Tukar Hak Milik Kenderaan di Puspakom (Bergambar)

10:57:00 AM Nazif Razak 0 Comments


Salah satu langkah untuk menukar hak milik kenderaan persendirian mestilah mendapatkan kelulusan dari Puspakom untuk mengelakkan kenderaan yang ditukar hak milik adalah kenderaan curi. Itulah sebenarnya matlamat pemeriksaan Puspakom ini di buat.

Apa yang perlu dibawa

1. Geran kereta
2. Saksi
3. Duit RM30

Carta aliran tukar hak milik di Puspakom




1. Tempahan Awal
Kenderaan beratur panjang seawal waktu 8.30 pagi. (Walk in)


Untuk pemeriksaan Puspakom ini, aku rasa tidaklah susah sangat. Mudah juga, cuma korang kene BUAT TEMPAHAN AWAL. Nak-nak kalau area2 Selangor dan Kuala Lumpur. Disebabkan hari Sabtu Puspakom ini dibuka, maka ramailah orang pergi pada hujung minggu. Sebab itu Booking awal adalah sangat penting. Aku pun booking 2 minggu sebelum, sebab dah penuh.

2. Tepati Waktu

Datang awal sedikit dan masuk pada pintu pertukaran hak milik
 

3. Daftar & Bayar

Pergi ke kaunter pendaftaran, isi borang dan bayar RM 30

4. Pemeriksaan

Bawa kereta di lorong pemeriksaan yang disuruh. Sambil-sambil itu korang boleh lah tunggu di bilik menunggu.


Bilik menunggu. Ada aircond dan TV


5. Keputusan

Selepas pemeriksaan, diorang akan panggil no kereta untuk serahkan keputusan pemeriksaan.


Apa yang perlu lulus:
  • Kenderaan mestilah standard dan tiada modifikasi yang tidak dibenarkan JPJ
  • No casis dan kenderaan mesti sama dengan geran
  • Kereta tidak potong 2
  • Kadar ketelusan cahaya cermin depan mesti 70% , belakang dan sisi perlu 50%
6. JPJ

Habis urusan di Puspakom, bolehlah serahkan keputusan itu ke JPJ untuk langkah seterusnya. 
Perlu diingatkan keputusan Pusapakom ini SAH SEBULAN SAHAJA

P/s: Like dan follow Warna Warni di FACEBOOK dan  TWITTER (@Warna_warni_)

Sumber rujukan : Puspakom

0 comments: