Pembelian Nombor Pendaftaran Kenderaan JPJ (Bergambar)




Cukup mudah dan senang!

Itu yang aku boleh katakan pada siapa-siapa saja yang berminat untuk membeli nombor dari JPJ. Memang trend sekarang kut orang ramai sukakan nombor-nombor yang cantik untuk diletakkan pada kenderaan mereka. 
Kat sini aku nak cerita pembelian nombor yang running dan bukan nya tender nombor. Aku rasa tender nombor lagi rumit sedikit urusannnya. Takpelah itu kita cerita kejap lagi. Kebiasaannya pembelian nombor running ini, pembeli tidak kisahkan akan huruf apa pun yang ada, janji no yang dikehendaki dapat.

Pemilihan nombor.

Cikgu Hashim bin Hj Abu Bakar (1934 - 2013)

Salam.

Pada hari ini, genaplah setahun orang yang aku dan keluarga cintai iaitu atuk aku belah mak telah meninggalkan dunia yang fana ini untuk bertemu dengan pencipta yang Maha Esa. Sedih dan pilu apabila insan tersayang yang telah banyak berjasa dan berbakti pada keluarga dan masyarakat serta agama telah pergi meninggalkan kita. Tapi kita sebagai manusia yang taat dan percaya pada penciptaNya tidak akan lari dari kematian ini. Semua ciptaNya akan menemui kematian yang telah ditetapkan olehNya.



Aku bersama 5 orang adik-beradik yang lain telah dibesarkan di Kampung Berisu bersama atuk dan nenek. Kami semua membesar dan mendapat pendidikan awal dari tadika sehinggalah ke sekolah rendah dan menengah di Melaka. Arwah atuklah yang telah banyak memainkan peranan yang penting bagi kami adik beradik semasa bersekolah rendah dan menengah. Dengan latar belakang seorang guru, arwah atuk tidak pernah berhenti mencurahkan segala ilmu yang ada pada kami semua. Amatlah besar jasa dan bakti arwah atuk pada adik beradik aku dalam membentuk kami menjadi insan yang berdisplin dan patuh pada agama.



(KemasKini)12 Website Penting Untuk Peminat Korea 2015-2017


*Dikemaskini (24/12/2017)
  
Jika anda seorang yang meminati korea, tidak kisahlah, sama ada meminati korean drama ke k-pop ke gosip-gosip mengenai artis-artis korea ke mungkin salah satu laman sesawang dibawah boleh membantu anda. Jika anda seorang yang suka memuat turun (download) drama-drama korea juga boleh lah melayari salah satu website dibawah. Selamat melawat!

[Iklan] Kereta Sewa SOCAR serendah RM80/sehari!


KshowOnline

*updated link
1. DramaNice- Sebuah laman yang menyertakan Korean drama untuk di muat turun dengan size yang rendah tetapi kualiti tetap tinggi! Anda boleh dapatkan 450p dan 720p. Selain itu ada juga cerita Jepun dan Variety Show seperti Running Man dan We Got Married untuk di muat turun

2.ShunPortal - Boleh dikatakan adik-beradik dengan KJDorama sebab site ini ada kaitan dengan mereka. Tetap menyediakan K-Drama dan J-Drama untuk di download atau dimuat turun.

3.Dorama x264 - sebuah laman sesawang yang juga boleh dimuat turun dengan size yang rendah tetapi kualitu video yang tinggi 450p dan 720p. Mungkin boleh menjadi alternative kepada anda. Terdapat juga drama-drama dari seluruh asia seperti Jepun, Taiwan, dan Chinese untuk dimuat turun

Air Terjun Sungai Pisang Gombak 2013





Hari ini nak cerita satu tempat yang mesti di lawati oleh rakyat Malaysia bagi mereka yang inginkan ketenangan dari hiruk pikuk di kota dan mahu melontarkan segala stress yang sentiasa dibelenggu dalam hidup anda. Tempat ini di namakan AIR TERJUN SUNGAI PISANG, GOMBAK.

Sebenarnya aku baru saja pergi tempat ini semalam dengan rakan-rakan rumah sewa untuk meraikan tamatnya pengajian tahun 3 sebelum masuknya semester yang akan datang.

Perancangan