Air Terjun Sungai Pisang Gombak 2013

5:10:00 PM Nazif Razak 10 Comments





Hari ini nak cerita satu tempat yang mesti di lawati oleh rakyat Malaysia bagi mereka yang inginkan ketenangan dari hiruk pikuk di kota dan mahu melontarkan segala stress yang sentiasa dibelenggu dalam hidup anda. Tempat ini di namakan AIR TERJUN SUNGAI PISANG, GOMBAK.

Sebenarnya aku baru saja pergi tempat ini semalam dengan rakan-rakan rumah sewa untuk meraikan tamatnya pengajian tahun 3 sebelum masuknya semester yang akan datang.

Perancangan
Idea untuk pergi ke sini telah diberikan oleh Quiyyum, untuk mandi air tejun selepas peperiksaan akhir semester bagi melepaskan segala stress yang ada disamping mengisi kelapangan masa cuti dengan aktiviti berfaedah. Kawan-kawan yang lain dan aku juga turut memberi sokongan untuk meneruskan aktiviti ini. Al maklumlah, orang bujang nak pergi bercuti jauh-jauh tahu saja lah poket kocek bagaimana. Lagipun aktiviti sebegini tidak memerlukan masa yang panjang untuk merancang dan di laksanakan. Orang kata on the spot pun boleh.

Untuk menjayakan aktiviti ini, ada sedikit persiapan yang harus di buat supaya ianya menjadi lebih bermakna dan berjalan lancar. Kalau dah mandi-mandi sungai pasti perut akan lapar punyakan. Takkan nak mandi saja tanpa buat aktiviti lain , mesti bosan pula macam itu. Jadinya buat lah sedikit BBQ, panggang ayam dan hotdog. Nanti bolehlah mandi makan mandi makan. Kan seronok begitu. :-)

Hari Perjalanan

Disebabkan tidak ada siapa pun kawan yang pernah singgah disini, kami semua bergantung harap pada GPS yang mana akhirnya membawa kepada "Guna Pun Sesat". Kalau ikutkan GPS,lokasi yang diberi memanglah betul tetapi malangnya jalan yang dibawa adalah jalan yang di tepi highway Karak. Maknanya kene berhenti ditepi highway itu yang mana agak bahaya dengan kereta-kereta yang laju dan tiada seberang papan tanda pun yang beri petunjuk hendak menujuk ke air terjun itu. Mungkin kalau yang dah ada pengalaman sebelumnya tidak menghadapi masalah, tapi kiteorang yang baru nak pergi ini, memang silap lah tak tahu kat mana tempat itu. Tapi aku tengok semalam tempat yang ditepi highway itu dah dibina divider supaya kereta tidak boleh parking disitu lagi. Mungkin disebabkan alasan bahaya kut.


Jadi kiteorang pergilah meminta pertolongan kawan di UIA yang pernah pergi ke air terjun ini untuk menunjukan jalan yang benar. Rupanya-rupanya tidaklah jauh tempat masuk ke air terjun ini dari UIA Gombak.

Jungle Trekking

Setibanya di sana, sungai dah nampak da, tapi air terjunnya tidak kelihatan, kerana untuk pergi ke air terjun itu memerlukan lagi 40 minit perjalanan untuk tiba. Perjalanan yang agak mencabar menunju ke air terjun itu dengan melalui terowong sungai dibawah highway Karak, merentasi sungai, dan melalui jalan hutan.



Ada 2 pilihan untuk menuju ke tempat utama selepas terowong sungai itu, sama ada mahu berjalan melalui sungai atau mendaki keluar berjalan ditepi highway Karak yang mana lebih cepat masa perjalanan yang diambil.

Kiteorang ambil jalan di tepi highway disebabkan mahu menjimatkan masa yang telah diambil waktu sesat tadi. Dari highway itu menuju ke air terjun mengambil masa 30 minit.


Air Terjun Sungai Pisang

kredit gambar: padle
Setelah menempuhi pelbagai rintangan dan cubaan, akhirnya objektif utama untuk sampai di air terjun tercapai!. Pemandangan yang agak menakjub dengan air terjun yang agak tinggi dan suasana yang amat mendamaikan disitu. Setibanya kiteorang disana, adalah juga geng-geng lain yang ada disitu melakukan aktiviti BBQ dan abseiling. dan bergembiralah kami disitu dengan air terjun yang sangat sejuk dan menyegarkan. =)



Pulang

Setelah 4 jam bermandi manda disitu, semua barang-barang kami kemaskan dan mengutip segala sampah-sampah dan plastik yang digunakan supaya kawasan yang serba cantik ini tidak dicemari angkara manusia yang tidak prihatin pada alam sekitar. Agak sedih juga sebab sampah-sampah yang ada disitu. Apalah salahnya sampah itu dikutip semula dan dibawa pulang bersama untuk dibuangkan ditempat yang betul!



Kesimpulan

Habis sudah perjalan destinasi aku dan rakan-rakan, memang best tempat ini. Ada jungle trekking, air terjun, abseiling disamping pemandangan yang begitu menarik dan indah. Sangat seronok dan enjoy dengan kawan-kawan! peluang yang amat jarang-jarang berlaku. Sangat berpuas hati dengan aktiviti ini. Kalau dikota kita memang tidak akan dapat merasakannya. Sebelum kita pergi melancong ke luar negara, hargailah apa yang ada dibumi bertuah Malaysia kita ini. Sekian.

p/s: jangan lupa like page warna-warni di FB

*kredit gambar: Padle

10 comments:

  1. Nasib baik kau kasi kredit kat aku. Kalau x memang aku saman blog kau ni Jib

    ReplyDelete
  2. cantik nya air terjun dekat sini.frst time dengar. haha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti boleh la pakat ramai2 dtg sini. Menyeronokkan!

      Delete
  3. Assalamualaikum.. nak tahu di air terjun tu ada any facility tak? mcm bilik air dan air paip?

    ReplyDelete
  4. air terjun ada kat dalam, jauh dari tempat parking kereta. kete. so kene tracking laa. facility itu ada tapi bukan kat air terjun la.

    ReplyDelete
  5. Mcm ssh je nk cri klu xpnh pegi..adehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah mmg agak susah nak cri kalau xde org yg guide hehe

      Delete
  6. Bro. Nak parking motor semua kat mne ea? Sbb kat tepi highway. Dekat mne ye? Bleh bg thu saya kat whatapp 0126799423

    ReplyDelete