Showing posts with label Kereta. Show all posts

Kereta F1 musim 2014 (20 Gambar)

Musim F1 akan tiba lagi bulan 3 ini. Setiap pengeluar sudah pun memperkenalkan kereta mereka masing-masing yang bakal digunakan. Tak banyak berubah pada setiap kereta. Cuma pada bahagian depan sahaja yang nampak berbeza, iaitu pada hidung kereta lumba yang nampak agak pelik. Janji kereta pecut dengan laju oklah.


1.Ferrari's F14-T


2. McLaren's MP4-29

BRAKE FASTER MACHA!

Berikut adalah senarai 4 keping pelekat kereta BFM Radio. Pelekat ini merupakan barangan rasmi yang dikeluarkan oleh pihak BFM untuk pendengar setia mereka.

Kuala Lumpur International Motor Show 2013 (36 Gambar)

Semalam berkesempatan pergi ke Kuala Lumpur International Motor Show KLIMS di PWTC. Banyak juga kereta yang dipamerkan dari pelbagai jenama pengeluar yang terkemuka seperti, Volkswagen, Lexus, Toyota, Honda, Hyundai, Ford dan banyak lagi pengeluar-pengeluar kereta yang mengambil bahagian. Menarik juga Motor Show ini sebab pelbagai kereta konsep yang dikeluarkan oleh mereka untuk tontonan umum, yang mana kereta ini mungkin suatu hari nanti akan berada di pasaran. Tidak terlepas juga, Perodua turut mempamerkan kereta konsep mereka iaitu Buddyz.

Volkswagen




Lamborghini Egoista (10 Gambar)

Dikuasakan dengan 600 hp, enjin V10 dengan 5.2 liter. Kereta satu tempat duduk dari Lamborghini yang sangat ekslusif dan futuristic design. Sekali tengok dah macam kereta dalam cerita Batman pun ada.

Audi TDI: Kereta yang Menggunakan Minyak Diesel (10 Gambar)


Diesel kebiasaanya digunakan pada kenderaan berat seperti lori dan jarang sekali kita dengar kereta biasa menggunakan minyak diesel. Kalau natural gas itu memang ada lah. Tapi  macam tidak wujud pun kereta kat Malaysia ini yang pakai diesel.

Hari ini, dengan kejuruteraan yang moden, tidak mustahil lagi untuk kereta biasa menggunakan minyak diesel ini. Seperti kereta Audi TDI (Turbocharged Direct Injection)  ini. Enjin yang diberi nama 'clean diesel engine' ini mampu untuk memberi lebih torque, menjimatkan penggunaan minyak dan dapat mengurangkan pelepasan CO2. Tidak ada alasan lagi untuk katakan tidak pada enjin ini jika ianya mampu memberi
manfaat yang sangat berguna seperti ini.

Mengurangkan 12% pelepasan CO2
Memberi pecutan yang luar biasa

Muzium Lamborghini di Itali (20 Gambar)

Siapa yang tak tahu Lamborghini ini, sebuah jenama pengeluar automotive yang mewah dan mempunyai standard yang tersendiri berbanding dengan pengeluar jenama kereta yang lain.

Di Italy, muzium Lamborghini ini mempamerkan koleksi kereta keluaran mereka dari mula lagi hingga yang terkini. Banyak kereta yang unik dan yang tak pernah kita lihat pun ada dalam muzium ini. Dah nama pun muzium, memang menjadi tempat pengumpulan koleksi kereta keluaran Lamborghini ini.

Aeromobil: Kereta Terbang yang sangat Cool (10 Gambar & Video)

Tahun 2020 hampir tiba, kalau dulu-dulu lukis bagaimana gambaran tahun 2020 mesti ada kereta terbang. Nampak gayanya impian itu tidak mustahil untuk digapai. Aerombil versi 2.5 ialah kereta terbang yang direka oleh Stefan Klein dari Republik Slovakia. Tetapi kereta ini masih lagi di peringkat awal. Untuk mencipta kereta terbang ini mengambil masa yang agak lama, selama 20 tahun. dan pada tahun ini rekaan prototype telah pun dihasilkan dan mampu untuk terbang seperti yang kita gambarkan.

Dengan keupayaan teknologi sekarang, apa-apa pun tidak mustahil untuk dihasilkan. Amacam, agak-agak boleh pergi jauh tak kereta terbang ini? :-)

Mercedes Benz Memperkenal Kereta Pemanduan Sendiri (11 Gambar)

Pada Frankfurt motor show baru-baru ini, jenama pengeluar kereta yang tidak asing lagi, Mercedes  Benz telah memperkenalkan model terbaru mereka iaitu S500 Intelligence Drive. Di mana kereta ini dipandu dengan sendiri tanpa kawalan dari manusia untuk melalui trafik dan roundabout di jalan raya. Tetapi teknologi ini masih diperingkat awal walaupun sudah ianya berfungsi dengan baik.

Porsche 918 Spyder plug-in Hybrid (12 Gambar)


Baru-baru ini di Frankfurt Motor Show 2013, jenama kereta mewah yang tidak asing lagi, Porsche telah memperkenalkan model terbaru kereta mereka iaitu 918 Spyder. Kereta ini dilengkapi dengan plug-in hybrid yang sudah menjadi trend pada masa ini.

Kereta sport ini direka untuk mencapai keseimbangan antara prestasi dan kecekapan. Kehebatan kereta ini boleh dilihat apabila boleh mencapai kelajuan dari 0 hingga 100 km/h hanya dalam 2.8 saat dan kelajuan tertinggi kereta ini adalah 340 km/h. Walaubagaimana pun kelajuan kereta ini akan mengakibatkan penggunaan bahan api yang banyak. Dianggarkan 3 liter per 100 km. Wooww banyak tu. Bawa laju-laju sekajap saja da habis.

No Plat Terbaru Kuala Lumpur Sudah Kelihatan

Kita pun tahu Kuala Lumpur lah number plat dia yang paling laju berubah sampai habis huruf lah orang kata. No yang terakhir kita akan nampak ialah WYY 9999. Selepas itu bermulah number siri yang baru yang bermula dari W 1 A dan seterusnya lah. Sekarang number yang baru ini pun sudah kelihatan di jalan raya seperti yang dijangka! Wow pantes sungguh!

Konsep Audi Quattro yang Menarik! (7 Gambar)


Kalau dahulu Lamborghini mengeluarkan design baru mereka sempena ulang tahun ke-50, kali ini giliran kereta Audi pula mengeluarkan konsep rekaan mereka untuk menggantikan model lama kereta Audi 1983 Ur-quattro di pameran kereta frankfurt, 2013 sempena menyambut ulang tahun ke-30 quattro ini.

Sambutan Ulang Tahun Ke-50 Lamborghini

Untuk meraikan ulang tahun ke-50 Lamborghini sebuah  model baharu telah dilancarkan iaitu model Lamborghini Veneno di Geneva International Motor Show 2013. Model ini sangat unik dan hanya tiga model sahaja yang dihasilkan di seluruh dunia. Kereta ini dikuasakan enjin 5.6 Liter 750 kuasa kuda V12 yang mana boleh memecut dari 0 ke 100 km/h dengan hanya 2.8 saat. Kelajuan tertinggi kereta ini adalah 355 km/h. Berat kereta ini hanya 1450 kg dan dihasilkan dengan menggunakan carbon-fiber.

Walaupun hanya mampu melihat dan hampir mustahil untuk memilikinya, ada benda lain yang boleh kita milik. Kita boleh tambah ilmu tentang sejauh mana kemajuan industri automotif negara lain berbanding dengan negara kita. Dengan adanya ada kereta ini, dapat lah kita jadikan sebagai inspirasi dan motivasi untuk memajukan diri masing-masing sehingga berjaya.

Kenali Kereta Buatan Tempatan


Kenali Kereta Buatan Tempatan



Kereta ini diperkenalkan pada tahun ini, dengan secara rasminya proton telah menamakan kereta ini sebagai, 



Proton Saga SV ini dikuasakan enjin 1.3 liter Campro IAFM dengan transmisinya tersiedia manual dan automatik CVT. Sesuai dengan nama Super Value yang diperkenalkan, harga Saga SV ditawarkan bermula serendah dari RM33,438.00 sehingga 36,888.00 (semenanjung Malaysia)

Dan yang menariknya anda mampu memiliki kereta SV (Super Value) ini dengan ansuran bulanan serendah RM250!