Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (AMSTERDAM, NETHERLAND-DEN HAAG)




29/01/2015 - 30/01/2015



Perjalanan ke Amsterdam dengan menaiki bus merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Biasa dengar naik kapal terbang atau dengan tren sahaja, dengan bus aku baru tahu. Sebaik sahaja bus bergerak, pemandu bus mula memberi sedikit briefing dan etika ketika dalam bus yang 12 jam perjalanannya, Bagi tahu semua jangan sepah2 kan bus dan buang air kecil duduk bagi laki, sebab dia bawa laju!! hahaha. Lepas setengah jam bus bertolak aku pun tertido. Penat woo.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (LONDON, UK) 3




28/01/2015

Hari ke-4 di kota London semula dan hari ini juga merupakan hari terakhir kami semua di london sebelum bertolak ke Amsterdam di malam hari. Bus ke Amsterdam bertolak pada pukul 9 malam. Bermakna kami ada satu hari lagi untuk pusing di kota London. Selepas check out dari MHall, semua beg kami tinggalkan di Victoria stesen. Agak mahal juga nak letak beg kat stesen ini. Tapi fikirkan untuk memikulnya keliling kota london amatlah tidak berbaloi. Elok lagi bayar. Jadi kami semua bayarlah tanpa ragu-ragu. Tapi dalam hati menangis haha!

Destinasi yang dituju ialah Stamford Bridge, Camden town dan Piccadilly.

Stamford Bridge


Rasanya semua orang tahu kalau sebut pasal Stamford Bridge. Di mana ianya merupakan kubu kuat pasukan Chelsea. Stadium ini berdekat dengan stesen Tube Fulham. Jadi kami semua turun di stesen Fulham dan berjalan beberapa minit sahaja sebelum tiba di Stamford Bridge. Turun je kat Fulham tapi pergi stadium Chelsea. Hahaha.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (CAMBRIGE, UK) 2




27/01/2015

Victoria Coach Station

Hari ke-3 di London, kami terus ke Victoria Coach Station untuk membeli tiket bus ke Amsterdam untuk keesokkan harinya. Meneruskan lagi aktiviti, hari ke 3 ini, kami cadang pergi ke bandar Cambridge untuk melawat salah satu universiti yg terkenal di dunia dan juga berjumpa dengan pelajar Malaysia berlajar di University Cambridge yang merupakan kawan kepada Paan. Diorang buat mini reunion. Aku follow saja.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (LONDON, UK) 1



25/01/2015 - 26/01/2015

Perjalanan Eropah kami diteruskan lagi. Destinasi yang dituju adalah London. Bangun dari tidur seawal 5 pagi dan kami terus bergegas menuju ke Airport.

Dugaan Pengembara 2

Setibanya kami semua di Dublin Airport pada pukul 6.05 pagi, kami semua ke kaunter untuk check in. Agak malang, sekali kami di denda sebab lambat check in tiket atas kecuaian semua. Nak buat camne semua orang tak ingat nak check ini. Hadap sajalah.
Selamat tinggal Dublin

Bukan itu saja, dah lambat check in maknanya kami lambat nak masuk kapal terbang. Masa kami check in luggage pun pintu gate sudah di buka. Apa lagi belari semua orang mencari pintu gate untuk penerbangan kami. Bertambah malang lagi pintu gate yang telah ditetapkan amat lah jauh. Memang masing masing speed up takut terlepas. Sebelum itu kami perlu melepas kawalan keselamatan imigresen mereka. Memang kelam kabut masa itu. Tali pinggang yang di buka pun tak sebab nak pasang. Hahaha!

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (DUBLIN, IRELAND)



23/01/2015-25/01/2015

Pada jam 9.30 pm waktu tempatan. Kami tiba di Dublin dan di sambut oleh sepupu kami Abg Shariz dan Kak Aini yang bekerja di Dublin. Agak menyusahkan mereka juga sebab kesilapan kami, terpaksa pula ambil pada waktu malam. Maafkan kami T_T. Memang sejuk sangat waktu malam di Dublin. Mungkin dalam 2-5°C. Gigil woo. Tiba di rumah Kak Aini barulah aku dan ira bertemu dengan rakan-rakan kembara yg lain iaitu Luqman, Aishah dan Paan.
Pemandangan dari luar rumah

Keesokkan hari masa untuk berjalan. Kak aini sekeluarga bersama dengan 3 orang anak mereka yang sangat comel turut bersama kami.

Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (BRUSSELS, BELGIUM)


PERMULAAN


22/01/2015 - 23/01/2015

Hari yang di nanti sudah tiba, tanggal 22/01/2015 aku berlepas keluar dari negara tercinta Malaysia. Al maklumlah sekali sekala saja dapat keluar negara menikmati udara negara luar. Destinasi yang di tuju adalah Eropah! Bermula dengan ajakkan adik aku untuk menemaninya bercuti di Eropah bersama dengan rakannya yang lain. Aku mula-mula macam tak berminat nak pergi. Bajet nak start kerja terus lepas bergelar graduan dari Uni aku pada Oktober 2014. Poyo je. Atas nasihat abah aku dengan tajaan beliau lagi untuk trip ini, aku ubah fikiran. Best juga kalau dapat melancong jauh-jauh ini. Nak-nak gi Europah. Dapat lah mengimbau zaman kanak kanak riang duhulu berada di eropah sekitar tahun 1995-1996. Tapi banyak memori yang aku tak ingat. Budak-budak mana lah nak ingat sangat. Tapi adalah ingat beberapa peristiwa dulu pergi Eropah lebih kurang setahun dengan adik aku.

 Tahun 2015, Alhamdulillah sejarah dahulu diulangi semula, dengan diri yang lebih matang dengan membawa bekalan memori yang secukupnya.

PERSEDIAAN

Destinasi pertama yang di tuju ialah Ireland! Banyak nasihat dan bantuan yang aku dapat dari mak dan abah untuk persiapan diri pergi oversea ini. Dari kelengkapan diri, pakaian sampailah kewangan. Al maklumlah aku memang zero knowledge pergi negara sejuk-sejuk. Baju sejuk pun pinjam kawan yang baru balik German (Sano bukan nama sebenar). Terima kasih mak abah, ahli keluarga dan rakan-rakan yang membantu.


  
Bekalan 19 hari
Baju sejuk yang di pinjam



Antara keperluan asas untuk ke negara yang bawah 10°C

1. Baju sejuk tebal punya
2. Glove dengan Snow Cap
3. Kasut boot. Yang ada wool tepi2 tu.
Check in luggage


                                                Terima kasih Abg Ami & Mak sudi hantar ^_^


Bagi aku benda-benda ini penting sangat Sebabnya badan akan terkejut dengan suhu yang memang lain dari Malaysia. Bagi akulah. Gigil teruk sebab sejuk. Tengok orang lain okay je lagi. Aku sorang je da berbalut dari tangan sampai la ke kepala. Sejuk wooo.

Mak dengan abang Amie hantar aku ke KLIA. Boleh la rasa feel ala ala pergi belajar oversea haha!

Gaya student pergi oversea

BRUSSEL, BELGIUM

Banyak transit yang aku akan tempoh sblm smpai di Dublin. Transit pertama aku ke Istanbul,Turkey. Di mana aku jumpa adik aku yang berlepas dari Egypt. Kapal terbang berlepas pada jam 11.30 malam. Perjalanan dari Malaysia ke Istanbul memakan masa 10 jam lamanya. Tengok movie dengan tidur sajah kerja aku 10 jam tu.
Jemaah Umrah di Atatürk Airport Turkey

Tiba di Istanbul pukul 5.30 pagi waktu tempatan aku solat dulu kat airport itu. Tak keluar pun airport Istanbul. Ramai juga jemaah dari Turki yang sudah siap memakai ihram untuk menunaikan umrah, sembahyang subuh bersama.
Ira tiba dari Egypt seperti yang dijanjikan

Jauh kapal terbang ini parking. Kene naik bus dalam 15 minit untuk sampai kat kapal


Semangat!!



Pukul 7.00 pagi aku jumpa dengan adik aku yang datang dari Egypt. Flight kami seterusnya akan transit Brussels pada pukul 8.00 pagi. Di Brussels ini aku akan berjumpa lagi 3 orang rakan adik aku yang mengikuti trip ini bersama. Aku dengan adik aku tiba dahulu di Brussels pukul 10.00 pagi waktu tempatan. Kali ini aku tak lagi duduk dalam airport untuk transit. Disebabkan flight kami pukul 4 petang nanti menuju ke Dublin. Aku dengan Ira mengambil kesempatan untuk ke Brussels city centre.
Dari Brussels Airport ke Brussels Central


Di Brussels Central





Gigih menarik beg keliling kota

Di Brussels memang aku dengan ira tak ada knowledge apa-apa pun. Tapi itu bukan masalah bagi kami, senang saja solusinya, tanya kaunter informasi. Kalau malu bertanya sesat jalan. Tak nak sesat kene lah tanya. Jangan risau diorang semua sangat friendly kadang-kadang luaran sahaja nampak garang. Tapi sudi menolong dengan senyum skali. Takdehal punya lah.
Terima kasih pak cik tolong amekkan gambar

Masa untuk kembali ke Airport



Sampai di Bandar Brussels bermulalah aktiviti bergambar sana sini. Amatlah jakun. haha! Disebabkan transit, kami rushing sikit pusing bandar Brussels dengan membawa beg besaq kami kehulu kehilir. Dalam jam 1.30 petang selepas solat Jamak Zuhur dan Asar di dalam sebuah kedai Pakistan di situ, kami kembali ke Airport semula

Dugaan Pengembara 1

Dalam setiap pengembaraan mesti ada ujiannya yang tersendiri. Ira janji mahu berjumpa dengan kawan dia di depan pintu check in flight ke Brussels. Jadi kami pun tunggu lah. Sekali tunggu punya tunggu, mereka tidak muncul di pintu ketibaan yang sepatutnya mereka tiba dari Egypt. Disebabkan kiteorang menunggu lama sangat.
           
Tiket baru beli T_T
Internet free yang disediakan hanya 30 minit sahaja


Mengisi masa lapang

Aku terlupa check in maka kami pun terlepas flight untuk ke Dublin petang itu. Rupa-rupa nya kawan ira tidak keluar dari airport Brussels. Mereka terus naik flight ke Dublin. Maka kamilah yang terlepas flight nak ke Dublin sebab dah lewat untuk check in. Agak malang di situ. Beli tiket baru dan fly pada waktu malamnya. Selamat ada flight pada hari yang sama. Maka terdampar lah aku dengan ira untuk beberapa jam lagi di airport Brussels.

*esok dah mula kerja doakan semuanya berjalan dengan baik. Pergi Interview pn berdebor nak start kerja pun berdebor.haduhh

Pulau Perhentian, Malaysia 2014 (Part 2)



Selesai hari pertama di pulau, menjelang pula hari kedua di Pulau Perhentian. Disebabkan berada di pulau hanya 3 hari 2 malam, hari kedua ini merupakan hari kemuncak aktiviti kami di Pulau Perhentian. Snorkeling merupakan aktiviti yang wajib di buat kalau dah ada kat pulau yang airnya jernih kebiruan yang nampak dasar laut. Kalau tak buat aktiviti ini boleh dikatakan rugi jugalah. Sekitar Pulau Perhentian ini, banyak spot-spot menarik untuk snorkeling. Dan snorkeling ini juga telah termasuk dalam pakej kami bersama Mohsin Chalet.

Di Pagi Hari

Mengikut jadual snorkeling kami, boat yang akan datang bawak kami snorkeling ke tempat2 yang best dijadualkan pada pukul 10.30 pagi. Disebabkan semalam banyak juga aktiviti yang kami buat, so terlajak sikit la bangun pagi itu. Ngam-ngam untuk sarapan pagi dan bersiap sebelum boat sampai. Kenelah sarapan dulu, bagi tenaga sedikit sebelum mula aktiviti snorkeling. Biasanya kalau main air ini, selalunya cepat lapar. Dinasihatkan supaya ambil sarapan dulu sebelum membuat aktiviti snorkeling.