(KemasKini)12 Website Penting Untuk Peminat Korea 2015-2017

11:08:00 AM Nazif Razak 0 Comments


*Dikemaskini (24/12/2017)
  
Jika anda seorang yang meminati korea, tidak kisahlah, sama ada meminati korean drama ke k-pop ke gosip-gosip mengenai artis-artis korea ke mungkin salah satu laman sesawang dibawah boleh membantu anda. Jika anda seorang yang suka memuat turun (download) drama-drama korea juga boleh lah melayari salah satu website dibawah. Selamat melawat!

[Iklan] Kereta Sewa SOCAR serendah RM80/sehari!


KshowOnline

*updated link
1. DramaNice- Sebuah laman yang menyertakan Korean drama untuk di muat turun dengan size yang rendah tetapi kualiti tetap tinggi! Anda boleh dapatkan 450p dan 720p. Selain itu ada juga cerita Jepun dan Variety Show seperti Running Man dan We Got Married untuk di muat turun

2.ShunPortal - Boleh dikatakan adik-beradik dengan KJDorama sebab site ini ada kaitan dengan mereka. Tetap menyediakan K-Drama dan J-Drama untuk di download atau dimuat turun.

3.Dorama x264 - sebuah laman sesawang yang juga boleh dimuat turun dengan size yang rendah tetapi kualitu video yang tinggi 450p dan 720p. Mungkin boleh menjadi alternative kepada anda. Terdapat juga drama-drama dari seluruh asia seperti Jepun, Taiwan, dan Chinese untuk dimuat turun


4. Good Drama - Websit yang menyediakan streaming untuk semua drama Korea dan ada juga drama Chinese dan Jepun. Tambahan lagi streaming untuk anime. Yang lebih menarik Website ini mempunyai aplikasi yang sedia muat turun dalam smartphone dan amat mudah menggunakannya.


5.K2NBlog - Menghimpunkan semua lagu-lagu dan Music Video K-Pop terbaru untuk di muat turun.

6.K2Ost - Menyediakan lagu-lagu k-pop terbaru dan video konsert k-pop untuk di muat turun. Laman sesawang ini memfokuskan lagu daripada OST drama korea yang terbaharu.

7.KshowNow - Laman sesawang yang amat terkenal dengan variety show nya. Terutama Running Man, We Got Married, Barefoot Friend. Ramai peminat berkunjung ke website ini untuk mengetahui show yang terbaharu dan anda boleh menontonnya secara streaming dalam kualiti 360p , 450p dan 720p. Boleh juga memuat turun video-video mereka di forum yang disediakan. Anda juga boleh meminta mereka membuat terjemahan ke dalam bahasa Inggeris jika terdapat variety show yang anda ingin tonton.

8.KoreanDrama - Laman seswang ini menghimpunkan semua cerita-cerita terbaharu dan yang akan datang di dalam bentuk sisnopsis. Di sini juga mereka menyatakan ranking-ranking drama, pelakon-pelakon wanita dan lelaki dalam bentuk biodata supaya anda lebih mengenali drama yang anda tonton dan dapat membuat mengetahui sama ada drama tersebut patut di tonton atau tidak.

9.Viki - Untuk streaming online anda boleh melawat di sini. Tetapi tidak semua drama terbaru boleh ditonton disini disebabkan terdapat lesen drama tersebut.

10.DarkSmurfSub - Sebuah pasukan yang menyediakan sari kata dalam pelbagai bahasa untuk drama-drama terbaharu. Anda boleh muat turun pelbagai sarikata tersebut. Laman sesawang ini juga sedang menguji streaming online dengan sari kata mereka di dalam 450p dan 720p secara percuma.

11.DramaBeans - Di sini anda boleh membaca recap sesebuah drama tersebut setiap episode. Jika anda tidak jelas dengan sesebuah drama tersebut anda mungkin boleh membaca secara mendalam jalan cerita drama itu supaya boleh mendapat gambaran yang lebih jelas.

12.AllKpop - Membawakan semua cerita tentang artis korea. Memaparkan video, gambar, gosip dan update terbaharu dalam industri hiburan Korea.

0 comments: