UberTAXI Malaysia 2017

8:46:00 PM Nazif Razak 0 Comments




Permintaan Uber di Malaysia dari hari ke hari menunjukkan peningkatan yang banyak terutamanya di kawasan bandar-bandar di Malaysia. Sejak kemunculan uber di Malaysia ada yang memberi riaksi positif dan tidak kurang juga yang negatif. Ini merupakan perkara yang normal berlaku di mana-mana tempat sekali pun. Penerimaan teknologi baharu ini mengambil masa untuk difahami dari segenap penduduk terutamanya di Malaysia ini.

Tahun 2017 merupakan tahun yang agak memberansangkan bagi pihak uber dan tahun ini juga uber telah menjalinkan satu kolaborasi dengan teksi-teksi di Malaysia! Ini bermakna kenderaan teksi yang sebelum ini tidak boleh menyertai platform uber , kini teksi juga boleh bersama menyertai platform uber di Malaysia.

Untuk pengetahuan, gabungan Uber dan teksi ini bukanlah kali pertama yang dilakukan oleh pihak uber. Sebelum ini juga uber telah memperkenalkan produk UberTaxi ini di LONDON dan NEW YORK CITY

UberTAXI London

Pengguna Uber.

Untuk pengguna, usahlah bimbang kerana uber masih mengekalkan uber yang biasa iaitu UBER X dan masih lagi boleh memilih UBER X seperti biasa. Tidak perlu bimbang. Produk UberTaxi ini akan ada sebagai tambahan yang anda boleh lihat di dalam aplikasi UBER. Boleh memilih sama ada memerlukan UBER X biasa dan juga UBERTAXI. Lagi banyak pilihan lagi bagus untuk pengguna kan.

BACA JUGA>>> DAFTAR SEBAGAI PEMANDU UBER MALAYSIA 

Struktur Harga.


Untuk menarik lagi lebih ramai pemandu teksi beralih ke platform uber, pihak uber memperkenalkan 2 kategori bagi teksi iaitu

1. UberFLASH dan
2. UberTAXI.

UberFLASH

UberFLASH ini merupakan kategori yang sama taraf dengan UberX tetapi keretanya menggunakan teksi, bukannya kenderaan persendirian seperti UberX yang biasa. Kategori ini dianggap istimewa kerana harga tambangnya sama dengan uber X. Pilihan pengguna di dalam platform uber ini banyak tertumpu pada kategori UberX. Dengan adanya UberFLASH ini dapatlah kereta teksi menandingi dan menikmati kelebihan yang ada pada UberX.

Pengguna boleh memilih antara UberFLASH, UberX dan Black

TETAPI, harus diingatkan bawah kereta teksi ini mestilah mengekalkan rating bintang, iaitu tahap kepuasan pengguna pada tahap 4.5 bintang ke atas. Jika gagal mengekalkan rating ini, teksi ini akan jatuh ke kategori UberTAXI yang mana mempunya tambang dasar yang berbeza dengan UberFLASH.

UberTAXI

Perbezaan antara UberFLASH dan UberTAXI adalah pada harga tambangnya. Harga UberTAXI ini berdasarkan harga yang dijadualkan oleh pihak SPAD. Perbezaan harga yang ketara ini membuatkan UberTAXI tidak di pilih sebagai pilihan pertama pengguna. Walau bagaimanapun pemandu UberTAXI ini mempunyai kelebihan jika berada di kawasan yang kurang pemandu UberX. Disebabkan ketiadaan UberX, sudah semestinya UberTAXI akan menjadi pilihan.

Pilihan UberTAXI juga boleh di pilih dalam aplikasi Uber anda

Sama seperti UberFLASH pemandu UberTAXI harus mengekalkan mutu perkhidmatan pada tahap 4.0 bintang ke atas. Jika gagal dan berada di bawah 4.0 akaun uber akan anda akan di tutup.

Stuktur harga uberX, uberFLASH dan uberTAXI
Syarat-syarat UberTAXI

1. Kereta Tahun 2012 dan ke atas
2. Mempunyai 4 pintu
3. Berumur 21 tahun ke atas
4. Mempunyai lesen penuh (P tidak dibenarkan)

Pendaftaran Pemandu UberTAXI Malaysia.

Berikut merupakan beberapa cara mudah untuk mendaftar sebagai pemandu UberTAXI di Malaysia. Dengan hanya menghubungi saya melalui medium di bawah, saya akan membantu anda untuk mendaftar sebagai pemandu UberTAXI sehingga akaun anda aktif untuk digunakan.

Hubungi saya terus di talian di bawah

NAZIF
019-3070041
019-3070041
019-3070041

Atau

Talian terus whatsapps. Klik ke link untuk terus berwassap






http://bit.ly/ubertaximalaysia
http://bit.ly/ubertaximalaysia
http://bit.ly/ubertaximalaysia

ATAU

Mengisi borang di bawah

https://goo.gl/forms/ly0LZzLH3cv7narX2
https://goo.gl/forms/ly0LZzLH3cv7narX2
https://goo.gl/forms/ly0LZzLH3cv7narX2

Kesimpulan

Saya percaya dan yakin, keyakinan pengguna terhadap teksi akan meningkat semula dan permintaan pula akan naik hari demi hari. Dengan kemasukkan UberTAXI pemandu tidak lagi hanya tertumpu pada satu saja punca carian pengguna. Di Uber platform pemandu boleh meluaskan lagi tempahan mereka seterusnya menaikkan punca pendapatan mereka.


 

0 comments: