Pulau Perhentian, Malaysia 2014 (Part 2)

12:49:00 AM Nazif Razak 4 Comments



Selesai hari pertama di pulau, menjelang pula hari kedua di Pulau Perhentian. Disebabkan berada di pulau hanya 3 hari 2 malam, hari kedua ini merupakan hari kemuncak aktiviti kami di Pulau Perhentian. Snorkeling merupakan aktiviti yang wajib di buat kalau dah ada kat pulau yang airnya jernih kebiruan yang nampak dasar laut. Kalau tak buat aktiviti ini boleh dikatakan rugi jugalah. Sekitar Pulau Perhentian ini, banyak spot-spot menarik untuk snorkeling. Dan snorkeling ini juga telah termasuk dalam pakej kami bersama Mohsin Chalet.

Di Pagi Hari

Mengikut jadual snorkeling kami, boat yang akan datang bawak kami snorkeling ke tempat2 yang best dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Disebabkan semalam banyak juga aktiviti yang kami buat, so terlajak sikit la bangun pagi itu. Ngam-ngam untuk sarapan pagi dan bersiap sebelum boat sampai. Kenelah sarapan dulu, bagi tenaga sedikit sebelum mula aktiviti snorkeling. Biasanya kalau main air ini, selalunya cepat lapar. Dinasihatkan supaya ambil sarapan dulu sebelum membuat aktiviti snorkeling.





Memang syahdu breakfast kat Mohsin ini, walaupun cuaca agak panas dalam pukul 10 pagi camtu, tapi angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa di tambah dengan pemandangan yang menarik dari Mohsin amatlah menenangkan.

Snorkeling

Perlengkapan snorkeling kami macam life jaket, mask snorkel semuanya telah disediakan dalam pakej. Tak perlu nak sewa kat mana-mana tempat lagi. Untuk aktiviti snorkeling ini, boat akan bawa kami ke 5 kawasan yang menjadi tempat tarikkan para pelancong. Tempat-tempat yang di bawa seperti:

1) Fish Point
2) Baby Shark Point
3) Kampung Nelayan
4) Penyu
5) 3 Ruang

Ini tempat-tempat yang telah ditetapakn oleh Mohsin untuk trip snorkeling kami. Boleh saja adjust2 dengan boatman kalau-kalau ada tempat lain yang anda ingin pergi. Itu semua bergantung pada budi bicara andalah. Macam trip aku ini, boatman kami ke tempat kincir angin sebagai trip tambahan. Untuk trip snorkeling ini juga, kenelah bawa sedikit duit untuk makan tengahari di Kampung Nelayan nanti.


Habis sarapan pagi, kami tunggu sebentar untuk boat kami sampai. Kira-kira pukul 11.00 pagi macam itu barulah boat kami ready untuk bawa kami ke trip snorkeling. Perlu diingatkan cuaca mungkin panas dan bagi yang kulit sensitif itu, bolehlah lumurkan badan anda dengan sun block atau pakai pakaian lengan panjang di kaki dan tangan supaya tidak menyesal dikemudian hari. Hahaha!



1. Fish Point

Nama tempat pun dah fish point, maka banyaklah ikan-ikan yang jinak di sini. Nak lagi best bawalah roti bersama untuk memberi makan pada ikan-ikan yang sentiasa lapar ini. Kat sini juga terdapat coral-coral yang cantik dan asli. Banyak ikan yang cantik-cantik dekat sini. Air pun tenang, nampak semua yang ada di dasar laut.






Perlu berhati-hati juga di sini, sebab ada dasar yang agak rendah dan ada coral yang boleh disentuh dengan kaki anda. Jangan syok sangat tengok ikan sampai terpijak carol plak. Nanti abis luka. Bile berdarah sikit kaki, nanti ada ikan ini akan datang kat kaki dan gigit2 kaki anda. Tapi bukan ikan pirana laa hahaha!

2. Baby Shark Point

Memang excited nak tengok baby shark ini. Almaklumlah memang jarang-jarang sekali dapat tengok baby shark secara live selain di aquaria. Tiba di point ini, masuk saja dalam air tengok, memang ada ikan sikit-sikit kat sini, tapi agak susah juga untuk kami mengecam mana satu baby shark. Sebab semua ikan dalam tu seakan-akan sama. Ada antara geng-geng kami yang nampak dan ada yang tak. Mungkin masa kami snorkeling kat sini itu, baby shark ini tak balik lagi dari breakfast kut. Agak sikit saja bilangan baby shark yang ada pada hari itu. dan agak susah untuk tengok shark ini. Lagi pun baby shark ini laju.

Tak nampak pun Shark. Buat isyarat Shark pun jadilah



3. Kampung Nelayan

Dah penat kejar ikan dan baby shark bila naik atas boat. Perut pun dah lapar dan jam pun dah menunjukkan pukul 1 petang. Masa untuk makan tengahari. Untuk makan tengahari ini, tiada dalam pakej Mohsin, dan kami kene makan dekat kampung nelayan. Ada banyak kedai makan di sini. Di kampung nelayan ini ada penempatan penduduk. Adanya balai polis dan sekolah serta masjid yang sedang di bina. Makanan disini tidaklah mahal sangat, standard harga pulau.









Kami berehat-rehat dulu kat sini, sebelum meneruskan aktiviti snorkeling kami.

4. Penyu

Destinasi seterusnya yang kami pergi adalah untuk melihat penyu. Penyu ini merupakan binatang yang amat rare dan hampir pupus. Sebab itu, boatman kami kene cari dan adjust dulu kedudukan penyu ini dengan boat kami. Masa kami tiba kat tempat Penyu ini, hanya ada 2 ekor sahaja. Ada seekor yang naik untuk mengambil udara dan seekor lagi memang ada kat dasar laut. Bila boat berada tepat-tepat dengan penyu ini, semua orang terjun dalam laut supaya tak terlepas tengok penyu. Memang besar penyu ini! Macam dinosaur pun ada aku tengok. So follow lah penyu ini mana pun dia pergi sampai puas! Memang jakun jugalah tengok penyu sebesar itu secara live.

yang gelap itu penyu

Ramai-ramai khusyuk tengok penyu


5. Tiga Ruang

Lepas dah habis tengok penyu dan baby shark, kembali semula untuk melihat ikan-ikan yang suka makan roti. Mengikut kata boatman kami, di tiga ruang ini ada satu batu yang berbentu penyu. Kami hanya melihat dari jauh saja, sebab nak snorkeling di kawasan lain. Batu berbentu penyu itu berada di bawah pokok dan memang ada bentuk penyu batu itu. Aku nampak dari jauh ada lah bentuk penyu. tapi tak sempat plak amek gambar.





Di Tiga Ruang ini, air lautnya amatlah tenang bagaikan swimming pool. Tiada ombak yang kuat dan ditambah dengan air yang kebiruan. Dasar air lautnya juga cetek dan best untuk snorkeling tanpa life jaket. Boleh masuk ke dalam dasar air dan melihat lagi dekat ikan-ikan ini sambil bagi makan roti. Di tiga ruang ini lebih santai dan relaks. Amat sesuai untuk mengambil gambar.

*6. Kincir Angin

Kami kembali semula ke kincir angin ini dengan satu matlamat. Nak buat terjunan dari jeti. Disebabkan dasarnya yang agak dalam, boleh dikatakan selamat jugalah untuk membuat terjunan dari jeti. Memang tinggi jeti ini. Aku pun cuak nak terjun. Pikir 2 3 4 5 6 kali jugalah sebelum terjun.







Keselematan semua orang adalah keutamaan trip ini. Boatman kami pun power berenang dan pandai menyelamatkan orang. So oklah kurang sikit kebimbangan. Aku terjun sekali je dah cukuplah sebab gayat dan takut nak terjun dengan ketinggian jeti itu. Memang berdebar sebelum terjun. Tapi bila dah terjun rasa puas dan seronok, Tapi taknak cuba lagi laa. Hahahaa.



Trip kincir angin ini adalah extra buat rombongan kami, setelah berbincang dengan boatman kami. Mengikut kata boatman kami, ada tempat yang lagi tinggi dan best untuk membuat terjunan,iaitu di light house. Tapi kami tak pergi ke situ sebab dah memilih untuk pergi ke kincir angin.

Ombak Biru Cafe

Habis trip snorkeling kami, kira2 dalam pukul 5 petang, kami tiba semula di long beach tempat chalet kami. Ada coupon minum petang yang disediakan dalam pakej Mohsin ini. 2 keping roti canai dan teh o ais menjadi menu minum petang kami di Ombak Biru Cafe. Memang layan roti canai dengan kari dia yang mengancam! First time makan roti canai di tepi pantai yang dingin dan cantik ini.






Bola Pantai di Coral Bay

Untuk tidak mensia-siakan petang terakhir di Pulau Perhentian ini, kami meneruskan lagi aktiviti untuk tengok matahari terbenam dan bermain bola pantai. Untuk melihat matahari terbenam, kami perlu ke Coral Bay yang terletak di sebelah belakang Long Beach. Kami perlu membuat sedikit trekking dalam hutan dan merentasi beberapa chalet sebelum tiba di Coral Bay.




Sampai saja di Coral Bay, agak terkejut sedikit, sebab pantainya memang berbeza dari pantai di Long Beach. Pasirnya yang lebih kasar dan air lautnya terdapat banyak coral dan batu di dalam. Amat berbeza dari pantai tempat Mohsin berada. Bertuah jugalah kami memilih Mohsin sebab berada di pantai yang lebih ok dari Coral Bay.









Sementara menuggnu matahari terbenam, kami mencari tempat untuk bermain bola pantai supaya tak mengganggu orang lain. Payah juga main bola kat pantai ini. Lebih cepat penat dan bola susah nak pergi jauh.

Sunset

Dah penat bermain bola, tiba masanya untuk melihat sunset. Agak malang sedikit, sebab awan yang tebal menetupi matahari dan kami hanya nampak cahaya senja sahaja. Untuk tengok dengan lebih jelas lagi matahari terbenam, perlu pergi berdekatan dengan hotel Shari-La.







Masih lagi mengenang dan menanti kepulangan MH370 #prayforMH370




Karaoke


Malam pun menjelma, sedar tak sedar, malam ini merupakan malam terakhir di Pulau Perhentian ini. Memang penat dan letih setelah seharian buat aktiviti. Memang rasa nak je balik bilik tidur. Tapi rasanya sia-sia saja masa yang ada jika dihabiskan dengan tidur.





Setelah selesai makan malam, kami bersantai saja di Cafe Mohsin ini sambil, buat aktiviti ringan-ringan saja. Berkaraoke! :-)

Habis semua aktiviti, dalam pukul 12 tengah malam begitu barulah kami semua balik bilik dan tidur dengan nyenyaknya!

Mandian Terakhir di Pulau Perhentian

Keesokkan hari, di pagi terakhir di Pulau Perhentian, kami tak mahu melepaskan peluang terakhir untuk mandi di Pulau Perhentian ini. Kami bersiap dan bersarapan terlebih dahulu sebelum pergi mandi di pantai. Mengikut jadual, kami perlu check out dalam pukul 11.00 pagi. dan boat akan sampai untuk membawa kami semula ke Jeti Kuala Besut.




Ada sedikit masa yang tinggal ini, kami mandi kat pantai sampai lah puas supaya tidak terasa rugi di kemudian hari

Selamat Tinggal Pulau Perhentian


Tepat pukul 11,00 pagi, masa pun telah tiba. Barang-barang pun sudah dikemaskan dan kami semua telah bersedia untuk check out dan meninggalkan Pulau Perhentian ini. Kami mengambil gambar kenang-kenangan bersama krew-krew dan staff Mohsin untuk diabadikan di dalam album Facebook. Hahaha




Kesimpulan

Aku sangat berpuas hati dengan trip Perhentian ini, dengan layan yang baik dari pihak Mohsin, dan kelancaran ke semua aktiviti kami di Pulau. Aku memang cadangkan sesiapa yang tak pernah sampai ke sini, perlu pergi ke Pulau Perhentian terlebih dahulu. Pulau Perhentian ini merupakan salah satu tempat percutian yang menarik di Malaysia, dan kita perlu sokong industri pelancongan negara kita sebelum bercuti ke luar negara.

Terima kasih yang tak terhingga kepada semua peserta trip ini, Ijat, Fido, Raja, Syak, Dzafir, Bapak, Padle dan MC, yang telah memberikan sokongan dan kerjasama untuk menjayakan trip ini. Tanpa korang semua, apalah sangat trip Perhentian ini. Trip ini, membuatkan bonding antara aku dan rakan-rakan aku yang lain lebih kuat macam 'Blood Brother' ! Hahaha

Kepada semua ahli Kelompok Kita, aku ucapkan selamat menghadapi tahun akhir ,semester yang terakhir, semoga kita semua sukses dan berjaya. Moga-moga trip ini bukanlah trip yang terakhir yang boleh kita semua buat dan pergi bersama.

Sekian. Wassalam.

*kredit gambar dalam air kepada padle. Thanks!

4 comments:

  1. Lebih kemas dan tersusun penceritaannya. Turut berpuas hati juga. Terima kasih pihak penganjur!!! Jumpa lagi di trip akan datang, in sha Allah.

    ReplyDelete
  2. cantik gambar underwater tu.

    ReplyDelete