SOCAR MALAYSIA - Kereta Sewa Moden 2018

1:20:00 AM Nazif Hakim 0 Comments



Nama SOCAR di Malaysia ini masih asing lagi bagi ramai penguna di Malaysia kerana ianya masih baharu. SOCAR merupakan satu platform perkongsian kereta dari Korea Selatan yang dilancarkan di Malaysia pada October tahun 2017. Untuk lebih faham, SOCAR ini merupakan satu platform untuk menyewa kereta dengan gaya moden. Kenapa dikatakan moden? Sebabnya, anda hanya menggunakan smartphone untuk menyewa kereta SOCAR dan tidak perlu lagi kertas-kertas kerja seperti isi borang dan membayar deposit sebelum menyewa. Kaedah seperti ini tidak lagi sesuai di guna pakai pada masa kini.
Dengan SOCAR, anda hanya perlu mengunakan telefon pintar anda untuk, mendaftar, membuat pembayaran dan part paling menarik adalah membuka kereta dengan hanya mengunakan aplikasi SOCAR. Cukup senang dan mudah!

Selain itu, anda tak perlu lagi membuat tempahan 24jam awal seperti kaedah lama sebelum ini. SOCAR membenarkan anda untuk membuat tempahan bila-bila masa sahaja dan boleh menyewa untuk 30 minit sahaja minimum. Maknanya jika anda ada kecemasan ataupun last minit plan, anda masih lagi boleh menggunakan SOCAR ini. Memang mudah, senang dan pantas penggunaan SOCAR.



Harga Yang Berpatutan!


Sebelum pergi lebih jauh, soalan berapa kadar sewaan akan menjadi tanda tanya. Kadar sewaan SOCAR ini di kira melalui jam. Contohnya: Kereta Axia RM8.00/jam. Rata-ratanya mungkin keliru dan kurang berminat bila dinyatakan dengan harga sewaan per jam. Pasti ramai lagi berminat untuk mengetahui berapa harga sewaan harian kan? Tak mengapa saya akan bentangkan harga sewa SOCAR bagi sehari untuk anda semua lagi faham dan nampak berapa harga sebenarnya.

Socar menghadkan pengiraan jam mereka pada 10 jam sehari sahaja. Maknanya jika anda gunakan kereta ini lebih dari 10 jam kiraan, dia akan tetap pada harga 10 jam sahaja. Contoh penggunaan kereta axia, jika anda menggunakan kereta ini 6pagi dan pulangkan pada 6 petang pada hari yang sama (12 jam) anda hanya akan dikenakan bayaran 10 jam iaitu , RM8 X 10 jam = RM80! Ini bermakna kiraan kereta untuk Axia bagi tempoh 1 hari = RM80 sahaja.

Minyak pula bagaimana?

Kelebihan SOCAR lagi, minyak pun akan di tanggung oleh mereka! Haaa bagus kan. SOCAR akan menanggung minyak bagi perjalanan 30km dalam sejam ataupun 300km sehari! Apa jadi kalau lebih? kalau melebih dari had yang ditetapkan anda hanya perlu bayar sebanyak RM0.25 per km. Jadi berpada-pada lah.

Kembali untuk kiraan sehari bagi jenis kereta-kereta SOCAR ini TIDAK termasuk kiraan minyak ya boleh lihat di bawah:-

Sewa Sehari SOCAR (Isnin - Jumaat)

1. Axia - RM8.00/jam = RM80/sehari
2. Myvi - RM12.90/jam = RM129/sehari
3. City/Vios - RM14.90/jam = RM149/sehari
4. Polo/Alza - RM13.90/jam = RM139/sehari
5. Altis - RM19.00/jam = RM190/sehari
6. HR-V - RM17.00/jam = RM170/sehari
7. Mini-Cooper - RM30.00/jam= RM300/sehari
8. BMW330e - RM42.00/jam = RM420/sehari
*harga setakat sewaktu artikal ini di tulis 16/8/2018

Sewa Sehari SOCAR (Sabtu - Ahad)

1. Axia - RM12.90/jam  = RM129/sehari
2. Myvi - RM16.00/jam = RM160/sehari
3. City/Vios - RM18.00/jam = RM180/sehari
4. Polo(Alza) - RM17.00(RM19.00)/jam  = RM170(RM190)/sehari
5. Altis - RM25.00/jam = RM250/sehari
6. HR-V - RM25.00/jam = RM250/sehari
7. Mini-Cooper - RM38.00/jam = RM380/sehari
8. BMW330e - RM48.00/jam = RM480/sehari
*harga setakat sewaktu artikal ini di tulis 16/8/2018

Untuk harga yang lebih tepat, anda boleh menyemak terus dari aplikasi SOCAR.

Bagi saya harga kereta mereka ini agak menarik dan kompetitif dengan pasaran yang sedia ada. Tanpa perlukan wang deposit dan sebagainya anda dah boleh memandu dengan mengunakan kereta SOCAR ini.

Apa lagi yang menarik mengenai SOCAR?

D2D servis
Perkhidmatan hantar dari rumah ke rumah. Jika anda tidak dapat pergi ke tempat yang berdekatan dengan tempat kereta SOCAR ini diletakkan, anda boleh menggunakan perkhidmatan D2D (Door to Door) ini. Amat mudah dan jimat masa. Dengan hanya bayaran RM10 sahaja, anda boleh mengunakan servis D2D untuk mengambil dan memulangkan kenderaan dilokasi yang anda tentukan. Walaubagaimana pun, perkhidmatan ini adalah terhad di kawasan tertentu dan boleh digunakan pada 7AM to 7PM , Isnin hingga Jumaat sahaja.

Pengunaan sehala. Kereta SOCAR ini juga boleh digunakan untuk perjalanan sehala tanpa perlu memulangkan semula ke tempat yang asalnya. Kebiasaanya pengunaan perjalanan menuju ke airport. Untuk perjalan sehala ini anda akan dikenakan cas sebanyak RM50 tambahan dari tambang kereta tersebut. Contoh Axia tambang RM8/jam, jumlah untuk penggunaan sehala adalah RM50 + RM8 = RM58. Mengikuti pengguna yang telah mencuba, perjalanan sehala dari KL ke KLIA, anda akan di cas lagi sebanyak RM6.75 kerana telah melebihi had 30km/jam percuma yang ditawarkan.

Promo di sana sini. Untuk menarik lagi ramai pengguna dan mencuba, SOCAR selalu memberikan promo code pada pengguna mereka. Anda hanya perlu rajin singgah ataupun follow FACEBOOK SOCAR MALAYSIA

Merdeka PROMO

Bagaimana untuk mendaftar?


Untuk mendaftar anda hanya perlukan
IC/Passport dan
lesen memandu kompeten/lesen international sahaja. 

Dengan 2 dokumen in sahaja anda dah boleh menggunakan SOCAR dengan cepat dan pantas.

Cara pembayaran?

Anda perlu menghubungkan akaun SOCAR anda dengan kad kredit ataupun debit sahaja. SOCAR hanya ada 2 cara pembayaran ini saja. Sama ada kad kredit atau pun debit. Cas RM10 akan dikenakan sekali sahaja (one-off payment) untuk pengunaan kali pertama. Perlu diingatkan juga tol perlu tidak di tanggung dan perlu bayar sendiri.

PERCUMA 2 JAM!

Untuk pengguna yang pertama kali untuk mencuba SOCAR ini, anda boleh menikmati 2 jam pengunaan secara PERCUMA. Anda hanya perlu mendaftar menggunakan link di bawah.

https://duit.socar.my/t/F2J95h9
https://duit.socar.my/t/F2J95h9
https://duit.socar.my/t/F2J95h9


Guna link di atas ya untuk dapatkan 2 jam pengunaan percuma. Rugi kalau tak cuba sebab tak perlu bayar apa-apa pun.

Ada lagi persoalan mengenai SOCAR terus saja menghubungi saya di number whatsapp di bawah:-
+6019-3070041

Dapatkan 2 jam Percuma!
Lokasi Kereta SOCAR.


Sehingga hari ini SOCAR telah meluaskan kawasan mereka dengan mempunyai 500 buah kereta untuk disewakan di 265 lokasi yang telah ditetapkan. Anda boleh semak terus di dalam apps SOCAR untuk melihat lokasi kenderaan SOCAR ataupun anda boleh merujuk di sini [1] [2]


Kesimpulan.

Melihat dengan perkembangan teknologi dan pengunaan smartphone yang tinggi di Malaysia ini, SOCAR mensasarkan 10,000 buah kereta pada tahun 2020. Kini SOCAR baru saja mempunyai 500 buah kereta di seluruh Klang Valley. Mungkin mereka akan mengembangkan lagi pasaran mereka di bandar-bandar utama yang lain dalam masa terdekat ini. Bagi saya pengunaan SOCAR ini amat memuaskan kerana penggunaannya yang mudah. Sesiapa yang belum mencubanya haruslah segara untuk mendaftar dan menguji kebolehan pengunaan SOCAR ini.

0 comments: