Daftar Boost Business Merchant Malaysia 2018

4:28:00 PM Nazif Razak 2 Comments



Populariti pengunaan e-wallet meningkat naik di Malaysia terutamanya di kotaraya Kuala Lumpur. Rata-rata kedai seperti kedai makanan dan minuman sudah mula memaparkan QR code dari beberapa e-wallet seperti BOOST dari Axiata, AliPay, VCash, Maybank QRPay dan  yang terbaharu GrabPay, Razer Pay, WeChat Pay, CIMB Pay, TouchNGO dan banyak lagi .

Boost, Vcash, RazerPay, CimbPay,  AliPay, WeChat Pay, TouchNGo, Maybank QRPay, dan GrabPay
Boost adalah aplikasi e-wallet NO 1 di Malaysia sehingga hari ini. Mengikut data yang dikeluarkan dari pihak Boost, mereka mempunyai seramai 2.5 juta pengguna yang menggunakan aplikasi ini sebagai cara pembayaran perbelanjaan harian mereka. Bukan itu saja, pengguna boleh mengunakan aplikasi Boost ini di 25,000 tempat termasuklah di kedai makan, restaurant (Nandos, Chicken Rice Shop,etc), kedai pakaian (FASHIONVALLET), di website e-commerce dan banyak lagi. Memang menarik dan macam-macam ada! 



Pelbagai lagi yang anda boleh lakukan dengan aplikasi Boost ini. Antara perkara yang menarik saya boleh senaraikn adalah seperti di bawah:-

1. Topup Prepaid (Tanpa perlu pergi ke mana-mana)
2. Membeli pelbagai voucher dengan harga yang lebih murah. (potongan sebanyak 30%-10% diskaun)
3. Melihat rekod perbelanjaan harian anda.
4. Dapat 'shake reward' dengan setiap kali pembelian. (Reward sebanyak RM3 sehingga RM0.20sen)
5. Cashback 50% (maximum RM10) dengan setiap pembelian di kedai yang terpilih.
6. Membuat pemindahan wang pada rakan-rakan dengan mudah!

BOOST e-wallet telah pun melebarkan sayapnya di Universiti Awam IPTA (UTM, UiTM), di RnR juga ( RnR Ayer Keroh), di Airport Malaysia (MAHB) dan yang baharu BOOST e-wallet boleh digunakan di kedai serbaneka KK mart di seluruh 327 kedai, termasuk di Lembah Klang, Melaka, Seremban dan juga Sarawak.

Boost kerjasama dengan KK Mart dan RnR,
Menuju kehadapan, BOOST e-wallet akan boleh digunakan untuk membuat pembayaran di vending machine, di parkir (parking), dan laundry mart ( dobi layan diri). Yes ke semua yang di atas boleh dilakukan dengan hanya menggunakan satu aplikasi e-wallet iaitu BOOST.

Jika di lihat dari sudut pemasaran berbanding dengan e-wallet yang lain, BOOST e-wallet ternyata lebih menyerlah dan jauh ke hadapan dari pesaing-pesaing yang lain! Ternyata mereka merupakan e-wallet NO 1 di Malaysia.


DAFTAR SEBAGAI BOOST MERCHANT (BOOST BUSINESS)

Cukup untuk pengenalan untuk BOOST e-Wallet ini. Banyak lagi info yang anda boleh dapatkan di luar sana jika anda mahu tahu lebih lanjut lagi mengenai BOOST e-Wallet ini. Google saja "Boost App" anda akan dapati banyak berita terbaharu dari Boost.

Disebabkan populariti BOOST yang meningkat naik, ramai peniaga-peniaga yang mahu menyertai BOOST ini sebagai rakan peniaga. Istilah yang digunakan oleh BOOST adalah untuk menjadi sebagai BOOST BUSINESS. Ini bermaksud peniaga-peniaga mahukan BOOST sebagai salah satu cara pembayaran di kedai mereka.

Kenapa perlu guna BOOST sebagai pembayaran? CASH kan ada lagi senang!

Pertama-tamanya untuk pendaftaran ianya PERCUMA. Saya ulang PERCUMA tiada pembayaran yang perlu di buat pendaftaran. Tiada hidden charge atau pun sebagainya. Pemasangan juga PERCUMA. TIADA Contract dan sebagai. Jika anda rasa tidak sesuai untuk digunakan and boleh simpan QR code tersebut. Jadinya tidak rugi kalau anda mencubanya!

Betul pengunaan wang tunai merupakan cara pembayaran yang paling ideal dan dah berkurun lamanya digunakan.TETAPI dalam era digital kini, cash bukanlah satu-satunya kaedah pembayaran yang ada. Revolusi pembayaran telah pun berlaku dan pengunaan kad debit/kredit bukanlah satu yang luar biasa lagi. KINI berlaku sekali lagi revolusi pembayaran iaitu melalui nirtunai (cashless). Termasuk jugalah BOOST e-wallet ini yang mengalakkan pembayaran secara nirtunai.

#GoCashless
Berikut kenapa anda perlu mengunakan BOOST BUSINESS sebagai cara pembayaran.

1. Mengikut revolusi terkini
- Banyak syarikat makanan telah pun beralih dengan pengunaan e-wallet ini seperti NANDO'S, Chicken Rice Shop, Tea Live, farmasi , dan pelbagai kafe lagi. Syarikat-syarikat besar pun dah sedar kepentingan pembayaran e-wallet ini kenapa tidak anda? =)
2. Dapat mengembangkan business.
- Setakat ini penguna BOOST sudah mencecah lebih dari 2.5 juta orang. Ini bermakna kebanyakan mereka boleh melalukan pembayaran menggunakan BOOST di tempat anda.
3. Pembayaran yang lancar.
- Tidak perlu risau lagi berlaku keciciran wang dan wang masuk tidak direkodkan. Melalui BOOST Business semua pembayaran direkodkan dan akan di bayar terus ke akaun peniaga. Susah nak buat penipuan jika semuanya direkodkan secara digital.

SYARAT-SYARAT UNTUK MENJADI RAKAN BOOST BUSINESS

Untuk pendaftaran anda perlu sediakn dokumen-dokumen seperti ini:-

1. SSM Form 9, 49, atau Form D
2. IC Pemilik kedai (Owner IC)
3. Bank Payment Statement Header

Boleh rujuk gambar di bawah.
Bank Statement and SSM Borang D
Dokumen ini diperlukan bertujuan untuk memastikan perniagaan yang dilakukan adalah sah di sisi undang-undang dan pihak BOOST dapat membayar ke dalam akuan bank peniaga dengan betul.

JENIS KEDAI

Terdapat pelbagai perniagaan yang ada dijalankan di luar sana. Untuk menjadi rakan BOOST Business, seeloknya anda perlu ada kedai fizikal yang sedia ada. Seperti

1. Restaurant, Food truck, Rnr, Kafe
2. Kedai Runci.Kedai seberguna,
3. Printing Shop.
4. Kedai pakaian.
5. Farmasi

dan lain-lain, selagi anda mempunyai kedai fizikal anda boleh mengunakan Boost.

Walaubagaimana pun untuk peniaga ONLINE, website anda perlulah dihubungkan dengan PAYMENT GATEAWAY terlebih dahulu seperti iPay88, eGHL, MOLpay dan Billplz. Jika anda sudah menghubungkan dengan gateaway yang dinyatakan, anda boleh terus berhubung dengan gateaway tersebut untuk mengaktifkan pembayaran dengan BOOST.

PAYMENT BOOST BUSINESS

Bila Boost akan membayar ke dalam account bank peniaga?
- Pembayaran ke dalam akaun bank anda akan di buat pada keesokkan harinya ( untuk Maybank). Bank lain-lain perlu tunggu 2-3 hari bekerja. Ini adalah standard procedure yang dilakukan. Setakat ini tiada lagi masalah duit tidak masuk ke dalam account peniaga pada tempoh yang ditetapkan.

DAFTAR BOOST BUSINESS

Untuk pendaftaran anda boleh menghubungi whatsapp di bawah

http://BoostBusiness.wasap.my
http://BoostBusiness.wasap.my
http://BoostBusiness.wasap.my


Ataupun 

Isi google form di bawah


Muat turun Boost Business app di atas mengikut phone anda. Di bawah merupakan beberapa paparan contoh skrin Boost Business app.

Playstore: https://play.google.com/store/apps/details?id=com.myboost.merchantapp&hl=en

Appstore: https://itunes.apple.com/my/app/boost-business-app/id1301748024?mt=8



MENUJU ERA DIGITAL


Seiring dengan kemajuan global dan tempatan dari segi teknologi, kita seharusnya bersama-sama dengan perubahan ini. Jika kita tak seiring dan masih menggunakan teknologi yang lama, kita akan ketinggalan dan tidak dapat berada di dalam arus permodenan. Untuk perubahan pasti akan memakan masa. Kitalah seharusnya mengerakkan perubahan ini agar yang lain dapat mengikutinya.

Bagi saya, penerimaan e-wallet Malaysia ini semakin di terima oleh masyarakat. Kerajaan hari ini juga menuju ke arah cashless tanpa mengunakan wang tunai. Jadi sebagai peniaga-peniaga di luar sana haruslah menyokong dan bersama untuk menjadikan pembayaran melalui e-wallet ini tidak lagi asing untuk digunakan.

#BOOSTIT #GOCASHLESS #EWALLET

2 comments:

  1. This is very informative blog. I really liked the content. subscription management service provides flexible and smooth recurring billing experience for business growth.

    ReplyDelete