Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (LONDON, UK) 3
28/01/2015
Hari ke-4 di kota London semula dan hari ini juga merupakan hari terakhir kami semua di london sebelum bertolak ke Amsterdam di malam hari. Bus ke Amsterdam bertolak pada pukul 9 malam. Bermakna kami ada satu hari lagi untuk pusing di kota London. Selepas check out dari MHall, semua beg kami tinggalkan di Victoria stesen. Agak mahal juga nak letak beg kat stesen ini. Tapi fikirkan untuk memikulnya keliling kota london amatlah tidak berbaloi. Elok lagi bayar. Jadi kami semua bayarlah tanpa ragu-ragu. Tapi dalam hati menangis haha!
Destinasi yang dituju ialah Stamford Bridge, Camden town dan Piccadilly.
Stamford Bridge
Bukan peminat Chelsea, tapi tetap sign contract bersama |
Mula-mula tengok dari tepi memang tak nampak gaya stadium pun. Macam bangunan shopping mall saja. Beli masuk dalam-dalam sikit barulah ada rupa stadium. Kami tak tour pun kat dalam stadium ini. Hanya pusing keliling-keliling saja. Sebab memang tak rancang pun untuk masuk. (Bajet habis). Jadinya kami ambil gambar diluar dan masuk ke Official Merchandise Chelsea. Dalam kedai ini pun tengok-tengok saja. Ambil mood penyokong Chelsea. Tapi beli la juga fridge magnet untuk kenangan.
Harrods
Untuk ke Harrods ini, kami naik tube dan turun di Knightsbrige. Harrods ini merupakan tempat orang kaya-kaya membeli belah. Tengok dari luar bangunan pun dah tahu. Kami takdalah yang nak bershopping kat sini. Saja berjalan. Pura-pura nak shopping. Walhal masuk dalam bangunan jalan terus sampai ke pintu keluar satu lagi. Memang mampu tengok saja. Disebabkan tak ada sapa pun berminat shopping di sini, kami tak naik pun tingkat2 yang lain sekadar lalu di bawa saja. Tengok harga pun takut wooo.
Biasa nampak kat KLCC je |
Camden Town
Hujan mula turun setibanya kami di Camden Town. Camden town ini merupakan salah satu tempat yang must go kalau ada yang berminat dengan kasut Dr. Martin. Memang ada macam-macam jenis dan warna yang ada dengan harga yang berpatutan. Tapi aku bukanlah fan sangat kasut-kasut ini, lagi pun beg dah berat, tengok sajalah design-design mereka.
Perut pun dah lapar, jadinya kami semua meredah hujan sambil mencari kedai makan. Ada satu rahsia yang Ira tak bagi kawan-kawan dia yang lain, Sebenarnya Ira nak cari kedai makan kepunyaan orang Malaysia untuk makan tengahari. Kedai dia kecik saja, macam stall, kat tepi2 jalan. Bila ira cari- cari tak jumpa pula. Membe2 lain dah macam konfius dan rasa lain macam. Yelah sebab semuanya da lapar.. Tapi secara kebetulan terjumpa pula signbord kedai Fish&Chips. Jadi kami semua teruslah kedai itu. Terselamat ira kau. hahaha!
Seddaaaaap wooo terbaik! |
Picaddily Circus
Picaddily merupakan destinasi kami terakhir di London sebelum berangkat ke Amsterdam. Sampai saja di sini, kami semua berpecah untuk jalan-jalan sendiri dan beli barang apa yang patut. Aku follow saja Ira teman die beli belah. hahaha!
Memang menarik kat bandar Picaddily ini. Ada iklan screen besar, macam kat Bukit Bintang, tapi lagi besar lah. Ada muzium Reply believe It or Not (tak masuk pun), kedai M&M yang sangat besar dan sempat juga aku dan Ira pergi ke Trafalgar Square untuk bergambar. Kedai untuk shopping kat sini, terlalu banyak. Cuma kene sediakan fulus sahaja.
Ambil gambar dari luar saja |
Banyak barang Ira ko borong. Murah katanya. |
Tempat terakhir yang Aku dan Ira singgah di Trafalgar Square. Kat sini banyak monumen-monumen sejarah dan National Gallery. Kami hanya bergambar saja di sini untuk kenang-kenangan. Tak silap aku kat sini juga ada pejabat tourism Malaysia. Tengok dari jauh saja tak pergi pun kat situ.
Rumusan
Epik juga pengembaraan aku di Kota London ini. Macam-macam kejadian yang berlaku, suka dan duka yang merencatkan sedikit perjalanan kami. Tapi kami semua anggap benda yang terjadi ini ada hikmahnya. Alhamdulillah semua dapat diselesaikan dan perjalan kami masih dapat lagi diteruskan. Orang kata kejadian-kejadian ini semua dapat beri pengalaman yg berguna pada kepada kita semua. dan mematangkan lagi diri. Terima kasih London. Moga ketemu lagi.! Moh ke Amsterdam pula kite
0 comments: