Showing posts with label Hiburan. Show all posts

Peraduan: Jom Sertai & Mencuba Bersama! (Part 2)

Jom sertai pelbagai peraduan dan contest menarik. Jangan ketinggalan! 

Taman Tema Yang Paling Menggerunkan (Video)


Bagi siapa-siapa yang sukakan cabaran dan tidak takut dengan ketinggian, Six Flag di New Jersey USA ada menyediakan tempat yang anda cari. Six Flag ini merupakan taman tema yang dibangunkan di New Jersey. Taman tema ini telah membina permainan DROP RIDE yang tertinggi di dunia. Dengan ketinggian 126 meter, penunggang akan menaiki drop ride ini sehingga ke puncak 126 meter. dan akan dilepaskan secara free fall sehingga ke bawah dengan kelajuan anggaran 144 km/h!! Laju gile!! Mesti ramai akan pengsan. hahaha!

Peraduan: Jom Sertai & Mencuba Bersama! (Part 1)

Ayuh sertai bersama pelbagai peraduan untuk dimenangi! Cuba dulu baru tahu hasilnya. Jangan ketinggalan. 

Disini akan disertakan beberapa senarai peraduan yang terkini untuk anda sertai. Jangan bimbang, untuk setiap peraduan akan disertakan juga cara-cara untuk menyertai, "tips & trick", jawapan dan banyak lagi.

Jadi tunggu apa lagi! Ada peluag jangan sia siakan.
1. Giveaway: Gaya Hidup Sihat.

Cara-cara: Tuliskan cerita tentang PEMAKANAN GAYA HIDUP SIHAT yang korang biasa buat. 100 patah perkataan shj.

Hadiah: Voucher Groupon bernilai RM58 (Celebraty Fitness: 1- Month Access to Gym + 3 Personal Training Sessions @ Sunway Pyramid)

Tarikh tutup: 2 Mei 2014

Maklumat lanjut: Blog Warna-Warni

2. ALLIANZ Memory Keeper
Anda hanya perlu hantarkan gambar-gambar kretif mengikut tema mingguan serta turut sama menjemput rakan-rakan menyertainya! Penyertaan paling kretif setiap minggu akan menerima hadiah hebat dan menarik.

Cara-cara: 
1. Layari aplikasi  ALLIANZ Memory Keeper di Facebook dan buat pendafaraan.

2 Terdapat 4 siri dan tema mingguan yg berbeza:
Minggu 1: 7 April - 11 April 2014
Minggu 2: 14 April - 18 April 2014
Minggu 3: 21 April - 25 April 2014
Minggu 4: 28 April - 2 May 2014


3. Hantarkan gambar kretif anda mengikut tema!

Hadiah: Baucer pelancongan bernilai RM1500

Tarikh tutup: 2 Mei 2014

Maklumat lanjut: ALLIANZ Memory Keeper @ Facebook


Bersempena dengan pelancaran model baru Mini Cooper S di Malaysia, satu peraduan menarik telah diadakan oleh pihak Mini Malaysia.


Cara-cara: 
1. Tengok video Mini Cooper S (Men vs Mini in Putrajya) diatas.
2. Kira berpa kali logo belakang Cooper S 
3. Serta lengkapkan slogan tidak lebih dari 50 patah perkataan.
"What makes the neew MINI so powerful."

Hadiah: 
- Sessi pandu uji model Mini terbaru.
- Sessi "Flyboarding" di Marina Putrajaya utk 2 org berserta dgn taklimat .

Tarikh tamat: 31 Mei 2014

Untuk sertai & maklumat lanjut sila layari The New Mini Power Contest

"Saya menang moto. Terima kaseh Pawaroot!". Peraduan menjadi jutawaan oleh Power Root kini kembali!

Cara-cara:

Hadiah:
1. Gambar Kreatif berserta #NextJutawan: SOny PS4 x1
2. Video menarik: RM5000 x1
3. Saguhati: Samsung Gear 2 x5

Tarikh tutup: 31 Mei 2014

Maklumat lanjut: PowerRoot: #NextJutawan

5. Menangi Jersi Chelsea FC ditanda tangani oleh  Azpilicueta



Cara-cara:
1. Ikuti @chelseafc di Twitter
2. Klik sahaja pautan yg diserta bersama tweet diatas.

Hadiah: Jersi original Chelsea FC bersama-sama dengan tandatangan Azpilicueta

Tarikh tamat: 25 April 2014

6. Win PUMA Prize with GOAL.
Bagi meraikan pelancaran jersi baru pasukan Itali untuk Piala Dunia 2014, Goal.com akan memberikan peluang kpd 5 pembaca bertuah utk memenangi jersi Itali (home) & jacket.

Cara-cara:
2. Jawab soalan mudah berikut: In which year did Italy win their first World Cup title?
3. Jawapan: 1934
4. Sertakan email
5. Lengkapkan borang dan hantar.

Let her go Passenger (guitar cover)

Kredit Gambar
Kalau dulu ada ada buat cover, lagu melayu nyanyi dalam bahasa German. Tapi kali ini, tampil dengan cover terbaharu dari kawan aku sorang ini. Ini baru dinamakan talent yang true ada dalam diri, tanpa perlu memalukan diri sendiri dan buat benda pelik-pelik. Walaubagaimana pun lagu ini ditujukan pada seseorang. Siapakah dia? tanyalah empunya badan. Layankan saja

(KemasKini) Leessang Malaysia Tour 2014

*18/12/2013 Tiket boleh didapati di kedai-kedai dalam senarai berikut. Kalau tak nak beli online boleh lah singgah salah satu kedai ini.

Buat masa ini , masih tak jumpa mana-mana contest menang tiket pergi konsert ini. 

12 Rekaan yang Kreatif Diperbuat daripada Belon

Biasa tengok belon yang boleh lipat-lipat itu kan. Tapi ada orang lagi power gunakan belon ini untuk menghasilkan karya mereka yang sangat unik dan kreatif!. Orang zaman sekarang macam-macam benda pelik diorang buat.

1. Buzz Lightyear
2. Motosikal

K-Drama: The Heirs 2013

Prakata
Baru ada beberapa sahaja review K-Drama yang aku buat. Hari ini aku nak review sebuah lagi drama Korea yang belum keluar lagi, tetapi menjadi tumpuan ramai peminat-peminat K-drama di luar sana yang sangat menantikan kemunculan drama ini. Aku pun baru sahaja habis menonton cerita "You are the Best Lee Soon Shin" yang mana telah menjadi sebuah drama yang paling panjang aku tengok sebanyak 50 episode. hahaha!



The Heirs

Juga dikenali: The Inheritors (Pewaris)
Genre: Romantik. Komedi
Episode: 20 (belum dipastikan lagi)
Stesen rangkaian: SBS
Tarikh penayangan: 09-Oktober-2013 - 12-Disember-2013

Sinopsis

Hebat! Lagu Sensasi Baru Setanding Gangnam Style (Video)


Jika korang masih rasakan lagu Gangnam Style sebagai lagu sensasi sehingga sekarang, mungkin korang belum dengar lagi lagu kumpulan pop dari Norway ini yang diberi nama Ylvis.

Walau bagaimanapun masih terlalu awal untuk menyangkakan lagu ini akan menjadi satu fenomena seperti Gangnam Style. mempunyai musik dan koreografi yang agak pelik dan beat yang menangkap pendengar, berjaya menarik perhatian orang ramai. Sejak dimuat naik di You Tube 10 hari yang lalu, lagu ini telah pun menarik seramai 20 juta penonton.

Menarik! Video Inspirasi Zizan Raja Lawak


Sebuah video inspirasi dari Zizan raja lawak terbitan Homegrown Production yang menceritakan tetang bagaimana beliau memulakan karier beliau dengan menghadapi pelbagai rintangan dan halangan untuk bergelar artis.


Satu temu ramah yang santai dan relaks, banyak buat jenaka, biasalah Zizan kan. Kalau tak buat lawak bukan dia lah kan.


Vikingdom 2013 (10 Gambar & Video)


Selepas kemunculan filem epik Hikayat Merong Mahawangsa arahan Yusry Abdul Halim, sekali lagi Yusry mencurahkan hasil karyanya di dalam filem ke-2 yang bertajuk Vikingdom.

Filem bercorak aksi pengembaraan yang membariskan pelakon antarabangsa seperti Dominic Purcell, Craig Fairbrass, Natassia Malthe, Jon Foo dan Conan Stevens. Akan menemui peminat di pawagam pada keesokkan hari iaitu 12 September 2013. Filem ini dianggarkan menelan belanja sebanyak RM20 juta!

AIzat- Hanya Kau Mampu (Cover German)

Salam semua.

Sempena seorang rakan aku akan kembali beraksi dalam bidang bloging ini, aku ada satu entry khas untuk beliau! Walaupun dia merupakkan legend dalam bidang blog ini, dan aku pernah memohon tunjuk ajar darinya, namum kesibukkan melanda hari demi hari, membuatkan dia terlupa akan blognya sehinggakan tiada entry sepanjang setahun lamanya. Al maklumlah dulu-dulu memamg ada zaman-zaman kegemilangan semua
mahu berblogging, lama kelamaan makin berkurangan.

Tidak menafikan dewasa ini juga berbloging masih relevan, cuma aku rasa bahang bloging ini dalam kalangan kawan-kawan rapat aku berkurangan. Atas pelbagai sebab dan kemungkinan yang ada membuatkan mereka-mereka ini tiada kesempatan untuk mencurahkan nukilan-nukilan yang unik di dalam nota laman sesawang ini, dengan kata lain bloglah!

Antara 10 sebab berhenti blogging:

1. Komitmen untuk menunaikan tanggungjawab dalam bidang pelajaran

Yuna disebalik Tabir Istana Budaya (Video)


Sebelum ini, ada entry mengenai persembahan Yuna di Istana Budaya pada minggu ini. dan hari ini di youtube milik kepunyaan Yuna  telah mengeluarkan sebuah video di sebalik tabir rehearsal persembahan mereka di Istana Budaya yang akan bermula esok 5 September 2013.

Video yang hanya berdurasi selama 55 saat ini menunjukkan Yuna bersama krew-krewnya yang lain sibuk membuat persiapan persembahan mereka dengan menguji semua alatan musiknya. Walaupun kelihatan sibuk membuat persiapan, senyuman masih lagi diukir oleh semua ahli krew, produksi dan termasuk Yuna sendiri. Mungkin mereka pun tidak sabar dan teruja untuk membuat persembahan ini. Al maklumlah pertama kali persembahan mereka di lakukan di tempat yang berprestij ini. 

Pasti ramai peminat-peminat sudah tidak sabar menunggu persembahan pertama pada keesokkan hari. Tapi sebelum itu jom tengok dulu Teaser Yuna di Istana Budaya ini.

Rasa macam tiket sudah habis dijual, tapi kalau ada yang masih mahu mencuba dan melihat sendiri. klik disini: Redtix AirAsia

(Kemaskini)Yuna di Istana Budaya + Lagu Baharu

Rata-rata peminat Yuna mesti sudah mengetahui perkara ini, dan mungkin sudah membeli tiket dan tidak sabar untuk menunggunya. Sejak dua menjak penyanyi ini memang berada di luar negara, dan kini tiba masa peminat tempatan boleh merasai kehebatan nyanyian Yuna di Istana Budaya pada 6,7 dan 8 September 2013 ini.

Yuna menambah hari persembahan mereka dan akan bermula pada 5 September



Cerita Yuna
Dari permulaan yang sangat merendah diri, penyanyi ini berjaya membawa ke gemilangannya dari Subang Jaya terus ke Hollywood. Yunalis Zarai telah membuktikan bahawa dari masa ke semasa, yang dia mempunyai bakat dan kelas yang tersendiri di mata dunia.

Pembawaan bakat Yuna ke United States ini bukanlah kisah dongengan semata. Selepas melancarkan album bertajuk US album dibawah label Faber, Yuna telah membuka mata para kompesor musik yang terkenal David Foster dan baru-baru ini telah menandatangan perjanjian dibawah Verve Music Group.

Album terbaharu yang telah dilancarakn bertajuk Sixth Street EP ( menampilkan kolerbrasi dengan Mike Einziger) menunjukkan bahawa artis Yuna ini telah mendapat tempat di hati peminat bukan dari dalam negara sahaja malah di luar negara dan boleh dilabelkan sebagai artis internasional. Kejayaan ini membuktikan Yuna berada di landasan yang tepat dan melangkah kehadapan untuk kecemerlangan dan kariernya.

Gempar! Kehadiran Running Man ke Malaysia batal?


Amat mengecewakan peminat-peminat Runningman di Malaysia apabila berita ini tersebar luas di media sosial hari ini. Perkara ini telah disahkan oleh penganjur sendiri, di mana mereka tidak dapat membawa beberapa ahli tetap Running Man iaitu Kim Jong Kook , HaHa , SukJin dan Gary.
Alasan yang di berikan adalah disebabkan penganjur tempatan. Kepada sesiapa yang telah membeli tiket boleh lah refund kembali disaluran-saluran tertentu supaya anda tidak rugi apa-apa. Apa yang lagi sedih, kehadiran Runningman kenegara-negara lain akan diteruskan seperti biasa.

Bagi aku kecewa juga lah sebab show Runningman ini agak popular dan terkenal di Asia dan ramai peminat. Ada yang salah faham, yang mana peminat-peminat Runningman ini tidak semestinya minatkan Kpop, tetapi disebabkan show ini mempunyai keunikkannya yang tersendiri yang membuatkan penonton berminat dan terpanggil untuk menonton variety show ini. Aku sendiri rasa show ini sangat unik dan lain dari yang lain. Dengan kesungguhan team produksi dan krew-krew mereka, bekerja keras untuk menghasilkan sebuah rancangan yang sangat baik dan boleh ditonton segenap lapisan masyarakat. Jika ahli tetap rancangan ini berjaya di bawa ke Malaysia, iainya boleh menjadi salah satu cara untuk mempromosikan Malaysia secara tidak langsung. Tapi malangnya perkara ini tidak berlaku.

Ini baru nak bawa, 4 saja ahli Runnig Man, kalau dulu diumumkan ada Yoo Jaesuk, Ji Hyo dan Kwangso pasti lebih ramai lagi yang akan kecewa dengan khabar berita ini,

Diharapkan Runningman akan membuat lawatan ke Malaysia dalam masa yang akan datang.



sumber: Facebook

Wajah Sebenar Meme Popular 9GAG (Gambar)

kalau korang selalu layan 9GAG mesti sangat-sangat biasa tengok gambar diorang ini kan. Tapi bagaimana pula wajah mereka waktu sekarang? Jom Tengok wajah mereka terkini.

1. Scumbag Steve


2. Really High Guy

Thor di Malaysia?


Sebelum ini pernah di gembar-gemburkan bahawa pelakon cerita Thor iaitu Chris Hemsworth akan datang ke Malaysia untuk melakukan pengambaran sebuah filem yang bertajuk "Cyber" arahan Michael Mann yang masih dalam proses pengambaran.

Pada hari ini! pelakon kelahiran Australia ini telah menjejakkan kakinya di Malaysia. Hemsworth dengan pakaian bersahaja telah tiba di lapangan terbang antrabangsa KLIA pada petang tadi. Pengambaran akan berlangsung di Port Klang selama 5 minggu.

Sedikit mengenai cerita "Cyber" ini, ia mengisahkan Amerika dan pasukan gerakan khas negera China bekerjasama untuk membenteras kegiatan pengodam komputer yang profesional. Filem ini melakukan pengambaran di Jakarta, Port Klang, Los Angeles dan Hong Kong.

Agak jarang sekali, pelakon terkenal Hollywood datang Malaysia untuk buat pengambaran, Ini menunjukkan Malaysia mempunyai tempat-tempat yang menarik sehinggakan pengarah filem hollywood berminat untuk membuat pengambaran di sini.

*kenapa macam hambar je KLIA tiada seorang pun yang sambut Thor macam artis K-Pop? adakah populariti K-Pop telah menjangkaui Hollywood? Mungkin semua orang sibuk membuat persiapan Hari Raya.Bersangka baiklah

Sumber: lipstiq , laksou

Anda Lakukannya Dengan Salah!

Sebagai seorang manusia yang berjiwa waras, kita sepatutnya tidak patut mengetawakan pada mana-mana insan yang mengalami musibah dan bencana. Malah kita seharusnya bersimpati!

Tapi lain pula jadinya bila tengok video. hahaha!
Sangat-sangat kelaka, tak mampu nak tahan ketawa!!! Moga-moga kita di jauhkan dari "bad luck Brian" ini =P
video
Sumber: VideoBash