Travelog: Dari Malaysia Ke Eropah (AMSTERDAM, NETHERLAND-DEN HAAG)

10:39:00 PM Nazif Razak 0 Comments




29/01/2015 - 30/01/2015



Perjalanan ke Amsterdam dengan menaiki bus merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Biasa dengar naik kapal terbang atau dengan tren sahaja, dengan bus aku baru tahu. Sebaik sahaja bus bergerak, pemandu bus mula memberi sedikit briefing dan etika ketika dalam bus yang 12 jam perjalanannya, Bagi tahu semua jangan sepah2 kan bus dan buang air kecil duduk bagi laki, sebab dia bawa laju!! hahaha. Lepas setengah jam bus bertolak aku pun tertido. Penat woo.


Sedar-sedar saja, selepas keluar dari UK bus berhenti di sempadan untuk imigresen Perancis menyemak semua passport penumpang. Kami diarahkam turun dari bus dan lalu di kawasan imigresen. Mamai-mamai pun turun lalu pemeriksaan. Check passport saja dan cop. Syukur semuanya berjalan lancar.

Seterusnya bus kami terpaksa menunggu hampir 2 jam sebelum naik ferry untuk menyeberangi lautan ke Perancis. Tempat bus naik ferry ini nama dia Port Dover. Banyak juga bus-bus dan lori muat berat naik ferry ini. Ferri ini pun sangat lah besar. Bertingkat-tingkat dock dia. Aku turun kejap kat Dover ini sebab nak gi tandas dan ambil gambar sikit kat. Lepas itu naik naik bus balik dan sambung tidur balik. Kat luar pun sejuk.

Dalam pukul 2.30 pagi waktu tempatan ferri pun sampai dan bus kami naik ke atas ferri. Kami di arahkan keluar dari bus dan naik ke atas. Sejam juga lamanya perjalanan kami menaiki ferry. Selamat Ira da prepare awal-awal makanan dalam ferri ini. Perut pun dah lapar, sebab rasanya makan lunch saja tak sempat pulak dinner. Jadi makanlah meggi saja yang aku bawa dari Malaysia. Air panas minta kat Cafe ferri ini. Lepas makan enjoy la kejap pemandangan. Tapi sebab malam gelap, sambung tidur balik dalam ferri.



Setibanya di daratan Perancis, bus meneruskam perjalanan, dan aku sambung tidur. Penat wooo bangun tidur bangun tidur. hahaha!

Setelah pagi menjelma, tengok dekat luar, SALJI wooo!! setelah melawat ke 2 buah negara tak jumpa salji akhirnya di Amsterdam jumpa salji. Amatlah jakun!.


Jam dah menunjukkan pukul 10.00 pagi, bus pun berhenti seketika di kawasan rehat untuk driver rehatkan diri dan breakfast. Aku dengan Paan pun turun nak tengok benda apa yang boleh di makan. Yang lain taknak turun sebab mengantuk lagi kut. Setengah jam saja berhenti dan kami meneruskan perjalanan kembali

Dalam perjalanan kami ke Amsterdam bus ini ada berhenti di 2 buah bandar sebelum sampai Amsterdam. Bandar yang pertama bus berhenti aku tak ingat nama dia, dan bandar kedua bus berhenti di Eindhoven.

Masa perjalanan kami sebenarnya dah lebih 12 jam. sebab bertolak pukul 9.00 malam patutnya sampai pukul 9.00 pagi. Tapi sebab ada delay2 sikit itu yang jadi lewat.

Akhirnya pada pukul 12,00 tengahari tibalah kami di Amsterdam. Setibanya di Amsterdam bus kami berhenti di satu perhentian yang agak terpencil. Dan salji turun menyambut kedatangan kami semua. Bukan salji tapi almost salji la.

Memang tak tau macam mane nak naik tren untuk turun ke bandar Amsterdam. Nak tanya orang pun tak ada kat situ. Hanya ada beberapa mesin. Semua mesin tiket kami cube nak tengok mane yang sesuai untuk destinasi kami. Akhirnya berjaya juga keluar dari stesen itu dan mula mencari hotel. Macam biasa sesat2 semua orang. Tanya orang keliling dengan pikul beg yang amat berat. Setelah tanya macam-macam orang akhir ketemu juga hotel kami.

Sesudah check in, kami semua berehat sebentar untuk beberapa jam bagi penat dalam bus hilang. Petangnya kami hanya santai-santai saja pusing-pusing di Amsterdam dan cari makan malam. Sebab malam pun awal kat sini. Maka kami balik awal, tidur untuk kumpul tenaga hari esok.






International Court of Justice, Den Haag

Keesokannya harinya, aku dan ira menuju ke bandar Den Haag di mana terletaknya Mahkamah Dunia (ICJ) di sini. Luqman dengan adiknya bercadang untuk berehat saja di hotel dan pusing-pusing di kawasan sekitar sahaja. Penat katanya. Dan Paan pula dah plan untuk jumpa kawan dia yang study kat sini. Jadi aku dan ira sajalah yang ke bandar Den Haag ini.



Perjalanan dari Amsterdam ke Den Haag memakan masa selama sejam. Tiba di Den Haag, macam biasa sebagai pengembara, berjalan kaki di seluruh kota The Haag menjadi satu kemestian. Berpandukan teknologi yang ada, iaitu peta dari Here Maps dan Trip Advisor yang telah di download, sampai juga kami di International Court of Justice.












Ambil gambar kat luar saja tak leh masuk pun. Sangat la besar ICJ ni. Kagum aku. Pastu tengok lah kes-kes yang pernah dikendalikan di sini. Sebagai rakyat Malaysia kita mesti tahu kes Malaysia pun pernah di hitung di sini. Iaitu kes Pulau Batu Putih.


Kami masuk ke Visitor Centre yang memaparkan sejarah ICJ ini, kes-kes yang pernah dikendalikan, dan hakim-hakim yang ada. Untuk pengetahuan tiada lagi hakim dari Malaysia yang pernah berkhidmat di ICJ ini. Hanya Nazif Hakim saja yang datang melawat di sini.




Kemudiannya aku dan ira berpusing lagi di kota The Haag untuk mencari tempat solat. Pusing-pusing juga mencari masjid. Tengok maps memang ada di kawasan sekitar, tapi tak jumpa. Akhirnya kami ke pusat bandar Dem Haag Central dan jumpa masjid di sini. Di The Haag ini juga terdapat sebuah masjid yang terletak di tengah bandar kota ini. Sekali lagi aku kagum sinar Islam berada di mana saja kita berada. Masjid ini tengok pun ramai orang dari Turkey. Ambil mood Turkey dulu sebelum pergi.








Tanpa disengajakan, aku dan ira terjumpa tempat kegemaran dia iaitu PRIMARK. Apa lagi sesi bershopping pun bermula .Syukur. Ambil masa sikit untuk shopping di Primark dan pulang ke Amsterdam untuk menghabiskan sisa-sisa masa di sana.
Ira dan PRIMARK tak dapat dipisahkan

Pada petang itu juga kota Amsterdam di limpahi dengan snow. Alhamdulillah dapat juga aku bertemu dengan snow. Agak jakun di situ. Orang lain cari tempat bertedung kita ni duk main salji tengah2. Haha! Pusing2 di Amsterdam beli cenderahati sedikit untuk keluarga dan sahabat handai.










Malam menjelma kami dinner dan tidur.




Photo Gallery by QuickGallery.com

0 comments: