Keretapi Sarong 2017 #SayangMalaysia
Kemudahan seperti ini diwujudkan bagi mengurangkan kesesakkan di jalan raya yang mana saban hari terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur penuh dengan kesesakkan yang dipenuhi dengan kenderaan. Tetapi, boleh dikatakan rakyat Malaysia masih lagi menggemari menaiki kenderaan sendiri untuk ke tempat kerja mahupun membeli-belah berbanding dengan menggunakan kemudahan awam yang telah sedia ada.
Sehubungan dengan itu, sebuah badan NGO iaitu LOCCO, singkatan untuk Local Companion yang merupakan sebuah kominiti yang meraikan dan memperkasakan budaya setempat Malaysia, telah mengambil iniasitif penting dengan menganjurkan satu kempen iaitu Keretapi Sarong.
![]() |
Keretapi Sarong ini adalah satu acara flash mob awam di mana orang awam akan memakai sarong dan di bawa ke station tren terdekat untuk memulakan perarakan menuju ke destinasi yang telah ditetapkan. Tujuan utama flash mob ini adalah untuk menggalakkan lagi orang ramai untuk mengguna pengangkutan awam yang telah disediakan. Menariknya, acara yang dinamakan Keretapi Sarong ini diwarnai dengan perserta yg memakai sarong semasa melakukan flash mob. Dengan bersarong dapat kita menyedarkan masyarakat umum tentang sejarah dan warisan busana sarong itu sendiri.
16 September 2017
Perarakkan flash mob ini akan di buat pada hari Malaysia yang jatuh pada 16 September ini, bersamaan Hari Malaysia ke-54. Penganjuran Keretapi Sarong 2017 ini mendapat usaha sama seperti DBKL, Gaya Travel, Englishjer dan TapauTV. Aktiviti dan permainan berunsurkan bahasa dan komunikasi akan dilakukan sepanjang acara ini berlangsung. Peraduan menulis sempena Keretapi Sarong 2017 yang dinamakan 'Hundred/Hundred:Sarong' akan diadakan sekali.
Keretapi Sarong2017 akan bermula dari stesen-stesen LRT Subang, Puchong Prima dan Gombak (laluan KJ), Ampang (laluan Ampang) and Bandar Utama(laluan SBK). Setiap kumpulan akan bergerak ke lokasi akhir rahsia dari stesen masing-masing. Aktiviti-aktiviti dan acara-acara lain turut disediakan di lokasi rahsia tersebut sepanjang hari.
Berikut adalah aturcara Keretapi Sarong2017:
10:00pg Orang awam dan sukarelawan tiba di stesen masing-masing
Pengisian aktiviti
10:30pg Menaiki tren Aktiviti dalam tren
11:30pg Tiba di lokasi rahsiaAktiviti,
pengisian dan kudapan
Info Lanjut:
FB: LOCCO
0 comments: