Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah S2 (SWITZERLAND - BERN) 4

2:25:00 AM Nazif Hakim 0 Comments




01/05/2016

Lauterbrunnen


Pagi yang luar biasa aku rasai di Lauterbrunen. Bukan seperti pagi-pagi kebiasaan dalam hidup aku apabila bangun2 saja dari mimpi yang lena, salji turun membasahi permukaan bumi di Lauterbrunnen . Amat teruja dan jakun sekali aku bila melihat ke luar tingkap salji turun dan menutupi bumbung-bumbung perumahan di situ. Sangat seronok yang amat. Terus segar biji mata.

Maggi di pagi hari

Selesai menunaikan kewajipan di subuh hari, aku menunggu matahari terbit untuk membolehkan aku bermain di luar. Satu pengalaman yang tak dapat dilupakan iaitu menikmati maggi dengan cuaca yang sejuk. haha. Maggi tetap rasa maggi, cuma suasana saja yang amat istimewa. Menikmati maggi sambil menikmati pemandangan salji di luar yang amat syahdu. Syukur.


Pagi ini perancangan perjalanan kami adalah menuju ke destinasi seterusnya iaitu di Venice, Italy. Kami akan berangkat ke Venice dengan menggunakan pengankutan awam yang agak kurang popular di Euro iaitu BUS. Sebab ini yang murah, maka kami pun naiklah. Janji sampai di tempat yang kami akan tuju. hehe. Mudah-mudahan.

Staubbachfall


Berbalik pada pagi yang syahdu dengan salji yang mencurah-curah turun ke muka bumi. Pagi itu mak mahu menyelesaikan beberapa persiapan sebelum membuat pembentangan kertas kerja di Milan, Italy. Train kami pun pada jam 10 pagi. Disebabkan ada masa terluang, aku dan selfie stick saja yang menemani perjalanan pada pagi yang hening itu. 

Sebaik saja cuaca sedikit cerah di luar, walaupun masih mendung lagi sebenarnya. Aku pun memulakan pengembaraan solo aku. Matlamat aku satu saja. Nak menuju sedekat yang mungkin ke air terjun celahan batu yang kami lihat pada siang hari semalam. Aku nampak macam ada jalan yang boleh aku ke sana untuk melihat lebih dekat lagi air terjun itu.


Keadaan di pagi hari di perkampungan Lauterbrunnen amat damai dan tenang. Ada nampak orang berjogging di pagi hari dan ada yang membawa anjing2 mereka berjalan. Tidak lah sibuk mana pekan Lauterbrunnen ini pada waktu pagi. Semuanya chill2 saja. Aku berjalan bergambar sana-sini untuk menampakkan lagi aku ni pelancong. Haha!
Misi tercapai!


Hampir saja aku dengan air terjun itu. Aku amat terpegun dengan ciptaan Tuhan yang Maha Esa. Amat tinggi air terjun ini jatuh mencurah dari celahan batu. Aku tidaklah dapat betul-betul hampir dengan air terjun itu. Cuma berada di tempat rekreasi taman air terjun itu. Tempat trakking menuju betul2 hampir dengan air terjun itu di tutup dan hanya di buka pada musim panas. Sekali lagi aku menikmati sepuas-puasnya keindahan dan kecantikkan alam ciptaan Tuhan. 






Melihat jam hampir menunjukkan 9.15 pagi. Aku bergegas balik ke bilik untuk membuat persiapan keberangkatan kami semua dari Pekan Lauterbrunnen ini untuk menuju ke Bandar Bern. Kami membuat check out dan bergambar lagi sepuas-puasnya sebelum berangkat pergi. Sedih kami untuk meninggalkan pekan yang cantik dan indah ini. T_T. Moga-moga kita dapat berjumpa lagi Lauterbrunnen.


Kami menuju ke station keratapi semula dan berlepas ke destinasi yang seterusnya iaitu BERN.

Boleh minum air ini.


BERN

Banyak betul beg.
Pejalanan kami dari Lauterbrunnen ke Bern mengambil masa 1 jam lebih, Tak ada yang kami lakukan di dalam tren hanya merindui saja pekan Lauterbrunnen yang baru saja kami tinggalkan. huhu.

Tujuaan kami sebenarnya di bandar Bern ini untuk menaiki bus yang telah kami booking tempoh hari. Bus kami hanya akan bertolak pada jam 6 ptg waktu tempatan. Tapi kami mengambil keputusan untuk menghabiskan baki masa yang ada di bumi Switzerland ini untuk berjalan-jalan di Kota Bern. Aku macam biasalah tak berapa tahu apa yang menarik di Bern ini. Bila dah google2 baru tahu tempat-tempat mana yang best untuk dilawati.

Sedikit mengenai Bandar Metropolitan Bern ini menurut pak cik wiki. Bern merupakan banda yang ke-4 popular di Switzerland. Pada tahun 1983, OLD TOWN BERN di tengah bandar Bern telah diistiharkan sebagai UNESCO World Heritage Site. Bern ini juga berada di dalam kedudukan 10 teratas bandar yang mempunyai kualiti hidup yang baik di dunia (2010).

Setibanya kami di Bahnhof Bern pada jam 12.15 tengah hari, kami agak terpinga-pinga sedikit sebab tidak tahu tempat mana yang perlu kami tuju. Ira mencadangkan supaya kami semua mengambil masa untuk bertenang dan menikmati secawan kupi di Bandar Bern. huhu. Dengan beg yang berbondong-bondong kami pun memilih untuk menikmati kupi di S******* haha. Baru aku tahu tandas di premis-premis seperti di kedai kupi bukan boleh digunakan sesuka hati seperti tanda awam. Sebabnya di pintu tandas ini ada di letakkan kata kunci rahsia (password). Aku yang dah tak dapat menahan nak terkucir ini, tanya laa password tandas ini. Siot tandas pun ada password. Kalau tak beli kupi kat situ takdelah dapat buang air kecil. Hahahaa. 



Setelah bertenang dan kami semua mengambil keputusan untuk menyimpan ke semua beg2 kami di tempat penyimpanan bagasi. Walaupun terpaksa membayarnya dengan beberapa kong Swizz (mahal woo) kami tabahkan hati sebab nak senang berjalan dan bergambar. Bagus tempat penyimpanan bagasi mereka ini, Macam biasa servis layan diri diterapkan pada para pengguna. Ada tempat simpan bagasi besar dan kecil.


Ringan beban di bahu dan tangan. Tepat jam 1 ptg kami pun memulakan perjalanan kami di Old Town Bern.





Haram.
Bandar Bern ini melalui pemerhatian aku bersih dan seni binaan bangunannya yang ada amat unik dan berseni. Kat sini juga aku nampak ramai pelancong-pelancong yang datang ke sini untuk bergambar dengan monumen-monumen unik yang menghiasi kota Bern. Agak sibuk juga Bandar Bern ini aku dapat perhatikan. Masa kami di bandar ini, kebanyakkan kedai-kedai tidak pun di buka sebab hari Ahad. Jadi kami pun hanya berjalan dan bergambar di UNESCO-Altstadt von Bern. Kereta memang kurang di Old Town Bern ini. Hanya laluan trem sahaja yang ada.


EINSTEINHAUS (Einstein House)


Di Bern ini juga terletaknya Einsteinhaus (Einstein house) yang berada di tingkat 2 deretan bangunan di Altstadt. Rumah Einstein ini telah dijadikan museum dan dikatakan kedudukannya keadaan di dalam rumah ini masih lagi dikekalkan dari dahulu sehingga sekarang. Untuk pengetahuan Einstein telah duduk di sini bersama isteri dan anaknya pada tahun 1903-1905. Kami tidak pun masuk ke dalam museum ini, hanya lalu di depannya saja dan bergambar di bawah saja. Ramai juga pelancong masa yang melawat di situ.

Berfikir seperti Einstein
Kami menghabiskan beberapa jam kami di bandar Bern ini dengan berjalan-jalan menikmati panorama kota Bern dan bergambar sana sani.


Tepat jam 4 petang, kami mengambil semula bagasi kami dan menuju ke perhentian bus kami yang menuju ke Milan pada jam 6 petang.

Dengar macam ada duit kat sini.
Park and Ride Neufeld, Bern


Peristiwa menarik yang tak dapat aku lupakan kat perhentian bus ini. Pada mulanya aku bayangkan perhentian bus di Bern ini besarlah macam mana mereka punya standard stesen keretapi. Rupa-rupanya, hancur berderai bayangan aku, keadaan sebenar agak kecewa. Tak ada pun stesen nya yang hanya ada kontena untuk penjualan tiket bus dan khemah-khemah untuk menunggu. Aku boleh katakan macam tempat parking kereta tapi dia buat tempat menunggu bus. Hahaha. Perhentian bus Alor Gajah, Melaka lagi power macam ini. Sedih aku dibuatnya. Ingatkan boleh mengambil masa sikit untuk lepak-lepak sebelum bus tiba. Tapi melihat keadaan sebegini nak duduk pun tak ada tempat ini kan pula baring. Berhuhuhu laa kami semua kat situ semasa menunggu bus kami tiba.

Makan tetap makan


Sementara menunggu itu, kami pun makan apa2 makanan yang ada untuk mengisi perut yang lapar ini. Menu kami tetap nasi. hehe. Makan dengan sayur, daging rendang instant, telur dan kicap syukur pada Tuhan. Janji perut kami semua tidak kelaparan. Selesai makan kami masih lagi ternanti-nanti ketibaan bus kami. Muncul seorang pak cik ini membuka kaunter tiket bus di tempat kami menunggu. Untuk mengelakkan salah menaiki bus aku pun bertanya laa pak cik ini sambil menunjukkan tiket di tangan aku.




Tunggu punya tunggu bus kami tidak pun kelihatan. Hanya ada bus mewah (sudah tentu bukan bus kami) dengan shuttle bus yang kami pun tak pasti hendak ke mana. Jam dah pun menunjukkan pukul 6 petang satu bus pun masih tidak kelihatan. Aku pun pelik laa takkan laa prestasi bus Europe mengecewakan tak seperti train mereka yang menepati masa. Sekali lagi aku tanya pak cik tadi. Rupa-rupanya yang kami tunggu sejak tadi ialah shuttle bus itu. Pak cik tadi senyap saja. Sia-sia je aku tanya dia awal2 tadi. Kalau tak tanya itu memang berjalan kakilah kami ke Italy.hehe Kecewa sekali lagi, aku ingatkan dapat naik bus besar terus. Rupa-rupanya tidak. hurmm. nasib badan. Dugaan perantau.

Penantian satu penyeksaan.
Bila dah naik shuttle bus itu terus aku pengsan. Letih wooo. Letih menunggu bus tadi. Setalah 45 minit perjalanan. shuttle bus ini berhenti di tempat parkir kereta lagi untuk kami menukar bus yang lain. Agak terpenga-penga kami bila turun. Dah la sejuk masa tu. memang nak terkucir je. Di tambah pula hujan pun turun masa itu. Lagi laa sejuk kemain. Sekali lagi agak keliru kami hendak menaiki bus yang mana satu. Aku pun bertanya laa dengan pak cik yang ada di situ dengan menunjukkan tiket bus kami. Ada pakcik ini kata tunggu dulu bus kami tak tiba lagi. Ok la kami tunggu. Tapi risau juga takut-takut terlepas bus. Setiap kali bus sampai aku tanya orang. Sehinggalah bus kami sebenar tiba. Lega rasanya dan kami pun tanpa berlengah naik bus tersebut dan terus menuju ke Lampungnano MILANO.

Satu pengalaman menaiki bus yang tak akan aku lupakan. Betullah kata orang, kalau tak bertanya sesat jalan. Kita pun berada di negara orang, memang kene rajin-rajin kan diri bertanya.


Disebabkan perjalanan kami di malam hari, kami semua tidur dengan lena. Mengikut pengiraan bus kami akan tiba di Lampungnano, Milan pada jam 12.30 pagi. TETAPI kami masih tidak ada tempat untuk bermalam di sana, sebab ira plan nak tidur di station bus saja malam tu sebelum bertolak ke VENICE pada keesokan harinya pada jam 8.30 pagi. Hmmm. Betul ke boleh tidur kat sana ni?

0 comments: