati dan hilang semua-semua penat. Memang best mandi kat sini!!

Fireshow

Malam menjelma, tak banyak aktiviti yang boleh dibuat pada waktu malam. Melainkan lepak-lepak tepi pantai jalan-jalan makan angin sikit sambil tengok fireshow. Fireshow ini memang ada setiap malam, berputar-putar api diorang main. Nampak cantik bila dimainkan pada waktu malam yang gelap. Duduk tengok dari jauh saja dah memadai. Sebab diorang ada letak meja dekat-dekat dengan stage itu minum-minum waktu malam.






Tak banyak aktiviti boleh buat waktu malam. Penat pun penat, so tidurlah awal sikit malam itu untuk simpan tenaga keesokkannya.

13 comments:

  1. terbaik ah jib.xsempat nk p pulau perhentian masa aku balik haritu walau dah dekat dh dgn bachok.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak masa lagi dil nnt boleh pergi. dah dekat da tu kut.

      Delete
  2. aku rasa nanti sblm kau publish next post, kasi aku proofread dulu boleh? ejaan tunggang langgang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas teguran. yang tang mana salah tu? nnt bagi tau eh. hehehehe

      Delete
  3. Ohh, aku ngan member2 pun plan nak ke sana gak. Dah bayar deposit, tgh tggu masa jer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat bercuti!! memang layan habes cuti kat Pulau Perhentian! :-)

      Delete
  4. Berkenaan perjalanan ke Jeti Kuala Besut, sebenarnya kita melalui beberapa peringkat Lebuhraya Pantai Timur. Ringkasannya ialah dari KL, masuk LPT 1 dari Karak ke Jabor. Selepas tu kena masuk Jalan Persekutuan Jerangau - Jabor. Bila sampai Bukit Besi, baru masuk ke LPT 2. Dari Bukit Besi, keluar ke Persimpangan Ajil. Dari Ajil terus ke Bukit Payong dan masuk ke Persimpangan LPT Bukit Payong - Telemong. Akhir sekali keluar di Persimpangan Kuala Terengganu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas penerangan perjalanan. Amat membantu! :-)

      Delete
  5. gugel2 cari info tambahan nak pergi wiken nh, excited teghok dah nh! hahha..btw thanks info sedikit sebanyak. keep on writing :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana sudi baca. selamat becuti diucapkan

      Delete
  6. HI.. BOLEH SAYA DPTKAN NUM PAKEJ YG AWAK GUNA... ERRMMM..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy gunakan pakej yg paling basic. Tmpt tinggal di dorm dan makan. No telefon ada dlm fb mohsin di atas

      Delete
  7. Boleh mintak contact number abg mat tak?

    ReplyDelete